Tuesday, December 14, 2010

Conquer the Three Campus Of UiTM in 3 Days (Penang, Kedah, Arau)







7 - 9 November 2010, Ahad - Selasa
Lokasi : Utara

Hari Ini bersamaan dengan 6 November. Setelah penat seharian aku bertugas sebagai AJK Gerakan untuk Peperiksaan aku pun bergegas pulang ke rumah bersiap-siap untuk berangkat ke Utara. Jam kini menunjukkan hampir pukul 6 petang, bermakna masih ada 5 jam lagi sebelum aku berangkat ke Utara dengan menaiki Eagle Coach. Jika mengikut kepada rancangan asal aku akan gerak ke Utara bersama dengan Encik Fahimi, Koordinator yang dipertanggungjawabkan untuk mengambil skrip peperiksaan bersama-sama dengan aku bersama dengan seorang driver dari UiTM. Tetapi disebabkan penundaan jadual yang sepatutnya dibatalkan maka aku dengan relahati bergerak ke sana juga.

Seperti yang telah dirancangkan dengan Encik Fahimi, dimana aku akan berjumpa dengan dia disana. Jadi setelah menunggu akhirnya tibalah bas yang akan aku naiki untuk ke Utara. Cuaca malam tersebut sedikit merisaukan aku kerna hujan yang mula turun membasahi bumi ditambah lagi dengan berita insiden bas yang terjadi di Selatan Tanah Air yang menambahkan lagi kegusaran aku. Tetapi demi tugasan yang perlu dilaksanakan aku gagahkan juga. Sepanjang perjalanan bas tersebut aku memang tak boleh tidur. Macam-macamlah yang aku pikir ditambah pula dengan risau. Walau macam manapun Alhamdulillah aku berjaya jejakkan kaki ke Perhentian Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang tepat jam 4.30 pagi.

7 November, Setibanya aku di sana aku pun dijemput Encik Fahimi menuju ke kampus pertama, Kampus UiTM Cawangan Merbok, Kedah. Selepas selesai urusan di sana lebih kurang pukul 10, aku dan Encik Fahimi bergegas pulang ke Pulau Mutiara dan bermalam di sana. Dengan masa yang terluang tersebutlah aku topup blek tido aku bagi menghilangkan keletihan dan kelesuan badan. Tak banyak yang dapat aku lakukan dekat Penang tersebut. Sementara menanti tibanya waktu malam aku pun mengeksplorasi kawasan-kawasan yang menarik di Pulau Pinang. Kebetulan Cititel yang menjadi residensi aku berdekatan dengan Line Clear yang famous dekat Penang jadi aku pun singgahlah di sana untuk mencuba sendiri kelazatan menu dia walaupun terpaksa beratur panjang. Selepas itu aku pergi pula ke Komtar dan kemudian pusing semula ke area Chow Rasta untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang.

Disebelah malam pula aku dibawa oleh Encik Fahimi berjalan-jalan di sekitar Gurney dan Batu Ferringhi. Selepas penat berjalan dan mencapai barangan yang boleh dijadikan cenderamata aku pun balik ke hotel untuk hari seterusnya.

Hari Ini 8 November hari kedua aku berada di Utara. Masih lagi berada di Cititel Pulau Pinang dan tiba masanya untuk aku check-out. Target yang perlu kitorang achieve hari ini adalah settlekan semua tugasan seterusnya di Kampus Penang dan kemudian pulang ke Shah Alam. Aku tiba di kapus Penang lebih Kurang pukul 1. Setelah menyemak semua dokumen dan skrip peperiksaan dan mencukupi aku pun mendapat perkhabaran yang jalan menuju ke Kampus Arau telah dibuka semula berikutan banjir yang melanda di beberapa buah negeri di Utara. Setelah mendapat kebenaran dari Bilik Gerakan InED Shah Alam, Aku dengan Encik Fahimi gamble untuk ke sana. Risau juga takut hujan yang bakal turun membantutkan usaha kitorang.

Sepanjang perjalanan ke Arau kiri kanan lebuhraya penuh digenangi air bah. Kawasan sawah yang luas terbentang kini bertukar menjadi lautan banjir yang luas. Terasa macam lebuhraya yang aku lalui tu berada atas lautan plak. Cuaca masa tu agak merisaukan juga sebab awan mendung berarak deras sambil menitiskan hujan yang semakin lebat. Aku tiba juga ke Kampus Cawangan Arau, Perlis lebih kurang jam 4.30 petang. Dengan timbunan skrip peperiksaan yang banyak aku dan Encik Fahimi melaksanakan kerja dengan segera bagi mengelakkan terkandas di Arau. Selesai saja tugas kitorang pun terus meneruskan perjalan untuk ke Sungai Petani. Cuaca yang mendung kini bertukar gelap seolah-olah jam sudah pukul 7.00 malam ditambah pula dengan hujan lebat yang mencurah-curah turun. Kelihatan air bah mula naik sedikit demi sedikit di bahu jalan. Akhirnya sekitar jam 9 malam kitorang tiba ke Emerald Puteri Hotel. Hujan mencurah-curah turun disertai ribut petir dan angin yang kuat.

Selepas check-in dan berkemas diri kitorang pun geraklah ke Radix Fried Chicken untuk pekena rasanya. Ternyata jika marketing yang kuat dilaksanakan Radix Fried Chicken boleh bersaing hebat dengan KFC, buktinya adalah pada rasa dan hidangannya yang seakan serupa dengan KFC. Apa yang membanggakan RFC adalah produk tempatan dan kita supportlah keluaran negara kita. Selepas puas menikmati hidangan yang ada kitorang pun pulang ke hotel dan lepaskan lelah bekerja.

9 November. Hari ketiga aku berada di bumi Utara sekarang misi kitorang adalah untuk membawa pulang harta InED / UiTM pulang dengan selamatnya. Risau memanglah risau memandangkan muatan yang kitorang bawa tu bukannya muatan biasa. Segala skrip pelajar yang mengambil peperiksaan ada di dalamnya dalam erti kata lain barangan yang dibawa adalah Sulit & Persendirian. Dan setelah lima jam mengharungi perjalanan akhirnya kami tiba di Shah Alam dengan selamatnya bersama dengan skrip-skrip yang dibawa. Dari tugasan tersebut pengisian yang aku dapat cukup besar banyak pengalaman yang aku dapat dan diharapkan agar projek yang akan datang akan berljalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment