Thursday, December 16, 2010

Menjejak Khazanah Pulau Pinang





07 & 08 November 2010, Ahad % Isnin
Lokasi : Pulau Pinang Pulau Mutiara

Aku datang ke Penang ni bukan kerana berjalan makan angin, tetapi disebabkan tugasan yang diberikan oleh pihak InED untuk membawa pulang skrip peperiksaan calon menumpang di beberapa buah negeri di sebelah Utara. Lokasi pertama aku untuk tugasan pertama tersebut adalah di Penang. Dan disebabkan urusan yang dilaksanakan sempurna awal jadi aku dapatlah luangkan sedikit masa meronda-ronda kawasan persekitaran dengan tempat penginapan aku.

Biasa kalau jalan-jalan dengan kawan-kawan tak pun jalan dengan keluarga. Tapi kali ini aku berkelana dekat Penang seorang diri. Jadi merdekalah aku dari sebarang gangguan, tanpa ada sekatan dari sesiapa. Bila malam menjelma aku ditemani koordinator yang turut sama dalam urusan InED meronda pula kawasan yang jauh sikit dari hotel tempat aku menginap. Jadi kitorang pun berjalan-jalanlah mencuci mata di sekitar Gurney dan Batu Feringhi. Dapatlah aku membeli sedikit ole-ole untuk keluarga dan rakan-rakan sepejabat.

Senang ceirta walaupun aku dah berjalan sakan dekat Georgetown tapi banyak tempat yang aku masih lagi tak explore. Aku pergi setakat yang terlarat kaki aku melangkah. Mungkin lain kali aku akan explore habis-habisan tu pun kalau dapat cuti panjang. Ok Penang tunggu kedatangan hamba semula.

Wednesday, December 15, 2010

Glorious

Dah lama aku tak belek-belek koleksi discografi aku. Tiba-tiba teringatkan MUSE. Jadi aku pun select la album Blackholes & Revelations (Japan Release) yang turut memuatkan bonus track lagu yang berjudul Glorious. Video tribute ini ditujukan khas buat peminat MUSE di seluruh dunia.



Rose-tinted view

And satellites that compromise the truth
But I wanted more
With the cuts and the bruises
Touch my face
A hopeless embrace

Faith, it drives me away
But it turns me on
Like a strangers love
It rockets through the universe
It fuels the lies, it feeds the curse
And we too could be
Glorious

I need to believe
But I still want more
With the cuts and the bruises
Don't close the door
On what you adore

Faith, it drives me away
But it turns me on
Like a strangers love
It rockets through the universe
It fuels the lies, it feeds the curse
and we too could be
Glorious

P/S : Bilalah aku boleh handal main drum mcm mamat ni.

Tuesday, December 14, 2010

Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang

Memandangkan aku baru saje pulang dari merantau ke negeri orang, negeri sendiri lagi dikenang jadi aku tujukan lirik lagu ini buat semua. Selepas berjaya menjejaki tiga negeri (Penang, Kedah & Perlis) apa yang tinggal hanyalah kenangan.

Kumpulan Harmoni
Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Laut mengimbau sayu
Ombak ombak ini hatiku
Berhasrat tiada sepi

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hujan memberi lagu
Angin menampar
Setiap ruang angkasa
Berhiba awan pilu

Aku antara insan beribu
Airmataku antara laut lepas
Laguku hilang di angin menderu
Pecah di pantai terhempas

Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
Hatiku terjun ke air
Mencari tempat tempat bagiku
Aku seorang pelarian

Conquer the Three Campus Of UiTM in 3 Days (Penang, Kedah, Arau)







7 - 9 November 2010, Ahad - Selasa
Lokasi : Utara

Hari Ini bersamaan dengan 6 November. Setelah penat seharian aku bertugas sebagai AJK Gerakan untuk Peperiksaan aku pun bergegas pulang ke rumah bersiap-siap untuk berangkat ke Utara. Jam kini menunjukkan hampir pukul 6 petang, bermakna masih ada 5 jam lagi sebelum aku berangkat ke Utara dengan menaiki Eagle Coach. Jika mengikut kepada rancangan asal aku akan gerak ke Utara bersama dengan Encik Fahimi, Koordinator yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil skrip peperiksaan bersama-sama dengan aku bersama dengan seorang driver dari UiTM. Tetapi disebabkan penundaan jadual yang sepatutnya dibatalkan maka aku dengan relahati bergerak ke sana juga.

