Wednesday, October 26, 2011

“This Is Abbey Road” – A Tribute To The Beatles



28 September 2011, Rabu
Zebra Crossing depan Dewan Bankuet, E-Village Kampung Gajah, Perak

Abbey Road adalah album kesebelas dan rakaman terakhir yang dikeluarkan oleh kumpulan lagenda The Beatles sebelum pembubaran mereka pada tahun 1970. Album ini dirakamkan sekitar bulan April 1969. Album ini telah dilancarkan pada 26 September 1969 untuk pasaran United Kingdom dan 1 Oktober 1969 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Abbey Road pada asalnya adalah sebuah jalan yang terletak di kota kecil di Camden dan City Of Wesminster di London. Di sini juga terletaknya Studio EMI Abbey Road dimana banyak kumpulan mahupun artis terkenal pernah merakamkan album mereka disini. Seperti Contoh The Beatles, Red Hot Chilli Peppers, The Kooks, The Killers, Kanye West, J-Rock (Indonesia) dan Hujan (Malaysia).

Nama Abbey Road menjadi terkenal disebabkan imej mereka berjalan menyeberangi jalan di lintasan zebra yang tertera pada kulit EP Abbey Road. Selain itu banyak parody yang telah meningkatkan lagi nama Abbey Road di mata dunia.

First Row :
1. 2 Yutima Co. 2. 3D Game Abby 3. Star Wars 4. Abbey Road Mega City - 2000ad.wordpress
5. Simpson – Matt Groening 6. Bun Bun 7. Day 24 – kisrael.com 8. Teletubbies @ New York
9. brothersoft.com 10. Star Wars 11. Parody - marzipanhomestar66 12. Abbey – BurntToad

Second Row :
1. Minecraft – funnyjunk.com 2. Krabby Road – Spongefifi 3. Power Rangers – huffingpost.com
4. Atomic Abbey 5. Abbey Rd – Yingstch 6. Pantyhose Parody Skirt Lift Socks – konachan.com
7. Hiro Hidamari Sketch – konachan.com 8. K-on! – konachan.com 9. Itsklicken 10. Snoopy 11. Digimon 12. PSG 13. jakesanimeblog.wordpress.com 14. Vocaloid Abbey Road

Third Row :
1. Lego Abbey Road – Chrystalcharcoal 2 Light Painting – bestpicturesof.com 3. Static2.kilu.net
4. shadowness.com 5. telegraph.co.uk 6. LMR Photography – dontknowhowtorelax.com
7. Revisited 8. terrordaves.wordpress.com 9. Abbey Road NYC – ThuzItmG
10. Halifax Regional Municipality

Fourth Row :
1. Skylar Park 2. Lego – Svencentral 3. 540 Edalb 4. bloodyloud.com 5. Ren & Stempy
6. Beatallica 7. Red Hot Chilli Peppers

Fifth Row :
1. Lego Abbey 2. M&M 3. Pocoyo 4. J-Rock (Indonesian) 5. Mutts 6. Hujan (Malaysia)
7. Sesame Road – Sesame Street 8. Swatch Ad 9. Armitage Road 10. Baby Road
11. Babies Go Beatles 12. Kanye West 13. Shabbey Road – Bob & Tom 14. Franciscan Road

Together Gather Housemate Of Belida

03 Oktober 2011, Isnin
Restoran Khulafa, Seksyen 7 (Belakang Shell)

Setelah kata putus dibuat dan sebulat suara bebudak Belida dengan rancangan yang direncanakan. Akhirnya sebuah mini gathering bebudak Belida juga untuk ahli-ahli induksi telah diadakan di Restoran Mamak Seksyen 7. Antara ahli panel yang hadir dalam pertemuan yang julung kali diadakan itu selepas masing-masing selesai pertapaan di Kampung Gajah tempoh hari adalah sebilangan besar penghuni Belida itu sendiri. Seperti Encik Meor (FSPPP), Encik Rafi (FMC), Encik Saiful a.k.a Haji (Pusat Ko, Kolej Delima), Cik Raidah a.k.a. Raider (Ufm), Cik Faizul(teman lupeler kome fakulti mane?), Cik Johari a.k.a. Joe (Bendahari), Cik Fitri (Unit Percetakan) dan tetamu jemputan dari InED Encik Aswad (tiada dalam gambar).

