Monday, September 20, 2010

18 Ramadhan - Kesang







28 Ogos 2010, Sabtu
Lokasi : Kesang, Daerah Ledang, Johor

Kini masuk hari yang ke-18 semua umat Islam menunaikan ibadah berpuasa. Ini bermakna kita semakin hampir untuk menyambut ketibaan Syawal yang dinantikan. Kebetulan pula aku balik ke kampung aku sebab adanya majlis gotong-royong untuk membersihkan halaman rumah atuk aku yang dah diplanning sebelum ini. Dan setelah seharian masing-masing bertungkus lumus mengerjakan bahagian yang telah diagihkan, maka hasilnya bersihlah sedikit persekitaran rumah atuk aku. Operasi yang dijalankan ini akan berlangsung sehinggalah tibanya hari bersejarah buat Paklan pada 28/11 nanti.

Dan setelah letih seharian mengemas rumah,ditambah pula dengan peluh keringat yang membasahi tubuh, masing-masing menanti saatnya untuk berbuka puasa. Juadah berbuka telah terhidang. Tarikannya cukup kuat sehingga ramai yang tidak sabar untuk menyambar apa yang disajikan. Maka, masuknya waktu berbuka semua yang ada pun membasahkan tekak menghilangkan dahaga dengan beraneka minuman dan yang paling istimewa sekali adalah air Sirap Bandung. Tidak cukup dengan itu Emakku pun sempat membuat Laksa Asam sebagai hidangan semua. Selain itu terdapat juga kuih-muih yang aku beli di Bazaar Ramadhan Pekan Merlimau. Dan semua yang ada pun menikmati beraneka juadah tersebut. Maka sempurnalah sehari lagi masanya berpuasa untuk tahun ini.

No comments:

Post a Comment