Saturday, February 6, 2010

Majlis Perkahwinan Aboy & Pasangannya






Hanya sedikit yang dapat dipaparkan untuk tatapan semua di dalam blogspot ini sebab aku tak berjaya nak jadikan dia slideviewer dengan menggunakan CSS JQuery. Jadi kepada mereka yang mengetahui cara-cara untuk menghasilkan slideviewer JQuery version, gwe mintak bantuin dong. Ngajarin gwe ya. Sharing ilmu is also caring deh. Dan untuk coverage seterusnya sila lawat ke laman pautan g00daemonz.multiply.com atau boleh terus ke link yang disediakan ini:

http://g00daemonz.multiply.com/photos/album/17

Friday, February 5, 2010

Tunang Emey & Ochin

Antara gambar-gambar semasa majlis pertunangan Emey dengan Ochin yang ada dalam koleksi aku. Kepada kengkawan dan saudara-mara sekalian andaikata inginkan full coverage untuk album tunang Emey ni bolehlah masuk ke galeri image aku dekat g00daemonz.multiply.com atau boleh terus ke link yang dah disediakan dibawah ini.








http://g00daemonz.multiply.com/photos/album/16

Tuesday, February 2, 2010

Tan Brothers Pet Shop (Part II)






24 Januari 2010, Ahad
Lokasi : Jalan Menuju Sabak Awor, Muar

Dalam posting yang lepas aku ada menceritakan mengenai salah satu petshop yang terdapat di Muar ni. 2 minggu lepas aku singgah semula ke petshop tersebut untuk beli ikan baru untuk diletakkan dalam akuarium atok aku. Memandangkan ikan-ikan yang lama telah mati kerana motor pump rosak. Inilah risikonya kalau nak membela ikan-ikan peliharaan yang eksotik ni. Setibanya aku dekat petshop tersebut aku tengok banyak stok-stok ikan yang baru. Antara yang menjadi tarikan aku untuk diletakkan di akuarium atok aku adalah Ghot Catfish yang berharga RM 2.80 seekor. Ini kerana ikan tersebut transparent, so kalau dia makan pallet ikan tu korang akan nampak jelas dalam perut dia. Lepas tu aku tengok banyak ikan-ikan baru yang lain macam Seahorse, Kura-kura macam cicak kubing, Ikan Tilan Albino, juga terdapat burung dan serangga yang eksotik. Jadi kalau korang nak melihat sendiri keunikan yang terdapat di petshop ini bolehlah datang. Waktu perniagaannya adalah dari pukul 10.30 pagi sehingga 7.00 malam.

Ibarat Lintah Menghisap Darah



29 Januari 2010, Jumaat
Lokasi : Kampung Padang Lalang, Jempol

Hari Jumaat lepas aku baliklah ke Kampung Padang Lalang, kampung ayahku yang menjadi tempat permainan aku masa kecil-kecil dulu. Aku balik pun sebab nak tolong saudara-mara dan jiran tetangga yang lain menyelesaikan persediaan bagi majlis pernikahan adik saudara aku. Jadi dalam kesibukan semua dengan tugas masing-masing dan aku dengan tugas yang dah diamanahkan kepada aku, membersihkan 3 ekor perut kambing yang baru selesai disembelih. Selepas kambing-kambing tadi habis dikelongkai (dilapah) aku pun bawalah perut, tali perut dan bahagian-bahagian yang ingin dibersihkan ke bondang (bendang sawah) yang terletak di bukit bawah.

Sedang aku bersihkan perut kambing yang terlebih dahulu dah dibancuh dengan kapur, tiba-tiba datanglah makhluk yang memang enteng dekat sawah. Lintah balau yang biasanya melekap dekat badan kerbau. Aku tak tahulah dah berapa lama dia melekap dekat kaki aku sebab sedar-sedar je darah dah meleleh keluar dari kaki aku. Sampai gemuk aku tengok dia sedut darah. Berbekalkan pisau Rambo dan parang aku melilis lintah tersebut setelah aku bakar hujung pisau Rambo tersebut. Lepas terkena renjatan tersebut lintah yang kehausan itu jatuh bergolek ke dalam bondang tersebut.

