Monday, September 20, 2010

Cahaya Illahi


29 Ogos 2010, Ahad
Lokasi : Mydin MITC, Ayer Keroh Melaka

Sepintas lalu....Dalam kesamaran awan mendung, tiba-tiba terpancarlah sebuah sinaran disebalik Masjid Al-Alami yang terletak berhampiran kawasan Melaka International Trade Centre (MITC). Dan dikeheningan petang terbentanglah keagungan tuhan dengan cahaya rahmat yang menyinari sekelian alam.

Jaya Jusco Melaka - Besar Bagak







29 Ogos 2010, Ahad
Lokasi : Jaya Jusco Melaka, bersebelahan Tesco Melaka

Satu lagi lokasi yang kini menjadi tarikan pengunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Boleh dikategorikan sebagai antara yang terbesar dekat Malaysia, Jusco Melaka menampilkan pelbagai pilihan barangan dari barangan keperluan harian, aksesori dan sebagainya. Boleh dikatakan baru sahaja beroperasi dan reputasinya begitu membanggakan kerana sudah dilawati begitu ramai orang. Aku berkesempatan untuk melihat sendiri tarikan terbaru tersebut. Aku pun mulakan operasi ronda-ronda bermula dari tingkat satu yang menempatkan banyak butik-butik yang menjual pelbagai jenis pakaian. Adanya butik Padini, SEED, Sub Zero, F.O.S., Reject Shop, Hush Puppies dan Banyak Lagi. Tingkat dua pula lebih kepada barangan gadjet IT dan barangan elektrik selain terdapatnya pusat hiburan keluarga.

Masa aku pergi tu, dekat atrium ada diorang buat model rumah kampung siap dengan wardrobenya sekali. Betul-betul klasik ditambah dengan pelita, pangkin kayu memang suasana kampung tu timbullah. Kalau yang betul-betul terkandas nak balik raya tu bolehlah berkampung dekat rumah kampung Jusco tu. (",).

Disebabkan banyak barang yang aku perlu jinjing selepas puas diorang membeli belah membataskan perjalananku ke sana-sini. Cukuplah sekadar merayau di tingkat satu sahaja. Ditambah pula dengan kebanjiran lautan manusia yang berpusu-pusu menyerbu butik yang menawarkan potongan harga sehingga 70%. Penat juga aku nak berjalan dari hujung ke hujung shopping comple tersebut, ni baru jer jalan Jusco Melaka belum pergi Jusco Bukit Tinggi, Kelang yang menjadi Jusco terbesar dekat Asia Tenggara ni. Yang tu mesti bertongkat klu nak berjalan tu. hehe...Dan setelah puas aku berjalan melihat pakaian dan menyambar apa yang patut untuk dipakai masa raya nanti, kitorang pun bergegas pula ke destinasi seterusnya.

Bazaar Ramadhan Stadium Paroi, N9




30 Ogos 2010, Isnin
Lokasi : Stadium TAR, Paroi N9

Jalan-Jalan ke Bazaar kali ini telah membawa aku ke satu lagi Bazaar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan selepas musim hujan. Bazaar yang dimaksudkan kali ini adalah sebuah bazaar yang agak popular setiap kali menjelang tibanya musim Ramadhan. Pernah menjadi Bazaar Mega suatu ketika dulu dan bazaar yang dimaksudkan adalah Bazaar Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan.

Bazaar ini bertempat di kawasan parking lot dan berhampiran dengan kiosk gerai yang ada di luar perkarangan stadium. Antara yang menarik di bazaar ini tidak kurang seperti bazaar-bazaar yang lain. Terdapatnya berbagai jenis juadah lauk pauk, kuih-muih dan air yang dijual serta bazaar ini. Dan seperti yang semua sedia maklum Negeri Sembilan memang terkenal dengan Masak Lemak Cili Apinya serta masakan tradisional negeri yang lain. Terdapat juga hidangan Minang ala Padang, Ayam golek, Pecal Lele, beraneka Rojak,dan kuih-muih seperti Kuih Talam/Tepung Pelita/Kuih Akok, Karipap Daging/Ayam, Samosa, Wadei dan bermacam-macam lagi. Pendek kata semuanya ada. Dari Pembuka selera sehinggalah desert untuk dijadikan pencuci mulut.