Seperti yang telah dirancangkan dengan Encik Fahimi, dimana aku akan berjumpa dengan dia disana. Jadi setelah menunggu akhirnya tibalah bas yang akan aku naiki untuk ke Utara. Cuaca malam tersebut sedikit merisaukan aku kerna hujan yang mula turun membasahi bumi ditambah lagi dengan berita insiden bas yang terjadi di Selatan Tanah Air yang menambahkan lagi kegusaran aku. Tetapi demi tugasan yang perlu dilaksanakan aku gagahkan juga. Sepanjang perjalanan bas tersebut aku memang tak boleh tidur. Macam-macamlah yang aku pikir ditambah pula dengan risau. Walau macam manapun Alhamdulillah aku berjaya jejakkan kaki ke Perhentian Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang tepat jam 4.30 pagi.

7 November, Setibanya aku di sana aku pun dijemput Encik Fahimi menuju ke kampus pertama, Kampus UiTM Cawangan Merbok, Kedah. Selepas selesai urusan di sana lebih kurang pukul 10, aku dan Encik Fahimi bergegas pulang ke Pulau Mutiara dan bermalam di sana. Dengan masa yang terluang tersebutlah aku topup blek tido aku bagi menghilangkan keletihan dan kelesuan badan. Tak banyak yang dapat aku lakukan dekat Penang tersebut. Sementara menanti tibanya waktu malam aku pun mengeksplorasi kawasan-kawasan yang menarik di Pulau Pinang. Kebetulan Cititel yang menjadi residensi aku berdekatan dengan Line Clear yang famous dekat Penang jadi aku pun singgahlah di sana untuk mencuba sendiri kelazatan menu dia walaupun terpaksa beratur panjang. Selepas itu aku pergi pula ke Komtar dan kemudian pusing semula ke area Chow Rasta untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Disebelah malam pula aku dibawa oleh Encik Fahimi berjalan-jalan di sekitar Gurney dan Batu Ferringhi. Selepas penat berjalan dan mencapai barangan yang boleh dijadikan cenderamata aku pun balik ke hotel untuk hari seterusnya.

Hari Ini 8 November hari kedua aku berada di Utara. Masih lagi berada di Cititel Pulau Pinang dan tiba masanya untuk aku check-out. Target yang perlu kitorang achieve hari ini adalah settlekan semua tugasan seterusnya di Kampus Penang dan kemudian pulang ke Shah Alam. Aku tiba di kapus Penang lebih Kurang pukul 1. Setelah menyemak semua dokumen dan skrip peperiksaan dan mencukupi aku pun mendapat perkhabaran yang jalan menuju ke Kampus Arau telah dibuka semula berikutan banjir yang melanda di beberapa buah negeri di Utara. Setelah mendapat kebenaran dari Bilik Gerakan InED Shah Alam, Aku dengan Encik Fahimi gamble untuk ke sana. Risau juga takut hujan yang bakal turun membantutkan usaha kitorang.

Sepanjang perjalanan ke Arau kiri kanan lebuhraya penuh digenangi air bah. Kawasan sawah yang luas terbentang kini bertukar menjadi lautan banjir yang luas. Terasa macam lebuhraya yang aku lalui tu berada atas lautan plak. Cuaca masa tu agak merisaukan juga sebab awan mendung berarak deras sambil menitiskan hujan yang semakin lebat. Aku tiba juga ke Kampus Cawangan Arau, Perlis lebih kurang jam 4.30 petang. Dengan timbunan skrip peperiksaan yang banyak aku dan Encik Fahimi melaksanakan kerja dengan segera bagi mengelakkan terkandas di Arau. Selesai saja tugas kitorang pun terus meneruskan perjalan untuk ke Sungai Petani. Cuaca yang mendung kini bertukar gelap seolah-olah jam sudah pukul 7.00 malam ditambah pula dengan hujan lebat yang mencurah-curah turun. Kelihatan air bah mula naik sedikit demi sedikit di bahu jalan. Akhirnya sekitar jam 9 malam kitorang tiba ke Emerald Puteri Hotel. Hujan mencurah-curah turun disertai ribut petir dan angin yang kuat.