Tapi jangan ingat lintah tersebut menyerah kalah dengan begitu mudah. Aku segera angkat kaki dari bondang tersebut selepas melihat lintah tersebut mengejar sumber-sumber yang dia boleh sedut darah. Dengan lebihan lemak-lemak perut kambing yang aku bersihkan tadi aku terus jadikan umpan untuk tangkap lintah tersebut keluar dari bondang tersebut. Aku taknak ada mangsa yang seterusnya dikalangan budak-budak kecik. Sebab diorang memang kerap bermain dekat bondang tersebut macam aku masa kecik-kecik dulu.

Jadi kalau korang nak kenal macam mana rupa lintah, tengoklah gambar yang aku postkan tu. Kalau pacat halus macam jarum kau bayangkan lintah ni besar dia sama dengan ibu jari pastu panjang dia lebih sejengkal. Jadi hati-hatilah kalau korang celupkan kaki dekat bendang sawah.

Litar Lumba Yang Tersohor Di Malaysia





29 Januari 2010, Jumaat
Lokasi : Jalan baru Seremban – Kuala Pilah

Mungkin ada dikalangan kita semua yang dah merasai sendiri pengalaman memandu di Jalan Lama Seremban – Kuala Pilah yang terletak di Bukit Putus, kaki Gunung Angsi. Jalan yang penuh dengan liku, sempit, menjadi laluan lori yang sarat dengan muatan dan kawasan yang sering dilanda bencana kemalangan jalan raya. Memang pendek kata dah berpuluh nyawa yang terkorban semenjak kali pertama jalan tersebut dibuka. Jalan yang juga turut menjadi kegilaan mat-mat rempit melayan selekoh begitu juga budak kereta yang sering menunjukkan lagak driftingnya dijalan tersebut.

Kini jalan yang turut dihujani dengan pelbagai kisah-kisah seram, pelik dan misteri itu menjadi lengang dan sunyi dengan terbinanya jalan baru yang menghubungkan Seremban – Kuala Pilah. Jalan raya baru tersebut telah dibuka semasa berlangsungnya Majlis Pertabalan Yam Tuan Negeri Sembilan yang baru bagi memudahkan perjalanan ke tapak isitiadat diadakan di Seri Menanti. Kemudian jalan ini telah ditutup semula bagi kerja-kerja mengemas dan menyiapkan projek-projek berkaitan. Dan telah dibuka semula sehari sebelum berlangsungnya perayaan Hari Raya Haji serta dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

Jalan baru ini telah mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kerap terjadi di jalan lama. Dengan dua lorong yang dibuka untuk ke Kuala Pilah serta satu lorong untuk ke Seremban sedikit sebanyak mengubah pengalaman pemanduan yang selama ini penuh dengan likuan dan dihantui dengan risiko yang mungkin terjadi. Dari jalan baru ini kita boleh nampak keseluruhan banjaran yang menjadi tulang belakang kepada Gunung Angsi. Dengan suasana yang nyaman kita boleh menikmati pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan itu.

Pada malam hari kita akan dapat menikmati pemandangan seluruh bandar Seremban ketika menyusuri turun dari jalan baru tersebut. Dengan simbahan lampu yang terdapat di bandar Seremban seolah-olah kita berada di awangan. Jadi begitu mudah sekarang untuk anda menghala ke Utara dengan terbinanya jalan baru Seremban – Kuala Pilah ini. Hanya lima minit masa perjalanan yang diambil berbanding 10 – 15 minit jika melalui jalan yang kini menjadi Lagenda dan akan diingati jasanya suatu ketika dahulu.

Menikmati dan Mengidam


28 Januari 2010, Khamis
Lokasi : Off Course rumah parentkulah, mana lagi…

Hari ni aku jadi driver emak aku, menghantar dia membeli barangan di Giant Plaza Ampangan. Balik saja dari beli barangan keperluan harian, emak aku ajak pergi cari makanan untuk minum-minum petang. Tiba-tiba otak aku fokus dekat Assam Laksa, nak cari dekat area stadium memang takde. Jadi dipendekkan cerita ondaway nak blek ke rumah aku pun singgahlah ke kedai serbaneka area Taman Paroi Jaya.