Antara perbincangan pada sesi perjumpaan yang bermula sekitar 12.45 – 2.15 tersebut adalah berkenaan lambakan kerja setelah dua minggu ditinggalkan serta kelancarannya beroperasi selama tempoh peninggalan tersebut, e-mail Lotusnote yang bertimbun, juga isu-isu berbangkit semasa kursus induksi. Di pertemuan yang singkat tersebut banyak maklumat yang diperolehi semua baik dari hal pekerjaan mahupun hal-hal yang berkait dengan isu kekosongan mereka yang berstatus bujang. Hehehe.... jadi diharapkan pertemuan akan datang akan terisi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi karaoke ataupun bowling persahabatan. Semoga bertemu lagi semua. See You Later...

Thursday, October 20, 2011

Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah


Koordinat : 4°15'0"N 101°2'15"E
Kampung Gajah, Perak

Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah adalah sebuah kawasan yang pada asalnya adalah tapak perlombongan yang diusahakan oleh Malaysian Mining Corporation (MMC). Tidak mustahillah jika dilihat menerusi Google Map kita akan lihat banyak kawasan lombong yang masih dan tidak lagi beroperasi di sekitar pusat latihan ini. Seiring dengan Negeri Perak Darul Ridzuan yang memang sinonim dengan aktiviti perlombongan yang telah mendominasi negeri ini semenjak zaman penjajahan British Kolonial lagi.

Terletak di Kampung Sungai Galah, Pusat Latihan UiTM ini telah mula beroperasi pada Disember 1996 setelah tamatnya konsesi perjanjian MMC dengan Kerajaan Perak. Dan Kerajaan Perak telah memberikan kawasan ini untuk dijadikan pusat latihan seperti yang ada hari ini. Kerajaan Perak memperuntukkan 500 ekar tanah di Lot 4147, 3342 dan 2779 untuk dimajukan.

Antara kemudahan sedia ada yang telah menjadi peninggalan MMC adalah 26 buah banglo yang dinamakan dengan nama ikan untuk setiap villa tersebut. 9 unit daripada banglo tersebut telah diubahsuai menjadi asrama, surau dan rumah tetamu. Manakala bangunan lain pula dijadikan Pejabat Pentadbiran. Antara prasarana baru yang dibangunkan berdasarkan Projek RMK-9 adalah seperti Dewan Bankuet, Villa Wawasan, Pusat Pentadbiran Baru juga Dewan Seminar 1-4 dan sebuah Blok Asrama (4 Tingkat) yang masih dalam proses pengubahsuaian. Antara kemudahan lain yang ada disini adalah kawasan rekreasi yang menempatkan sebuah gym, Bilik Snuker, Court ( Badminton, Bola Tampar, Futsal ), Kawasan Latihan Larian Berhalang, Trek Berbasikal dan Trekking, Makmal Komputer, Perpustakaan Mini dan Surau.

Pusat Latihan ini selain diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada warga UiTM ia juga turut disewa oleh agensi luar untuk dijadikan tempat seminar, kursus mahupun Induksi.

Bon Voyage Amigos


29 September 2011, Khamis
Kampung Gajah ke Shah Alam

Kini tibalah masanya untuk aku pulang ke ibukota setelah bertapa di Kampung Gajah selama 15 hari. Mungkin kenangan terindah kita bersama akan kekal di dlam blog ini sampai bila-bila. Izinkan patik berpantun sepatah dua wahai rakan-rakan semua.

Mudik Perahu Terlanggar Buaya,
Selamat Maju Jaya.

Anak Kambing Tertambat Di Tiang,
Shawn Pulang Naik Belon,
Harap Semuanya Riang,
Kalau Tersilap Kata Ampun dan Maaf Dipohon.

Work Hard, Study Smart. Struggle To Examination.


28 September 2011, Rabu
Kampung Gajah, Perak

Malam ni boleh kata semua umat Villa Belida berhimpun dan berkumpul bagi menjayakan sesi peperiksaan pada keesokan hari. Tidak lupa juga dengan tetamu undangan khas kita Encik Joe. Tidak seperti kebiasaannya, boleh dikatakan umat Belida rajin dan kerap ke Computer Laboratory untuk agenda masing-masing. Dan seperti terbitnya sebuah keajaiban dimana kesemua umat bermuhasabah diri dengan tekun bagi menduduki peperiksaan. Dan hasilnya rumah yang asalnya teratur dan dikemas dengan rapi tunggang langgang bagai dilanda Geruda.

Ada yang meniarap, ada yang bertinggung, ada yang bersila dan ada juga yang terlena dibuai mimpi soalan yang bakal keluar esok. Mungkin menanti wahyu dari tuhan soalan yang akan keluar. Dan dalam kesibukan umat Belida study ada juga yang serabut memerhatikan rakan-rakannya yang khusyuk. Dan setlepas berhempas pulas sehinggalah ke dinihari, keluarlah penghuni Belida untuk menghirup udara malam. Jam yang ketika itu menunjukkan pukul 2.30 pagi begitu tenang dan hening. Sunyi suasana keliling dan ada juga Villa yang sudah bergelapan menanti terbitnya fajar mentari. Kesimpulannya selepas pukul 2.30 tersebut, mungkin ada di antara penghuni Belida yang masih berusaha keras demi memantapkan lagi ketahanan diri untuk menduduki peperiksaan akhir kursus induksi. Good Luck Pals. Wish You All The Best and Mencoba Sukses.

