Monday, September 20, 2010

24 Ramadhan - Buka-Bukaan



3 September 2010, Jumaat
Lokasi : Di Sepanjang perjalanku menuju ke Seremban

Hari ini adalah hari yang ke 24 Ramadhan kita menunaikan ibadah puasa. Target aku adalah untuk sampai ke Seremban tepat waktu berbuka puasa. Jadi aku bergerak dari ofis seawal jam lima petang (waktu ofis) yang pada masa itu jam tanganku pula menunjukkan 5.15 petang. Aku telah memilh untuk pulang ke sana dengan menggunakan Lebuhraya LEKAS agar lekas aku tiba ke rumah. Tapi maklum sajalah malang tidak selalunya berbau indah. Disebabkan kelajuan aku pada ketika itu maintain 80 km/j maka aku pun memandu di lorong tengah. Sedang aku mengejar masa dan bila lebuhraya mula dibanjiri kenderaan baru aku sedar yang aku tidak akan berjaya mencilok untuk mengambil jalan pintas ke LDP (Jambatan Pulau Pinang dekat Susur Keluar ke Kelana Jaya dan Sunway). Akibat dari kesesakan tersebut aku pun terlajaklah ke Federal Highway Yang terkenal dengan kesesakannya yang masih menjadi lagenda sehingga kini.

Bermula selepas susur keluar dari Kelana Jaya, dan bermula dari saat itulah aku terkandas hampir 20 kilometer sehinggalah aku berada di perkarangan tol Sungai Besi. Niat yang sebelumnya ingin berbuka puasa di rumah bersama keluarga kini terbantut gara-gara kesesakan yang tak masuk dek akal itu. Keadaan haluan di kedua-dua arah betul-betul menguji keimanan. Jam pada waktu itu menunjukkan 6.15 semasa aku melepasi Menara Telekom (Bangunan Pucuk Rebung). Masih jauh perjalanan yang harus aku tempuh. Lama juga aku mengelamun termenung memerhatikan kesesakan yang berserabut di kotak minda aku ini. Akhirnya baru aku sedar yang hari ini adalah minggu pertama student sekolah mahupun IPT menunaikan kewajipan mereka untuk bercuti selama 2 minggu sempena Hari Raya nanti. Ditambah pula dengan warga kota yang berpusu-pusu keluar dari kota seolah-olah tiadanya hari esok. Patutlah jamm tak hengattt...

6.30 petang, aku masih lagi di atas highway dan ketika ini berada di area Seputeh. Keadaan trafik mula bergerak perlahan setelah stuck begitu lama..(Macam @#$%^&*) semua yang negatif terhambur keluar akibat bengang menjadi mangsa keaadaan. Kini masanya hampir tiba,terasa sedikit keseslan terbuku di dalam diriku atas kejadian yang berlaku. Adanya pengisian dan pengajaran yang aku timba dari tragedi ini. Akhirnya setelah sejam setengah bertarung demi menumpaskan gangguan yang terjadi, aku tewas akhirnya. Di kanan aku adalah kesesakan yang melampaui batasan dan di kiri aku pula adalah pengalas perut untuk berbuka puasa. Akhirnya setelah mendapat seruan aku pun memilih haluan kiri. Bersaksikan sebatang rokok dan azan Maghrib yang berkumandang aku akhirnya menyempurnakan ibadah puasaku dengan sebatang rokok dan sebotol air mineral sambil menanti giliran keretaku tiba di kaunter drive-thru McDonalds yang terletak sebelum tiba ke garisan penamat (Tol Sungai Besi).

7.45 malam, kini selepas selesai mengalas perut di tepi jalan berdekatan dengan susur keluar ke Serdang-UPM aku pun meneruskan perjalananku. Kini targetku cuma satu sampai dengan selamatnya tanpa ada sebarang halangan. Dan setibanya di Susur keluar ke Kajang aku pun meneruskan perjalananku itu dengan dendam yang terbuku di hati, merentasi LEKAS menuju ke Seremban. Jarum kecil jamku telah begitu hampir tepat ke nombor sembilan, dan kini setelah 3 jam setengah menempuh kesesakan aku tiba jua ke destinasiku yang terakhir. Mungkin ada hikmahnya disebalik terjadinya tragedi ini....

No comments:

Post a Comment