Sampai saja dekat rumah aku pun tolonglah apa yang patut. In The End selepas sejam menanti siaplah Assam Laksa yang aku idamkan tu. Sekali makan tak cukup beb. Memang puashati sebab banyak dan aku pun bolehlah makan seberapa banyak yang aku nak. Itulah bezanya kalau beli dengan masak sendiri. Kuah dia yang pekat memang sedap dihirup. Lagi-lagi time baru keluar dan dicurahkan ke atas laksa yang masih lagi hangat. Ditambah telur rebus serta sedikit taugeh. Marvellous…Thanks for the best home made Assam Laksa.

Restoran Sufia II Seafood



Lokasi : Seri Kembangan Business Centre, Berhampiran McDonalds

Satu lagi kedai yang aku nak rekomenkan dekat semua, terletak di Seri Kembangan. Restoran Sufia II Seafood menyediakan pelbagai menu masakan melayu dan majoriti pengunjungnya boleh dikatakan datang dari Kelantan. Jadi rasa masakan boleh diklasifikasikan more to Kelantan cook style. Restoran ni bolehlah dikatakan sudah menjadi official port bebudak rumah kitorang, mostly the legendary Pak Lan.

Antara menu yang kerap aku cuba sudah semestinya Oxtail Soup. Rasanya memang sedap sebab ekornya dimasak sehingga empuk. Senang cerita korang boleh sedut saja daging yang ada dekat pangkal ekor dia. Takdelah liat macam separuh tempattu. Takut tanggal pulak gigi kang. Menu lain yang aku dah rasa sendiri macam Ayam Goreng Kunyit, Kailan Ikan Masin, Padprik, Mee Sup, Kuey Teow Kung Fu dan pelbagai nasi gorengnya.

Selain itu terdapat juga kiosk yang menjual Botak Char Kuay Teow yang memang best. Adanya juga kuay teow kerang. Selain itu di kawasan bertentangan dengan restoran ini juga terdapatnya gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan seperti Pulut Panggang, Mee Kari, Mee Celup dan bermacam-macam ada. So kalau korang dah terlanjur berada di Seri Kembangan bolehlah singgah ke restoran yang dimaksudkan ini. Tata…

Warung Kak Lah



Lokasi : Berhadapan dengan Restoran Sufia II Seafood

Baiklah kali ini aku nak ceritakan pulak dekat korang semua satu warung yang menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk untuk makan malam korang. Warung yang memulakan perniagaan seawal 5.00 petang ini menghidangkan juga makanan Kelantan seperti Nasi Kerabu. Juga ada dijual Nasi Lemak Ayam Berempah.Lauk-pauk yang dijual memang pelbagai, adanya Gulai Masak Lemak, Masak Kari, Kurma’, Masak Kicap, Rendang, Masak Merah, Tumis air dan pelbagai lagi. Masakannya yang merangkumi Ayam, Daging, Ikan dan sayur-sayuran. Korang boleh makan disitu ataupun bungkus untuk dibawa pulang. Selain itu terdapat juga Rojak Petis yang dijual di situ. Jadi kalau korang nak cari lauk-pauk untuk makan malam bolehlah singgah ke Warung Kak Lah dan nikmati sendiri lauk-pauknya yang cukup menyelerakan itu.

Mee Bandung Celup


25 Januari 2010, Isnin
Lokasi : Depan Restoran Sufia SK II Seafood, Seri Kembangan

Hari ni Mal saja-saja nak try makan mee bandung sebab dia terpandang satu gerai yang baru bukak yang menjual mee bandung. So lepas order dia sampai saja dia pun makanlah dengan penuh kesopanan. Heheh… Dia pun mempelawa aku jamah sebab dia nak aku rasa betul ke tak mee yang dia makan tu Mee Bandung. Aku pun hiruplah kuahnya.

Hehe, jadi jawapannya disini untuk tidak mengecilkan hati peniaga tersebutlah ye. Mee Bandung adalah mee berkuah yang dihasilkan dengan mengisar udang kering (mostly udang geragau la) bersama-sama sedikit cili kering agar kepedasannya terasa. Tu basicnya lah yang aku tahu serba sedikit, melihat dari masakan kebanyakan tukang masak yang ada dekat muar tu. Bukannya kuah kacang yang diblender macam kuah sate.

