Wednesday, December 2, 2009

Ketupat Oh Ketupat




26 November 2009, Khamis
Lokasi :- Kampung Muar

Sehari sebelum tibanya hari yang dinantikan kesemua umat Islam di seluruh dunia, Hari Raya Aidil Adha. Aku sampai agak lewat gak dekat kampong sebab ayah aku ada kerja yang perlu diselesaikan. Sampai saja dekat kampung aku pun tengok acara tahunan iaitu memasak ketupat. Tapi masa aku sampai ketupat dah nak masak selepas lima jam direbus.

Bermula dari saat ketupat dianyam, kemudian dimasukkan beras dan direndam di dalam periuk sehingalah direbus sehingga ketupat masak memerlukan penelitian yang teliti. Masa nilah kita nak tengok sikap kerjasama diantara sanak-saudara dalam menyempurnakan ketupat yang dihasilkan. Pendek kata memang susah sebenarnya kalau nak buat ketupat seorang diri. Tanpa adanya kerjasama tak kan terhasil ketupat yang cantik berseri-seri. Bak kata pepatah,
“ Daun kelapa tidak akan menjadi ketupat jika tidak dianyam ”.

No comments:

Post a Comment