Tuesday, August 31, 2010

13 Ramadhan - Still On Mood Memasak



23 Ogos 2010, Isnin
Lokasi : DW6, Unit MODUL, InED

Disebabkan bahan-bahan yang aku gunakan untuk masak ayam dan bendi ada baki lagi, jadi aku pun masakla dua lagi resepi yang simple untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Aku masak ayam goreng tepung bersalut seperti semalam bersama dengan Bendi goreng pedas. Dan berbuka puasalah aku dengan resipi tersebut bersama housemate aku.

12 Ramadhan - Aku Memasak




22 Ogos 2010, Ahad
Lokasi : DW6, Unit MODUL, InED

Memandangkan dah lama aku tak masak, jadi hari ini aku pun mencarilah bahan-bahan yang aku nak jadikan lauk untuk berbuka nanti. Menu ni aku explore setelah melihat satu menu yang dimasak olah Bobby Chin dalam Rancangan Café Asia : Discovery Travel & Living. Kebetulan pula minggu tu aku kena jaga MODUL jadi dikesempatan yang ada aku gunakannya sebaik mungkin. Aku masak dua hidangan iaitu "Fried Chicken with Chinese Black Sauce" dan Bendi Asam Pedas. Antara yang turut serta dalam sesi berbuka puasa di ofis adalah Mizan. Nilah dia hidangan yang aku hasilkan bersama dengan resipinya.

Bahan-bahan :-
2 Peha Ayam (dipotong kecil)
1 Biji Capsicum (Dipotong Dadu)
1 Biji Cili Merah (Dipotong)
1 Biji Telur
1 Biji Bawang Besar (Dihiris)
1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)
1 Sudu Cili Boh
2 Sudu Asam Jawa
Tepung Ayam Goreng
Perencah Sos Serbaguna Maggi
Garam Secukup Rasa
Sedikit Minyak Masak

Cara Memasak :
1. Basuh ayam yang telah dipotong kecil kemudian celupkan dalam telur dan disalut dengan tepung ayam goreng. Goreng sehingga rangup dan kekuningan
2. Kemudian goreng bawang putih dan bawang besar sehingga garing.
3. Masukkan cili boh dan garam secukup rasa serta secawan air dan Air Asam Jawa. Renih selama 2 mint agar sebati
4. Masukkan pula Sos Serbaguna Maggi dan Capsicum. Gaulkan sebati. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga kuah dan ayam sekata.

9 Ramadhan









19 Ogos 2010, Khamis
Lokasi : D' Arab Cafe, Seksyen 7 Shah Alam

Hari ini Unit MODUL telah mengadakan majlis berbuka puasa di salah sebuah restoran Arab yang bertempat di Seksyen 7, Shah Alam. Majlis ini telah dikelolai oleh Encik Azman selaku perancang majlis. Turut diundang adalah Encik Hashim dari Unit Koordinator PPJJ serta Encik Quah selaku pembekal buku teks bagi Unit MODUL. Majlis berbuka kali ini telah diserikan dengan hidangan Timur Tengah seperti Chicken Kabsah, Lamb Kabsah, Chicken Aukdah, Roasted Chicken bersama Briyani Arab dan bersama minuman jus yang asli dari Turki serta Teh Pudina D' Arab Cafe.

Selain dari staff InED terutamanya MODUL yang hadir, restoran Arab ini juga turut penuh dengan reserved tempahan dan kesemuanya penuh bila tibanya waktu berbuka. Memang menyelerakan bila sesekali merasai hidangan Timur Tengah lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadahan Eid Mubarak ini.

Thursday, August 19, 2010

4 Ramadhan







14 Ogos 2010, Sabtu
Lokasi : Kampungku Muar Sesudah Maghrib

Kini genaplah 4 hari, umat Islam seantero dunia menunaikan ibadah berpuasa demi menunaikan ibadah yang diwajibkan ke atas semua yang akhil baligh. Dan seperti biasa setiap kali tibanya waktu untuk berbuka berbagai juadah dihidangkan baik yang dibeli mahupun hasil tangan sendiri. Aku berkesempatan berbuka puasa bersama atuk dan nenek aku serta sanak saudara yang lain. Dan setiap kali menjelmanya bulan Ramadhan maka memang penuhlah ruangan hidangan dengan lauk-pauk. Bak tagline Astro, "Macam-macam ada...". Cuma larat tak larat jer nak merasa semua.

