Monday, April 11, 2011

Restoran Le Lac







Restoran Le Lac
2G Jalan Kristal A, Seksyen 7, Shah Alam

Kedai yang dimaksudkan ini terletak bertentangan dengan Tasik Rekreasi Seksyen 7. Kedai ini menghidangkan pelbagai pilihan masakan melayu dan masakan arab. Cuma makanan arab yang dihidangkan tidak sebanyak makanan di kedai nasi arab yang lain, cuma ada menu tertentu sahaja. Bagi pengunjung yang singgah ke kedai ini, anda bolehlah memilih pelbagai tempat yang disediakan, antaranya gaya moden, gaya kopitiam (meja bulat marmar dan kerusi kayu), gaya kerusi taman (meja & kerusi batu) serta gaya kafe kontemporari. Selain itu restoran ini juga turut menyediakan bilik khas bagi yang ingin privasi dan bagi tujuan majlis-majlis tertentu.

Servis mereka juga boleh dikategorikan pantas dimana pelanggan tidak perlu menanti lama bagi sesebuah hidangan tu sampai. Bagi rasa makanannya pula bolehlah dibagi tiga bintang dari enam. Jadi jikalau anda ingin mencuba sendiri makanan yang dihidangkan di Restoran Le Lac ini anda bolehlah berkunjung ke kedainya yang terletak di Seksyen 7 ini, bersebelahan Hailam Kopitiam. Selamat mencuba.

Restoran Jayati (Seksyen 13)


Restoran Jayati
Seksyen 13, Shah Alam (Belakang Tesco Extra)

Mungkin ramai yang pernah pergi ke kedai ini. Banyak juga pujian serta komen pelanggan di dalam forum yang mengatakan makanannya sedap-sedap. Di kesempatan yang ada, saya telah berkunjung ke restoran yang terletak di Seksyen 13 ini untuk menikmati sarapan pagi. Dan bila sarapan kenalah layan diri ambil lauk. Jadi memandangkan lauk yang dihidangkan menaikkan selera jadi saya telah mencuba nasi lemaknya. Dengan aroma yang begitu harum, bau daun pandan serta halia membuatkan selera menjadi-jadi. Cukuplah lauk yang diambil sekadar Ayam Rendang bersama Kuah Sos Cendawan sebagai iringan nasi lemak itu. Rasanya bila dimakan memang sedap seperti yang dikomen pelanggan yang pernah ke restoran ini yang turut ada di Seksyen 17. Untuk anda yang ingin merasa sendiri kelazatan makanannya anda bolehlah berkunjung ke Restoran Jayati yang terletak di kawasan kedai belakang Tesco Extra (dulu Makro). Restoran ini juga terletak berhampiran studio animasi Les Copaque Sdn Bhd (Upin & Ipin). Selamat Menjamu Selera.

Sunday, April 10, 2011

Mee Kari yang sungguh Sedapp...


Sri Hainan Kopitiam
No 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, Seksyen 9. Shah Alam

Kedai yang dimaksudkan ini terletak di Pusat Komersil Seksyen 9, bertentangan dengan Oasis 9. Trademark nak ke Seksyen 9 tu bagi memudahkan semua untuk ke sana adalah Plaza Masalam atau IPD Shah Alam. Interior kedainya sedikit sebanyak memang berkonsepkan kopitiam Cina bukan seperti kebanyakan kedai yang terdapat di merata tempat kini. Apa yang menariknya kedai Sri Hainan Kopitiam ini adalah Nasi Ayamnya yang enak. Bagi yang pertama kali ingin mencuba masakannya anda bolehlah mencuba Mee Kari Nyonya yang sungguh pekat dan ditambah pula dengan rasanya yang sedikit pedas menaikkan lagi aroma dan rasanya itu. Terdapat pelbagai masakan lain yang boleh dicuba tetapi diingatkan bahawa menu yang ditawarkan bergantung kepada yang tersenarai sahaja. Maknanya it has been a limitation. Selain itu terdapat juga kelainan pada air yang dihidangkan. Untuk menghilangkan dahaga mungkin juga anda boleh mencuba Coconut Sea Ice Blended yang begitu menyegarkan. Rasa isi kelapa lautnya begitu asli seperti diambil secara terus dari laut. Jadi jikalau kepada sesiapa yang ingin rasa chinese cuisine style bolehlah datang ke Sri Hainan Kopitiam ini.