Kalau nak senang kerja, banyak dijual sekarang ni Perencah Segera untuk membuat Mee Bandung. Ada brand macam Adimi yang banyak di pasaran ketika ini. Tapi bagi aku kalau nak perencah Mee Bandung yang betul-betul best adalah dari kedai dekat Jalan Joned, Muar tu. Tak tahulah tempat lain ada jual ke tak. Cuba try cari label Mak Pon. Bagi aku rasa perencah dia dengan yang lain-lain memang Terbaekk…

Merentas 3 Buah Negeri Dalam 2 Jam







24 Januari 2010, Ahad
Lokasi : Johor – Melaka – Negeri Sembilan

Kebetulan aku dengan Pak Lan pergilah ke rumah Zura dekat Segamat. So masa nak balik dari rumah Zura ayah dia bagi dua pilihan samada, ikut highway ataupun lalu jalan lama. Bila aku pikirkan balik jarak perjalanan dari jalan yang kitorang lalu tadi nak menghala ke highway memang makan masa yang agak lama. Jadi kitorang pun buat keputusan ikut jalan lama berdasarkan guide yang diberikan oleh ayah Zura.

Dan bermula dari Segamat, kitorang gerak dalam lingkungan pukul 4.45 petang. Lepas saja Bandar Segamat kitorang tiba di kawasan Tugu Peringatan Sungai Kelamah yang pernah menjadi kawasan pertempuran yang sengit semasa perang dunia ke-2 dulu. Lepas itu tibalah kitorang di pertemuan dua buah negeri, Bandar Gemas, Sempadan Negeri Johor dengan Negeri Sembilan. Dulu pekan sekarang ni dah naik taraf sebab dah mula berkembang maju. Banyak pembinaan yang sedang rancak berjalan. Mungkin lagi setahun Gemas dah berubah jadi bandar moden kot.

Masa dekat Gemas aku sempat mengambil beberapa monumen yang boleh dianggap klasik. Seperti bangunan-bangunannya, rumah penjaga stesen keretapi dan juga jambatan besi yang merentangi landasan keretapi. Kemudian kitorang teruskan perjalanan dan tibalah kini destinasi seterusnya Gemencheh. Selepas itu kitorang tibalah di Bandar Tampin yang sesak dengan penduduk setempat membeli belah. Teringat aku masa zaman-zaman study kat ITM dulu, rajin gak turun kat Tampin. Dahla ada bundle best kat sini, memang stuff yang dijual rare-rare beb. Directly dari Japan.

Lepas saja landasan keretapi yang terdapat di Tampin tersebut aku kini sudah memasuki ke kawasan Melaka Bandaraya Bersejarah. Aku telah mengikut jalan pintas untuk ke lebuhraya dengan melalui area Simpang Empat, Alor Gajah. Tibalah aku depan A’ Famosa Resort. Selepas itu kitorang pun lalu la highway menuju ke Senawang, checkpoint terakhir untuk perjalanan kitorang kali ini. Kitorang tiba ke Senawang dalam lingkungan 6.40 petang. Itulah perjalanan yang merentas tiga buah negeri dalam masa 2 jam. Banyak daerah yang aku lalui sepanjang perjalanan tersebut. Bak kata pepatah “ Jauh Perjalanan, Seluas Alam Pemandangan ”.

Monday, February 1, 2010

Duit Syiling ke Coklat ni?


23 Januari 2010, Sabtu
Lokasi : Kampungku di Muar, Johor

Mesti ada yang bertanya, yelah banyak-banyak gambar yang boleh diambil gambar duit syiling yang aku ambil. Jangan terpedaya dengan gambar. Sebab, sebenarnya syiling tersebut adalah coklat yang dibentuk berupa kepingan syiling. Biasanya kita melihat kepingan coklat syiling berwarna emas. Kali ini ia berwarna perak pula. Coklat ini turut dibekalkan atok saudara aku dari Singapura untuk anak-anak saudaranya yang kecik-kecik dekat tanah Semenanjung ni. Coklat susu yang berada disebalik balutan timah perak ni. Tetapi harus diingat sebelum nak makan tu pastikan korang mengambil syiling yang betul. Hehe…

Nasi Goreng Kubis Ungu


23 Januari 2010, Sabtu
Lokasi : Kampungku di Muar, Johor

Pertama kali aku mencubanya, satu kelainan sebab kebiasaannya kubis yang digunakan adalah kubis hijau. Kali ini kubis ungu yang biasanya dibuat Caesars Salad yang dimakan bersama Sos Thousand Island. Sebenarnya sayur yang digunakan tersebut telah dibekalkan anak kepada atok saudara aku dekat Singapura tersebut. Dari tak digunakan terus makcik aku jadikan sayur tersebut sebagai bahan dalam masakan nasi goreng kampungnya itu. Meriah pulak aku tengok nasi goreng tersebut kerana warna yang timbul bersama kubis tersebut.