Bazaar Ramadhan Pesta



14 Ogos 2010, Sabtu
Lokasi : Bazar Ramadhan Pesta Batu Pahat, berhapiran Masjid Batu Pahat

Selepas penat memusing town Batu Pahat gara-gara nak survey market price untuk rim sukan baru, aku pun berkesempatan untuk berkunjung ke salah satu lokasi yang wajib dilawat setiap kali tibanya bulan Ramadahan bulan yang diberkati. Spot place yang aku maksudkan ini ada dimana-mana sahaja dan sering dikunjungi para hadirin tidak kurang yang tua mahupun yang muda untuk mencari juadah berbuka puasa. Kali ini aku akan bawa korang melawat ke salah satu Bazaar Ramadhan di Batu Pahat ini. susunan Bazaar dia agak kemas dan teratur kerana korang akan mengililingi bazaar tersebut dalam bentuk bulatan. Terdapat tempat yang disediakan dan berbentuk bulatan, Tempatnya aku tak sure dekat mana sebab yang bawa aku ke sana sepupu aku.

Banyak menu juadah yang boleh dikatakan jarang-jarang jumpa. Contohnya seperti Kacang Pool yang dimakan bersama roti bakar. Memang superb menu ni sebab masuk je waktu berbuka aku terus menjamahnya. Best... Kata owner dia kalau pada hari biasa, andai kata teringin nak makan kacang pool bolehlah mencubanya di Medan Selera yang bertentangan Dengan Putra Medical Centre. Selain kacang pool menu lain yang kelihatan istimewa seperti Ayam Golek Chinese Style yang dimasak menggunakan dapur panggang style Cina. Lepas tu ada juga Laksa yang dimasak seperiuk besar, aku tak pasti laksa Johor ataupun laksa Utara. Banyak juga variasi kuih muih. Ada juga Sup Gear Box kepada yang meminatinya dan korang turut boleh pilih nak gearbox kambing ataupun lembu. Ikan bakarnyanya pulak standardla ada Pari, Tuka, Siakap, Kembung. Dan terdapat juga kedai yang menjual kari sahaja especially kepala ikan mengikut saiz dan jenis.

Ronda punya ronda, pantau-pantau akhirnya aku sangkut dekat satu kedai menjual ayam percik ni. Sebabnya kuah dia saja memang marvellous. Bila aku rasa saja memang terangkat punya beb. Bayangkan masa time berbuka sampai licin kuah tu, sampai tak cukup pulak. Jadi kepada mereka yang berkunjung ke Batu Pahat nanti bolehlah singgah ke Bazaar Ramadhan Pesta yang aku pergi ni.

Kasut Baru untuk Keretaku


17 Ogos 2010, Selasa
Lokasi : Dwelling 6, Unit MODUL

Hari ini selepas 2 minggu kereta aku tersadai di parking lot rumah aku, at last ia bermaharajalela semula di jalanan. Selepas pulih dari kecederaan dan ditahan di dalam wad kereta selama sebulan. Kini kereta aku muncul dengan wajah baru yang agak sederhana dengan penggantian kasut lama yang sudah total lost akibat kemalangan tersebut. Ramai yang bertanyakan pasal rim lama aku, kisahnya begini. Aku pergilah ke bengkel yang membaiki segala kerosakan yang ada, selepas puas hati dengan segala kepakaran yang digunakan untuk mengendalikan kenderaan aku, owner bengkel kata cuma rim aku jer yang diorang xdapat nak tolong. Sebab hanya 2 unit saja yang benar-benar elok untuk dipakai manakala lagi 2 bolehlah dirujuk sebagai scrapt metal.