Oh Peperiksaan... (Petikan dialog Rosyam Nor dalam cerita Gila-Gila Remaja)

Last Day Before The Exam Beginning On The Next Day


28 September 2011, Rabu
Kampung Gajah, Perak

Esok bermulalah perjalanan seterusnya untuk tamatkan kursus induksi yang sudah berlangsung selama 14 hari ini. Dan hari ini dikesempatan yang ada aku telah berpeluang untuk bergambar kenangan bersama rakan-rakan sekelas. Bermacam-macam ragam dan aksi yang dirakamkan, maklumlah masing-masing nak upload dalam Facebook. Jadi korang lihatlah gelagat masing-masing dekat gambar yang diposkan ini. Selamat Maju Jaya semua.

Kita Serupa...Kita Serupa... (Versi Headwind)


20 September 2011, Selasa
Kampung Gajah, Perak

Mungkin bila korang tengok gambar ni teringat kat Encik Faizol yang sampai naik hangin bila semua mata memandang ke arah dia masa sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Darus. Kebetulan pula masa hari tu dia kena jadi pengacara majlis, lagi la hangin. Hehehe.... Inilah yang dinamakan kembar tak seiras. Mungkin bila korang bertembung dengan Encik Darus nanti teringat kat member kita sorang ni. Jangan tersasul sebut nama sudahla yerr. Hehe.

Altogether Now Photoshoot Session


20 September 2011, Selasa
Kampung Gajah, Perak

Hari ini semua peserta telah dihimpunkan di hadapan Pusat Pentadbiran, kawasan yang menjadi tempat untuk memulakan hari dengan nyanyian Lagu Negaraku, Wawasan Setia Warga UiTM dan Lagu Jalur Gemilang. Ini bagi meneruskan sesi bergambar untuk direkodkan ke dalam kenangan Induksi UiTM Bilangan 148/2011. Turut terlibat sama adalah Encik Azahari Ahmad selaku Fasilitator di Pusat Latihan UiTM E-Village.

Tugasn Kumpulan



20 September 2011, Selasa
Kampung Gajah, Perak

Pagi ni kumpulan 2 telah diberikan tugasan untuk membentuk sebuah organisasi untuk perbentangan kumpulan. Begitu juga dengan kumpulan lain semua mendapat tugasan kerja berkumpulan. Kumpulan dua telah memilih nama Rendang Tok untuk dijadikan nama kumpulan sesuai dengan tema yang ditetapkan iaitu hari raya. Kumpulan 2 telah mencipta logo iaitu imej Kuali bersama dengan Rendang Tok yang hangat didalamnya dan Sudip Pengacau hasil ilham Saudara Meor. Khai bersama Amirul telah mencipta lagu untuk kumpulan dua. Manakala ahli yang lain bergabung tenaga merangka pelan struktur organisasi dan juga Replika Menara kumpulan bersama dengan perbentangan bajet, idea dan carta organisasi.

Ilham untuk rekaan menara yang diberi nama Menara RT telah diberikan oleh Saudara Arif (as myself) dimana menara tersebut berkonsepkan Pasang dan Cabut. Seperti contoh Bangunan Headquarters HSBC di Hong Kong yang boleh dibuka dan dipasang semula di mana sahaja mengikut keadaan semasa. Dan masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan adalah selama 2 jam. Boleh dikatakan kesemua kumpulan yang terlibat sibuk dengan urusan mereka menyiapkan rekaan mereka.

Dan semasa sesi perbentangan kumpulan, setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk membentangkan idea serta kreativiti kumpulan. Dan markah untuk persembahan dinilai berdasarkan pemerhatian setiap kumpulan semasa kumpulan yang terbabit melakukan perbentangan. Berbekalkan bahan-bahan yang disediakan seperti pembaris kayu panjang, Kertas Manila, Kertas Kajang, Marker, Reben, Batang Mop, Tali, Kain Putih, dan Pita Selofan hasilnya banyaklah menara yang futuristik juga fantastik terhasil dari masa yang begitu singkat. Maka ilham masing-masing dapat dipertontonkan kepada semua kumpulan hasil kerjasama setiap ahli.