Selepas check-in dan berkemas diri kitorang pun geraklah ke Radix Fried Chicken untuk pekena rasanya. Ternyata jika marketing yang kuat dilaksanakan Radix Fried Chicken boleh bersaing hebat dengan KFC, buktinya adalah pada rasa dan hidangannya yang seakan serupa dengan KFC. Apa yang membanggakan RFC adalah produk tempatan dan kita supportlah keluaran negara kita. Selepas puas menikmati hidangan yang ada kitorang pun pulang ke hotel dan lepaskan lelah bekerja.

9 November. Hari ketiga aku berada di bumi Utara sekarang misi kitorang adalah untuk membawa pulang harta InED / UiTM pulang dengan selamatnya. Risau memanglah risau memandangkan muatan yang kitorang bawa tu bukannya muatan biasa. Segala skrip pelajar yang mengambil peperiksaan ada di dalamnya dalam erti kata lain barangan yang dibawa adalah Sulit & Persendirian. Dan setelah lima jam mengharungi perjalanan akhirnya kami tiba di Shah Alam dengan selamatnya bersama dengan skrip-skrip yang dibawa. Dari tugasan tersebut pengisian yang aku dapat cukup besar banyak pengalaman yang aku dapat dan diharapkan agar projek yang akan datang akan berljalan dengan lancar.

Monday, December 13, 2010

Coral Reef Yang Alive







Kedai Ikan Laut
Lokasi : Kompleks PKNS, Shah Alam Selangor

Air....tempat ikan berenang. Itulah salah satu ayat yang terkeluar di dalam cerita “Baik Punya Cilok”. Tapi bukan pasal cerita tu yang ingin dikongsikan bersama hari ini. Semuanya berkenaan dengan sebuah kedai ikan yang menjual ikan hiasan. Dan yang paling istimewanya ikan-ikan hiasan yang dijual adalah ikan air masin atau lebih tepat lagi Akuatik Laut.

Apa yang menariknya kedai ni adalah akuarium yang menempatkan himpunan coral hidup yang benar-benar cantik dan unik. Ditambah pula ada yang glow in the dark apabila lampu dipadamkan. Pengisian yang dapat kita perolehi dari melihat hidupan laut ini adalah ia dapat memberikan sedikit ketenangan dan serba sedikit dapat mengurangkan stress. Melihat ikan-ikan menjadikan coral sebagai tempat permainan mereka seolah-olah memberikan gambaran sebenar keadaan habitat hidupan di laut lepas.

Bagi mereka yang minat dalam aktiviti membela ikan khususnya akuatik laut bolehlah singgah ke kedai yang dimaksudkan di Lot G95 E-2, Tingkat Bawah, Kompleks PKNS Shah Alam. Untuk memudahkan direction semua, kedai ini bersebelahan kedai gunting rambut, kedai baiki kasut, Kedai Zie Zack dan terletak di belakang Restoran The Scene. Jadi sekiranya anda berkunjung ke Shah Alam bolehlah singgah menjejakkan kaki ke kedai yang dimaksudkan.

Pasangan Mempelai Mencari Kain


31 Oktober 2010, Ahad
Lokasi : Kedai Kain, Tangkak

Menjelang ketibaan hari yang bersejarah. Seorang bakal Raja Sehari perlulah membuat persiapan yang sempurna agar majlisnya berlangsung seperti yang telah dirancang. Tambahan pula banyak perkara yang perlu dilaksanakan agar majlis berseri dengan hiasan serta hantaran ditambah pula keberkatannya apabila hadirin menerima sedikit cenderahati dari pihak pengantin sebagai tanda kenang-kenangan.

Dan bagi menyerlahkan lagi keserian pelamin pengantin, kreativiti serta idea bernas dari pihak pengantin juga haruslah diberikan keutamaan. Ini bagi suasana hari yang bersejarah itu tidak suram mahupun lari dari tema yang telah dipilih. Bagi pasangan Mazlan (Pak lan) & Azura mereka telah memilih temanya putih dan biru. Jadi di kelapangan yang ada begitu besar komitmen diberikan oleh kedua-dua mempelai bagi mewarnai majlis mereka nanti dengan idea mereka.