Brother bengkel tu pun bawalah aku pergi ke kedai rim berhampiran kedai dia, sesampai aku disana staff kedai rim tu pun menunjukkan aku condition rim aku dekat mesin allignment. Bila dia roll je rim aku, tada ambik ko gelong tak ingat. Cina bengkel tu pun geleng kepala sebab dia pun musykil nak repair rim tu start dari mana. kalau lips dia bengkok boleh lagi. Ni dia punya asas tu sendiri dah bengkok. "Serupa angkat baru aja ma...". Rim lama aku dia angkatla 400 dengan 1 tayar yang dah lunyai tu. Pening kepala gak aku dibuatnya time nak bayar. Tapi kalau aku kental juga pakai rim lama aku tu, alamatnya masuk ke bengkel balik la. Jadi kini kereta aku pun dapatlah kasut baru dia sempena raya yang kian menjelma nanti. Itulah sejarah dan hikayat mengenai kisah keretaku dan kasut barunya.

Sad, Happy or Shy?


7 Ogos 2010, Sabtu
Lokasi : Nilai 3

Hari ni aku telah menjelajah kawasan Nilai 3 demi mencapai cita-cita mencari barangan persiapan untuk majlis perkahwinan Pak Lan. Turut sama dalam misi pencarian itu atok saudara aku yang dating dari Singapura bersama atok dan saudara aku dari Muar. Sementara menanti diorang settle membeli barang-barang perkahwinan aku pun lepaklah dekat Textile Walk, tengah dok tunggu tiba-tiba lalulah mascot Marrybrown iaitu seekor Chimpunk.

Apa yang buat aku tergelak bila tengok muka mascot tu. Sebab aku konfius muka dia tu senyum ke sedih. Atau mungkin juga dia tengah malu-malu kucing sebab ditemani seorang gadis disebelahnye, hehe..Aku rasa mascot tu ikut mood tuan (Orang yang pakai) dia agaknya. Yelah tengah panas terik kena pakai kostum tu demi menghiburkan pengunjung yang dating di samping membuat promosi restoran makanan segera diorang.

Walau macam manapun aku salute sebab mamat yang pakai tu kental. Kerja punya pasal, malu kasi tolak tepilah. Cayalah bro…

Hati-Hati Semasa Ribut



13 Ogos 2010, Jumaat
Lokasi : Sepanjang Jalan Menuju ke Perkampungan

Hujan di beberapa kawasan tertentu sepanjang jalan menuju ke Muar telah menyebabkan berlakunya beberapa kemalangan yang melibatkan banyak kenderaan (Sandwiches accident). Baik menuju ke Selatan juga menuju ke Utara yang menampilkan kemalangan yang agak dahsyat. Turut kedengaran di corong radio ketika itu berkenaan kes ribut yang terjadi di perkarangan Stadium Jasin dimana telah mengorbankan tiga nyawa manakala menyebabkan 17 yang lain cedera. Mangsa yang mati adalah dua peniaga bazaar Ramadahn tersebut bersama seorang pengunjung. Keadaan jalan yang basah dan licin ditambah pula dengan penglihatan ditahap sifar memungkinkan berlakunya kejadian ini. Jadi diharapkan kepada pengguna lebuhraya agar lebih berhati-hati ketika memandu dalam musim cuaca yang tidak menentu ini. Pastikan jarak kenderaan anda benar-benar selamat agar mengelakkan dari berlakunya malapetaka yang tidak enak ini.

EX-SII Together Gather






13 Ogos 2010, Jumaat
Lokasi : Borak Cafe, Ser Kembangan

Hari ini adalah hari yang bersejarah buat segelintir besar Ex-staff SII kerana selepas perpecahan yang terjadi, kini kitorang Reunion balik. Reunion setelah masing-masing berjaya dengan kerja baru di tempat kerja masing-masing. Antara yang hadir adalah Xumb yang diterbangkan khas dari LCCT, Ijam dari UNITEN Bangi, Emey dan Tasya dari Updated Automobile Newsweek, Ezmal dari KRU Studio dan Farah Alwani dari Company grafik di Ampang (sori cik Farah kalau terlupa tempat,huhu). Dan panel yang turut serta di dalam penggabungan semula ini adalah Pak Lan (SK Paradise Leader - umah lame aku ler tu...hehe) dan Wawan aka adik Emey yang dibawa khas dari UIA Damansara.