Aku juga sempat membeli air susu segar botol yang betul-betul mengembalikan nostalgia zaman aku kecil-kecil dulu. Dulu kalau dekat pasar tani air ni dia jual RM1.00 satu botol tapi sekarang harganya boleh mencecah sehingga RM3.00 sebotol. Selain itu yang menarik perhatian aku adalah Spring Potato yang dikatakan Pertama Kali di Malaysia. Memandangkan orang yang beli pun beratur panjang aku setakat ambil gambar jelah. Mungkin dekat pasar malam ada jual kot.hehe...Takpe nanti aku datang serbu lain kali. Ok,kepada yang ingin mencari kelainan dalam juadah berbuka puasa, apakata untuk Ramadhan tahun depan korang bolehlah singgah sendiri ke bazaar ini. Datang yo jangan tak datang.

Bazaar Ramadhan Merlimau Pekan





28 Ogos 2010, Sabtu
Lokasi : Pekan Merlimau, Melaka

Bazaar yang berkesempatan aku lawat kali ini adalah bazaar yang terletak di bersebelahan dengan negeri kampung aku. Mana lagi kalau bukan baazar yang terdapat di Melaka. Bazaar yang menjadi tumpuan aku kali ini terletak di Pekan Merlimau. Kehadiran aku pada masa itu agak lewat kerana menjalankan misi gotong-royong di kampung aku sebelum itu. Dan untuk mencari juadah yang menarik dan istimewa juga sudah berkurangan memandangkan ramai yang sudah membelinya awal-awal. Jadi aku bersama Paklan dan Wawan membelilah sekadar yang sempat dibeli. Banyak peniaga juga telah berkemas untuk pulang berbuka puasa. Dan tinggallah kiosk-kiosk yang masih gagah untuk menghabiskan hasil jualan masing-masing. Boleh dikatakan majoriti yang bertandang ke bazaar tersebut adalah dari penduduk sekitar juga dari pelajar Politeknik dan kolej-kolej berhampiran. Tidak kurang juga dengan perantau-perantau yang pulang ke desa awal untuk membuat persiapan raya di kampung. Selama aku berada di bazaar tersebut banyak juga kuih yang unik dan jarang-jarang aku jumpa seperti kuih tepung gomak, Sata (seakan otak-otak dan terkenal di Pantai Timur), Ubi Ketuk dan banyak lagi yang aku pun tak tahu nama dia.

24 Ramadhan - Buka-Bukaan



3 September 2010, Jumaat
Lokasi : Di Sepanjang perjalanku menuju ke Seremban

Hari ini adalah hari yang ke 24 Ramadhan kita menunaikan ibadah puasa. Target aku adalah untuk sampai ke Seremban tepat waktu berbuka puasa. Jadi aku bergerak dari ofis seawal jam lima petang (waktu ofis) yang pada masa itu jam tanganku pula menunjukkan 5.15 petang. Aku telah memilh untuk pulang ke sana dengan menggunakan Lebuhraya LEKAS agar lekas aku tiba ke rumah. Tapi maklum sajalah malang tidak selalunya berbau indah. Disebabkan kelajuan aku pada ketika itu maintain 80 km/j maka aku pun memandu di lorong tengah. Sedang aku mengejar masa dan bila lebuhraya mula dibanjiri kenderaan baru aku sedar yang aku tidak akan berjaya mencilok untuk mengambil jalan pintas ke LDP (Jambatan Pulau Pinang dekat Susur Keluar ke Kelana Jaya dan Sunway). Akibat dari kesesakan tersebut aku pun terlajaklah ke Federal Highway Yang terkenal dengan kesesakannya yang masih menjadi lagenda sehingga kini.