Bamiah yang dibawa Tok Miah




23 Januari 2010, Sabtu
Lokasi : Kampungku di Muar, Johor

Cakap pasal Bamiah ni dah lama aku tak merasanya. Aku rasa ada dekat 5 tahun kot aku tak menjamahnya. Tetapi seteleah sekian lama penantian aku akhirnya berbaloi juga sebab aku berpeluang untuk menikmati masakan dari Atok Saudara aku yang menetap di Singapura tu. Untuk pengetahuan semua Bamiah ni tak tahulah berasal dari mana. Ada yang katakan dari Asia Barat area Mediterranean. Tapi sebab aku dapat dari atok saudara aku dekat Singapura jadi aku anggaplah makanan ini berasal dari sana. Yang penting tak kisahlah dari mana asalnya.

Bamiah ni adalah daging yang dimasak bersama dengan tomato, bendi, cili giling dan pes tomato. Rasa dia memang superb. Bamiah ni dimakan bersama roti Perancis dan boleh juga dimakan bersama nasi. Kalau tengok sekali imbas macam kuah spaghetti pun ada. Tapi rasa dia memang nostalgia beb. Teringat zaman aku kecik-kecik dulu masa dekat Singapura dulu. Rasa dia memang tak ubah dari saat pertama aku menjamahnya dulu. Masa aku dekat Singapura dulu kerap jugalah Atok saudara aku bawa aku makan dekat area Geylang dengan Tampiness. Rindu pula aku nak ke sana.

The Legendary Norton Cycles


20 Januari 2010, Rabu
Lokasi : Bengkel bersebelahan Family Store Taman Cengal Utama

Antara motorsikal yang menjadi faveret aku. Satu, sebab klasik dan unik. Kedua sebab motor ni banyak beroperasi semasa perang dunia ke-2. Telah banyak menolong tentera Amerika menjelajah ke segenap pelusuk wilayah Jajahan Nazi Jerman. Apa yang membuat aku tertarik sebab tak banyak Norton macam ni yang masih dalam keadaan sempurna seperti asal pengeluarannya. Walaupun ada separuh bahagian yang telah dibuat semula tetapi pemilik Norton ini tetap mengekalkan bentuk asalnya. Bodynya boleh dikatakan dibalut chrome sepenuhnya. Ditambah pula kilatan dari warna hitam menambahkan lagi seri motorsikal Norton ini. Bunyi dia tak payah dipertikaikanlah memang mengaum macam harimau. Tak payah nak modified pasang ekzos paip, ekzos roket ke macam kebanyakan motor kapcai macam Kriss atau EX5. Bagi aku motor ni memang legend event dalam cerita Seniman Bujang Lapok pun turut dipaparkan Norton ini dalam salah satu babak cerita tersebut.

Cekodok Rangup Daging Burger


Ya Pembaca-pembaca sekalian, hari ini sekali lagi kita bertemu didalam rancangan memasak Home Made Cooking. Setelah sekian lama tiada menu baru yang dieksplorasi kini chef nak bawa semua untuk mencuba satu lagi resepi baru ciptaan chef. Resepinya adalah Cekodok. Tetapi ini bukannya cekodok yang dibancuh dengan pisang mahupun cekodok ikan bilis ye. Cekodok hari ini istimewa sedikit sebab kita akan menggunakan daging burger. Ala-ala bebola daging ya semua apabila ia siap nanti. Baiklah…

Bahan-bahan :-
2 Sosej (Ayam/Daging) dipotong separa bulat dan diracik halus-halus
3 Daging Burger
2 Ulas bawang besar (dipotong halus-halus)
1 Mangkuk Tepung Gandum
½ Mangkuk Air Suam
Sedikit Garam
Segenggam Cili Api (Dipotong dadu)