Jadi di pertemuan yang agak singkat tersebut kitorang pun berkongsilah berbagai experience di tempat kerja masing-masing. Aku pun sempatlah wish congratz kepada Xumb di atas majlis pertunangannya tempoh hari. Jadi bertemankan hujan yang membasahi bumi SK dan bersaksikan menu dihadapan kitorang, lalu kitorang pun menjamu juadah setelah masuknya azan yang menandakan waktu berbuka puasa. Aku menjamu menu yang istimewa iaitu Borak Island gabungan nasi goreng Pattaya bersama dengan Padprik Ayam. Ditambah pula dengan Sup Ayam Nyonya style. Mal dengan menunya iaitu Mee Hailam dan Pak Lan dengan Nasi Goreng USA Borak Style. Sebelum-sebelum ni aku pernah lepak makan-makan dengan Pak Lan dekat situ sambil pekena Spaghetti Bolognaise, boleh dikatakan masakan diorang not bad. Kedai diorang juga memang sempoi sesuailah untuk kaki-kaki Wi-Fi. Nak cari kedai ni senang saja. Landmark dia adalah lot kedai baru di kiri persimpngan traffic light kedua Seri Kembangan.

Lebih kurang sejam setengah juga aku menghabiskan masa bersama diorang semua, kalau ikutkan nak lagi aku gagahkan diri stay lama-lama tetapi jauh lagi perjalanan yang harus aku tempuh untuk pulang ke Muar jadi tamat setakat tu sajalah aku berada dekat situ. Next time Insyaallah kalau ada sumur di ladang bolehlah kita berjumpa lagi. Aku pun memang tengah plan nak wat gathering besar-besaran cuma perlu persetujuan dari Ex-staff SII yang lain untuk penetapan masa dan tempat. Sehingga kita bertemu lagi dalam ruangan yang akan datang. Babai semua...

Lucky Number 7 Treasure Hunter








9 Ogos 2010, Isnin
Lokasi : Selangor-Negeri Sembilan-Melaka

Hari ni aku telah terlibat secara tidak langsung menjadi peserta Misi mencari Harta Karun anjuran UiTM Kampus Induk. Setelah dipelawa saudara Muiz dan setelah keputusan dibuat akhirnya kereta emak aku menjadi pilihan. Memandangkan penggunaan minyaknya yang begitu saving serta tahap kemampuannya yang memuaskan. Institut Perkembangan Pendidikan (InED) telah menghantar dua kumpulan iaitu Power yang diwakili Muiz (Directioner), Aku (Driver), Amirul dan Aswad (Menjawab Soalan). Diikuti oleh kumpulan Underdog dan para pesertanya adalah Adi (Directioner), Jamal (Driver), Takuya dan Fazrul (Menjawab Soalan).

Acara Treasure Hunt ni bermula dari pukul 2.30 dengan taklimat serta kata-kata aluan dari Dato' Visi serta VIP yang turut merasmikan Bulan Inovasi UiTM. Sekitar jam 4.00 petang para peserta treasure hunt yang sebanyak 35 pasukan telah dilepaskan secara aturan nombor yang tertera pada badan kereta. Dan kereta aku berada di kedudukan 24 dari 35 pasukan. Bermulanya masa kad perakam waktu (punchcard) ditekan maka secara rasminya aktiviti treasure hunt yang kitorang sertai ni pun bermula. Dan soalan-soalannya terdapat 78 dan dibahagikan 2 bahagian beserta 2 harta karun yang telah ditetapkan. Klunya terdapat di sepanjang perjalanan dan telah diberikan direction serta guide melalui peta yang telah dibekalkan bersama soalan treasure hunt tersebut.

Dipendekkan cerita aku dan pasukan aku berjaya menyelesaikan segala task yang telah diberikan dimana Pusingan Pertama agak kelam kabut sedikit berbanding Pusingan Kedua. Pusingan Kedua lebih rileks sebab task dia tidak sesukar task pertama yang sedikit sebanyak menguji stamina, iq dan pengetahuan serta selok-belok jalan. Akhirnya setelah berhempas pulas selama 7 jam perjalanan kitorang akhirnya tiba di garisan penamat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam dan waktu pada ketika itu menunjukkan jam 11.00 malam. Penat tak terkata dibuatnya, tetapi kitorang enjoy sebab semuanya berjalan lancar.