Bermula selepas susur keluar dari Kelana Jaya, dan bermula dari saat itulah aku terkandas hampir 20 kilometer sehinggalah aku berada di perkarangan tol Sungai Besi. Niat yang sebelumnya ingin berbuka puasa di rumah bersama keluarga kini terbantut gara-gara kesesakan yang tak masuk dek akal itu. Keadaan haluan di kedua-dua arah betul-betul menguji keimanan. Jam pada waktu itu menunjukkan 6.15 semasa aku melepasi Menara Telekom (Bangunan Pucuk Rebung). Masih jauh perjalanan yang harus aku tempuh. Lama juga aku mengelamun termenung memerhatikan kesesakan yang berserabut di kotak minda aku ini. Akhirnya baru aku sedar yang hari ini adalah minggu pertama student sekolah mahupun IPT menunaikan kewajipan mereka untuk bercuti selama 2 minggu sempena Hari Raya nanti. Ditambah pula dengan warga kota yang berpusu-pusu keluar dari kota seolah-olah tiadanya hari esok. Patutlah jamm tak hengattt...

6.30 petang, aku masih lagi di atas highway dan ketika ini berada di area Seputeh. Keadaan trafik mula bergerak perlahan setelah stuck begitu lama..(Macam @#$%^&*) semua yang negatif terhambur keluar akibat bengang menjadi mangsa keaadaan. Kini masanya hampir tiba,terasa sedikit keseslan terbuku di dalam diriku atas kejadian yang berlaku. Adanya pengisian dan pengajaran yang aku timba dari tragedi ini. Akhirnya setelah sejam setengah bertarung demi menumpaskan gangguan yang terjadi, aku tewas akhirnya. Di kanan aku adalah kesesakan yang melampaui batasan dan di kiri aku pula adalah pengalas perut untuk berbuka puasa. Akhirnya setelah mendapat seruan aku pun memilih haluan kiri. Bersaksikan sebatang rokok dan azan Maghrib yang berkumandang aku akhirnya menyempurnakan ibadah puasaku dengan sebatang rokok dan sebotol air mineral sambil menanti giliran keretaku tiba di kaunter drive-thru McDonalds yang terletak sebelum tiba ke garisan penamat (Tol Sungai Besi).

7.45 malam, kini selepas selesai mengalas perut di tepi jalan berdekatan dengan susur keluar ke Serdang-UPM aku pun meneruskan perjalananku. Kini targetku cuma satu sampai dengan selamatnya tanpa ada sebarang halangan. Dan setibanya di Susur keluar ke Kajang aku pun meneruskan perjalananku itu dengan dendam yang terbuku di hati, merentasi LEKAS menuju ke Seremban. Jarum kecil jamku telah begitu hampir tepat ke nombor sembilan, dan kini setelah 3 jam setengah menempuh kesesakan aku tiba jua ke destinasiku yang terakhir. Mungkin ada hikmahnya disebalik terjadinya tragedi ini....

23 Ramadhan - Rumah Berbuka DW6









2 September 2010, Khamis
Lokasi : MODUL DW6, Intekma Resort Shah Alam

Kini masuk hari ke 23 kita berada di bulan Ramadhan. Bermakna hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum ramai yang bergerak pulang ke kampung. Di kesempatan yang ada dalam minggu-minggu terakhir berpuasa pihak MODUL telah bersepakat mengadakan majlis berbuka puasa bersama staf-staf MODUL dan para jemputan. Acara tersebut telah diserikan dengan dekorasi-dekorasi sempena ketibaan raya yang dinantikan seperti himpunan likur yang menyinari laman DW6, limpahan lampu neon pelbagai warna dan hidangan juadah yang pelbagai.