Cara Membuatnya :
1. Gaulkan daging burger tersebut sehingga hancur, kemudian masukkan tepung gandum serta sedikit air suam, sosej, bawang yang sudah siap dipotong halus serta cili api. Uli kesemuanya sehingga sebati. Jika anda memasukkan garam pastikan tidak terlalu banyak kerana daging burger memang sudah masin, cuma taburkan sedikit bagi menaikkan rasa.
2. Kemudian anda ambil sedikit tepung gandum dan ratakan di tapak tangan anda agar memudahkan anda untuk membentuk ramuan tadi. Bentukkan cekodok itu seperti bebola dan selepas itu anda bolehlah menggorengnya.
3. Perlu diingat semasa anda menggorengnya pastikan api tidak terlalu besar agar cekodok anda tidak hangus. Selepas selesai menggoreng toskan minyak dari cekodok itu dan anda bolehlah menghidangkannya. Cekodok ini amat sedap bila dimakan ketika masih panas sambil dicicah bersama sos mahupun Thousand Islands. Selamat Mencuba.

The Legendary Sleepy of Pak Tua


20 Januari 2010, Rabu
Lokasi : Belakang Rumah

Jadi dulu kucing liar yang bermastautin di rumah aku cuma seekor, sekarang dah bertambah lagi seekor. Seekor kucing tua tough yang macam dah uzur. Tapi sebenarnya dia bukannya tua sangat. Rupa dia yang buatkan dia nampak tua sangat. Tak macam kucing gothik yang pernah aku ceritakan dalam posting aku yang lepas. Lincah tapi manja. Kucing tua ni pulak kerja dia tido saja. Kalau dialihkan tempat dia mesti dia still tido juga. Begitulah rutin kucing ini seharian. Dia cuma akan bangun bila tiba waktu makan. Selepas itu dia akan tido balik macam sedia kala. Aku pun tak tahu nak klasifikasikan kucing ni macam mana. Sekali imbas aku tengok pak tua ni ibarat tunggul kayu yang dah usang. Korang conteng badan dia pun memang dia buat donno je. Bagi dia tidur adalah satu nikmat. Lebih-lebih lagi ketika hujan yang lebat yang disertai dengan kedinginan.

Serangan KFC dan McDonalds kepada Penggemar Makanan Segera





Lokasi : KFC Taman Tasik Jaya, Senawang & Drive Thru McDonalds Seri Kembangan

Ketika ini hangat diperkatakan juga sering mewarnai iklan komersil di televisyen anda dengan serangan menu terbaru dari dua gergasi rangkaian makanan segera dunia. Rangkaian yang dimaksudkan adalah dari Franchaiser Kentucky Fried Chicken (KFC) dan juga McDonalds (McD). KFC dengan menunya yang terbaru iaitu Zinger Tower. Manakala McD dengan Double Prosperity Burgernya yang sekian lama dipromosikan setiap kali tibanya Tahun Baru Cina.

Bagaimana lahirnya Zinger Tower? Zinger Tower adalah hasil gabungan burger Zinger yang sudah sekian lama berada di dalam senarai menu yang dijual di KFC dengan Hash Brown yang selalu dijual pada waktu Breakfast Hour di KFC. Dengan gabungan ini maka dengan itu terhasillah Zinger Tower ditambah pula dengan sos Thousand Island serta mayonis yang diperah dengan jus lemon bagi memberikan rasanya sedikit kemasaman. Rasanya boleh dikatakan ala-ala Fusion sebab ada rasa pedas, masam dan manis di dalam satu hidangan.

Manakala Double Prosperity Burger dihasilkan dengan dua keping Filet yang besar yang disalut dengan sos lada hitam yang pekat. Ditambah dengan Bawang Kuning Besar yang segar serta dilapisi roti bijan yang rangup. Memang cukup menyelerakan. Tapi perlu diingat kepada mereka yang ingin memakannya agar memastikan perut anda benar-benar kosong agar tidak muak dan kenyang cepat. Dihidangkan bersama Onion Rings yang rangup memang cukup mengiurkan. Terdapat dalam dua daging yang berbeza iaitu lembu dan kini yang terbaru adalah daging ayam.

Jadi inilah antara dua menu yang sedang hangat dari ketuhar mereka yang sedang menyerbu di segenap rangkaian restorannya di Malaysia. Mungkin juga restoran makanan segera keluaran Malaysia yang lain seperti Marrybrown dan A&W turut melakukan promosinya setanding dengan yang dilaksanakan kini oleh gergasi makanan segera dunia ini. Promosi untuk menu ini cuma dalam waktu yang terhad sahaja. Ibarat pepatah, “ Selagi Stok Masi Ada ”.