Jam kini tepat menunjukkan pukul 12.30 malam setelah masa pencarian ditamatkan maka keputusan akhirnya pun diumumkan. Acara dimulai dengan cabutan bertuah dimana Takuya dan Jamal dari team Underdog telah mendapat tempias cabutan bertuah tersebut setelah nama mereka turut diumumkan pihak penganjur. Tidak ketinggalan Aswad dari pasukan Power turut menerima hadiah cabutan bertuahnya setelah berhempas pulas, berlari sehingga putus nafas demi mencari jawapan.

Setiap pasukan ada target masing-masing, samalah gayanya dengan kumpulan aku untuk mencapai ranking 3 terbaik. Tetapi apakan daya keputusan yang lain-lain semuanya dahsyat-dahsyat belaka. Walau bagaimanapun aku rasa bersyukur setelah tersenarai di dalam ranking sepuluh teratas dari 35 pasukan yang bertanding. Pasukan aku telah bertakhta pada tempat ke-7 dan pasukan Underdog tidak berapa bernasib baik walaupun berjaya menamatkan misi lebih awal dari pasukan kitorang. Keputusan dikira berdasarkan ketepatan jawapan yang diberikan serta kerjasama sesama ahli kumpulan. Dan yang penting andaikata adanya lagi treasure hunt seperti ni aku akan cuba yang terbaik.

Lamb Kabsah


30 Julai 2010, Jumaat
Lokasi : D'Arad Cafe, Seksyen 7 Shah Alam

Baiklah untuk ruangan Menu Of The Day kali ini aku nak perkenalkan kepada korang semua sebuah restoran milik usahawan Melayu yang menjalankan perniagaan nasi Beriani Arab. Aku telah dipelawa saudara Mizan untuk menjamu selera di sebuah restoran yang lokasinya agak tersorok. Untuk yang biasa pergi pasti tahu kedai yang aku maksudkan ini. Aku pun cubalah resipi yang ada dan Mizan telah cadangkan aku makan menu yang kerap dimakannya iaitu, Lamb Kabsah atau Beriani Arab beserta minuman yang agak istimewa juga iaitu jus durian Belanda. Mizan pun order menu yang sama beserta Air Barbican atau kalau dekat area NZ Wangsa Maju diorang panggil Bir Arab.

Akhirnya tbalah saat yang dinantikan iaitu sesi menjamu selera. Sampai je menu yang aku order aku tergamam kejap sebab lihat lauknya Masyaallah. banyak tu dah boleh makan dua orang. Rasanya pula lebih kurang sama macam nasi Arab yang aku pernah makan dekat Cyberjaya dulu. Jadi kepada yang berminat untuk mencuba bolehlah datang sendiri ke Lot, 3 Kompleks Anjung 7, Jalan Zikron B 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam. Untuk keterangan lanjut korang bolehlah menghubungi nombor yang tertera : 017 - 682 1700.
Kepada mereka yang berada di sekitar Serdang, Bangi, Putrajaya dan yang berhampiran bolehlah berkunjung ke cawangannya yang terdapat di UNITEN Bangi. Pastikan kedai yang korang pergi tu betul, Nama kedainya LT Cafe. Jadi apa yang ditunggu lagi, beramai-ramailah pergi menikmati sendiri rasa masakan Tanah Arab ini.

Thursday, August 12, 2010

Promosi Raya Lagi


Baiklah, ni ada satu lagi promosi untuk kawan-kawan semua. Sempena menanti kehadiran Hari Raya yang lama lagi nak kunjung tiba, korang bolehlah kumpul duit dulu pastu belek-beleklah barang yang berminat...hehe. Kalau berminat sila rujuk flyers yang dilampirkan sekali.

Tuesday, August 10, 2010

Promosi Hari Raya


Kali ni bersempena dengan kehadiran Ramadhan aku ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna kepada semua Muslimin dan Muslimat sekalian. Ini ada satu iklan yang aku nak promote dekat semua yang mengenali juga yang tidak mengenali aku. Biasalah dekat nak raya so masing-masing kenalah usaha nak cari duit lebih. Saja promote nak tolong kawan-kawan. Untuk iklan yang asal korang boleh rujuk forum SagaIswaraClub (SIC) - kene register klu nak tengok . Pasal price untuk kereta korang contact owner bengkel. Ad yang terpapar dekat blog aku mungkin bersaiz kecil jadi untuk lebih jelas, aku syorkan agar korang download flyers tersebut.