Sesi Suai Kenal


20 September 2011, Selasa

Kampung Gajah, Perak

Ok guys. Kali ini aku nak ceritakan antara aktiviti yang telah berlangsung dalam sesi suai kenal dalam modul Pembangunan Kumpulan. Selepas segala penerangan berhubung kursus induksi berakhir kini tibalah masanya kesemua peserta dari Dewan Bestari 1 & 2 melukis sebuah potret wajah rakan-rakan mereka yang ada dalam bilik seminar tersebut. Syaratnya pilih seorang sahabat dari empat penjuru kemudian lukis gambarnya sekreatif mungkin beserta dengan pesanan.

Jadi aku pun choose la saudara Meor memandangkan muke die senang nak dilukis. Dan lebih memudahkan sebab dia duduk belakang aku jer. Jadi die pun tukarlah dengan kad nama aku. Dan bermulalah lukisan muka yang kreatif. Memandagkan kebanyakan gambar peserta yang tertera pada kad nama khas telah dipenyekkan maka hasilnya jadilah muka Meor versi penyet. Dan bila sampai gambar aku pulak fuhh dah macam Goku cerita kartun Dragonball. Hehehe, anyway thanks bro mesti korang semua masih terkenangkan saat-saat masa induksi tempoh hari. Jadi hasilnya seperti yang aku lampirkan di atas.

Langkah Pertama


17 September 2011, Sabtu
Kampung Gajah, Perak

Hari ini hari pertama aku dengan bebudak rumah aku ke taklimat dan seminar berhubung kait dengan induksi. Jadi macam biasalah ada yang bersemangat dan ada juga yang lesu. Manakan tidak rasa seolah-olah seperti further study kat u pulak. Dah tua-tua nak mengadap buku mesti macam berat rasanya. Apatah lagi mengadap taklimat dari pagi sampai ke petang. Itulah rutin harian yang bakal berlangsung selama 2 minggu di kursus induksi ini. Bak kata pepatah, “ seperti Itik keluar pagi pulang petang ”. Dahla tu mau gemuk dibuatnye klu tak control makan sebab makanan dihidangkan 6 kali sehari. Wa banyaknye, huhu. Jadi memandangkan ini adalah langkah pertama aku dan bebudak rumah aku jadi sampai disini sahajalah pertemuan kita untuk melangkah lebih jauh lagi. Bye-bye...

Wednesday, October 19, 2011

Menikmati Makan Malam Di Batu Gajah, Perak


Nasi Lemak Ayam Golek Tom Yam
Batu Gajah, Perak


Baiklah untuk ruangan makan-makan kali ini saya ingin ceritakan satu kedai makan yang sempat saya pergi semasa kursus induksi di Perak tempoh hari. Kedai yang dimaksudkan adalah Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Tom Yam yang terletak bersebelahan simpang lampu isyarat menuju ke Pekan Batu Gajah.

Apa yang istimewanya kedai ini sudah semestinyalah Nasi Lemak bersama dengan Ayam Goleknya yang empuk. Pada malam tersebut menu yang telah kami pesan adalah seperti Tom Yam Seafood Campur, Kailan Ikan Masin, Udang Goreng Tepung, Ayam Golek Perak Style, Siakap Sweet Sour, Bawal Tiga Rasa, Hot Plate Seafood dan Telur Dadar. Nasinya macam biasalah nasi lemak juga nasi putih. Untuk minuman kami telah memesan Jus Oren dan Jus Tembikai.


Seafood Tom Yam boleh dikatakan pekat dengan kuahnya yang sedikit pedas dan isinya yang banyak seperti Udang Galah, Lala, Sotong, Hirisan Ikan, Isi Ketam dan Cendawan Putih. Manakala Seafood Hot Plate ada Lala, Teritip, Udang, dan Sotong. Ayam Goleknya begitu empuk ditambah pula rasa yang manis-manis madu dan dicicah bersama sos istimewa. Ikan Tiga Rasa dan Sweet & Sour juga begitu memukau dengan rasanya yang mencukupi dari segi Masam, Manis dan Kemasinannya yang tidak terlampau.


Bagi mereka yang ingin menikmati sendiri keenakan masakan restoran ini anda bolehlah memilih sama ada Menu Set ataupun Ala Carte. Bagi yang datang secara berkumpulan digalakkan untuk order Set Menu memandangkan harga yang ditawarkan juga agak berpatutan. Jadi kepada anda yang ingin singgah ke restoran ini bolehlah pergi di Lot 2303 CT, Jalan Tanjung Tualang, Simpang Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak. Atau sekiranya anda bercadang untuk berbuat jamuan juga gathering bolehlah menghubungi mereka seperti no yang tertera 019 428 3534. Selamat Jalan-Jalan Cari Kedai yang dimaksudkan.