Pelangi Mengiringi Perjalananku


19 Januari 2010, Selasa
Lokasi : Sekitar Sepang

Indah sungguh cuaca hari ini. Hujan lebat yang bermula di sekitar Seremban dan berakhir menjadi rintik-rintik di sekitar Nilai yang membawa ke Seri Kembangan. Dengan langit mendung yang berarak lalu maka tersinarlah cahaya yang menerangi bumi yang dibasahi hujan. Wap panas yang mula naik ke atas dan bercampur dengan udara sejuk telah mencetuskan fenomena yang kerap terjadi selepas hujan. Pelangi mula menyinari, terhasil sedikit demi sedikit dan akhirnya membentuk gerbang yang menyambut ketibaan aku di bumi sukan permotoran terunggul di Malaysia. Sepang kini dibayangi dengan biasan pelangi yang semakin membesar dan dalam samar-samar timbul pula pelangi kedua disebalik pelangi yang sudah lama membentuk. Semakin lama ia mengeluarkan cahayanya yang indah itu sehinggalah akhirnya ia malap dan mula hilang dimamah persekitaran. Dengan kesempatan yang ada aku telah mengabadikan keindahan pelangi tersebut di dalam diari perjalananku untuk kali ini.

Restoran Thara Seafood



Lokasi : Jalan Seremban – Kuala Pilah, Berhadapan dengan Sekolah Rendah Kampung Panchor

Sebuah lagi kedai makan yang aku nak promote dekat korang. Kalau tak silap aku ada satu lagi restoran ni dekat area Bandar Tasik Selatan. Tak surelah memang dia punya cawangan atau nama memang kebetulan sama. Takpelah, apa-apa pun mari kita ketahui serba sedikit mengenai restoran ini.Restoran ini mula beroperasi seawal jam 6.00 petang sehinggalah lewat malam. Memandangkan lokasinya yang strategik memudahkan orang untuk berhenti singgah ke restoran ini. Antara menu yang disediakan biasalah kedai Kelantan so makanan Thai memang banyak. Sate pun turut dijual. Tidak ketinggalan Tauhu dan bebola bakar, roti canai (hari-hari tertentu), pelbagai jenis sup dan masakan goreng yang lain-lain.

Aku memang gemar dekat sup ekor. Dan dah banyak tempat aku rasa masakan sup ekor diorang. Dari area Seri Kembangan, Bangi, Cyberjaya, Sepang, Seremban, Senawang sehinggalah ke Muar. Maklumlah setiap kedai ada citarasa diorang tersendiri. Untuk kedai ni aku rasa sup dia banyak kepada tomyam putih yang famous di Thailand. Walaupun kuahnya tidak berapa pekat tapi rasanya cukup enak ketika dihirup dan dijamah bersama nasi putih. Ditambah pula dengan ekornya yang begitu lembut. Memudahkan lagi untuk korang makan. Antara menu lain yang aku rasa begitu istimewa dekat kedai ni macam biasalah Kuay Teow Kung Funya. Jadi sekiranya korang dalam perjalanan jauh untuk ke Utara melalui Jalan Seremban – Kuala Pilah dan tercari-cari kedai makanan yang tidak terlalu heavy untuk makan malam bolehlah singgah ke Restoran Thara Seafood ini.

Pisang Ajaib


14 Januari 2010, Khamis
Lokasi : Tanah pamah depan jalan ke Taman Cengal Utama

Satu lagi perkara misteri yang pelik tapi benar aku nak ceirtakan kepada semua. Mungkin korang pernah melihat pokok pisang bila dah berbuah dia macam manakan. Tandan pisangnya sudah pastilah kebawah. Tetapi yang anehnya pisang yang aku nak tunjukkan ni sebab tandannya bercambah ke atas. Ibarat buah nenas. Mulanya aku lihat sekali imbas macam tiada apa-apa yang aneh pada pokok pisang tersebut. Sebab masa mula aku tengok tunas dia kecil lagi. Bila pisang dah mula berbuah baru aku perasan yang pisang tersebut bercambah lain dari pisang yang lain. Inilah keajaiban ciptaan tuhan.