Antara yang hadir adalah dikalangan staff MODUL, Encik Azman dan Keluarga, Encik Hashim, Encik Din dan Keluarga, Mister Tei dan keluarga Encik Rahim dan Encik Azuzudin. Tema untuk hari itu adalah Bersantai dan Besederhana di Bulan Ramadhan. Dan yang penting kalau dah nama pun majlis berbuka puasa maka mestilah ada hidangannya. Antara juadah yang disajikan adalah aneka lauk-pauk seperti Patin Masak Gulai Tempoyak, Sambal Ayam, Kari Kambing, Rendang Ayam dan Hati, Sotong Masak Kicap, Tauhu Jepun, Murtabak Ayam dan Daging, Bubur Lambuk, Kuih Tepung Pelita bersama Jus Delima yang dibawa khas dari Tanah Suci Mekah.

Malam tersebut Dwelling 6 tenggelam dengan keriuhan suara para hadirin dan gelak tawa serta keriangan kanak-kanak yang bertandang menambahkan lagi keceriaan yang sentiasa ada.

20 Ramadhan - A Journey To Parent House






30 Ogos 2010, Isnin
Lokasi : Rumah Parentku, Seremban

Sedar tak sedar dah 20 hari rupanya aku dan semua umat Islam serata dunia berpuasa. Setelah kerap berbuka bersama housemate kini tibalah masanya aku berkesempatan untuk berbuka bersama dengan keluarga aku. Dah lama tak merasa masakan emak sendiri. Asyik merasa masakan orang jer. Dan memandangkan esok tibanya ulangtahun hari Kemerdekaan negara kita yang ke-53 aku pun stay dekat umah jer. Lagipun time puasa takkan nak gi celebrate plak. Selepas pulang dari membeli sedikit juadah dekat Bazaar Ramadhan Stadium Paroi aku pun combinekan dengan lauk yang emak aku dah masak.

Tibanya waktu berbuka selepas memakan sebiji kurma (sunnah nabi) akupun pekenalah lauk yang sedia terhidang. Tanpa melengahkan masa aku pun sambarlah pucuk paku dengan kurma daging. Perghhh dia punya penangan sampai aku tersandar lepas berbuka. Tulah hebatnya penangan orang-orang tua kita punya masakkan. Bak kata orang air tangan ibu jugalah tempat kita balik untuk merasa kesedapan makanan.

18 Ramadhan - Kesang







28 Ogos 2010, Sabtu
Lokasi : Kesang, Daerah Ledang, Johor

Kini masuk hari yang ke-18 semua umat Islam menunaikan ibadah berpuasa. Ini bermakna kita semakin hampir untuk menyambut ketibaan Syawal yang dinantikan. Kebetulan pula aku balik ke kampung aku sebab adanya majlis gotong-royong untuk membersihkan halaman rumah atuk aku yang dah diplanning sebelum ini. Dan setelah seharian masing-masing bertungkus lumus mengerjakan bahagian yang telah diagihkan, maka hasilnya bersihlah sedikit persekitaran rumah atuk aku. Operasi yang dijalankan ini akan berlangsung sehinggalah tibanya hari bersejarah buat Paklan pada 28/11 nanti.

Dan setelah letih seharian mengemas rumah,ditambah pula dengan peluh keringat yang membasahi tubuh, masing-masing menanti saatnya untuk berbuka puasa. Juadah berbuka telah terhidang. Tarikannya cukup kuat sehingga ramai yang tidak sabar untuk menyambar apa yang disajikan. Maka, masuknya waktu berbuka semua yang ada pun membasahkan tekak menghilangkan dahaga dengan beraneka minuman dan yang paling istimewa sekali adalah air Sirap Bandung. Tidak cukup dengan itu Emakku pun sempat membuat Laksa Asam sebagai hidangan semua. Selain itu terdapat juga kuih-muih yang aku beli di Bazaar Ramadhan Pekan Merlimau. Dan semua yang ada pun menikmati beraneka juadah tersebut. Maka sempurnalah sehari lagi masanya berpuasa untuk tahun ini.