Barbeque Santai 2011










8 April 2011, Jumaat
Dwelling 6, PRPT

Seperti yang telah dirancangkan dengan beberapa mastermind, akhirnya majlis BBQ berjaya juga dilaksanakan tempoh hari. Seawal pukul 11.00 pagi lagi aku dan Che Din telah pergi mencari bahan-bahan yang akan dimasak. Antara bahan yang bakal dijadikan sajian malam itu adalah ayam, daging kambing, udang dan sosej.Selepas selesai menunaikan Solat Jumaat ayam-ayam yang telah dibersihkan diperap dengan adunan rempah dan bahan-bahan yang telah dibeli tadi.

Acara dimulakan dengan upacara penyalaan api barbeku yang dikendalikan tetamu jemputan Modul, Mr. Quah. Dan sementara menanti acara sebenar bermula pukul 8.00 malam, hadirin yang awal tiba tidak membuang masa membakar ayam dulu. Tidak ketinggalan PM Haziah turut sama bergabung tenaga bersama Mr. Quah membakar ayam-ayam yang telah diperap. Sekitar jam lapan malam hadirin mula datang seorang demi seorang.

Cuaca ketika itu mula dihujani dengan hujan renyai yang kemudiaannya menjadi lebat dan berlarutan selama 40 minit sebelum reda sepenuhnya. Dari ayam, terus ke kambing kemudian udang pula dan kini sosej. Kesemua yang hadir malam itu berpuashati dengan hidangan yang ada. Kak Su turut berkesempatan untuk menyediakan roti jala bersama kuah kari istimewanya dan mee lidi goreng. Dianggarkan tetamu yang hadir pada malam itu seramai 35 orang. Antara tetamu yang hadir malam itu adalah Encik Azman selaku perancang, Encik Hashim, Mr. Tei, dan ahli-ahli yang turut menyumbangkan tenaga bagi menjayakan majlis barbeku tersebut.

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2011







26 & 27 Mac 2011, Sabtu & Ahad
Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam

Baru-baru ini mungkin ramai ibubapa dan juga anak-anak mereka yang berkesempatan berkunjung ke Ekspo Selangkah Ke UiTM 2011 yang dianjurkan kampus induk Universiti Teknologi MARA di Shah Alam. Antara motif utama ekspo ini adalah untuk menarik lebih ramai lagi anak bangsa amnya bumiputera untuk menjejakkan kaki ke UiTM. Selaras dengan keputusan SPM yang baru sahaja keluar ramai lepasan SPM yang tidak melepaskan peluang untuk merebut peluang yang ada ini.

Sepanjang dua hari ekspo ini dijalankan banyak fakulti yang menyertai program ini. Tidak kurang juga Institusi Pendidikan seperti Institut Perkembangan Pendidikan (InED) dan Kolej-kolej Bersekutu yang turut serta di dalam ekspo ini. Banyak aktiviti yag dijalankan bagi menarik pelawat datang ke booth-booth yang ada. Terdapat juga anugerah yang diberikan pihak UiTM terhadap booth-booth yang bertanding. Antara anugerah tersebut adalah Booth Tercantik (Kategori Institusi) yang dirangkul InED. Tahniah diucapkan buat InED atas kejayaan yang dirangkul itu.

Majlis Persandingan Nizam &Ida





26 Mac 2011, Sabtu
Kampung Dingkir, Inas, Johol, Negeri Sembilan

Pejam celik pejam celik dah sebulan rupanya ex-housemate aku bergelar suami buat isteri kesayangannya Noor Hidayah a.k.a. Ida. Aku berkesempatan pergi ke perkahwinannya memandangkan aku dah kenal dengan Ijam sejak dari tadika lagi. Lepas tu kitorang berjiran pulak tu masa dekat taman lama aku dulu. Last kitorang keluar pun masa pergi ke Genting tahun lepas. Turut sama pada hari perkahwinannya adalah juga rakan setaman yang lain, Hafiz dan Awai. Untuk ruangan yang pendek dan ringkas ini ingin diucapkan sekali lagi Selamat Pengantin Baru kepada Ijam dan Ida. Semoga berbahagia selalu. Kini dah settle sorang, ade tiga lagi. Mmm... "bila lagi giliran saya..." (petikan dialog Filem Man Laksa)

Pertembungan Retro dan Klasik


19 Mac 2011, Sabtu
Sepanjang Jalan Menuju Seksyen 7 dari Bulatan Seksyen 6

Kebetulan pula gambar ni. Macam telah dirancang. Keluar saja persimpangan bulatan Seksyen 6, aku dan krew-krew InED terpaku sebentar ke arah dua kelibat kenderaan yang warnanya sama. Kelihatan penunggang vespa tersebut dengan gaya tahun 70 an. Apa yang menambahkan klasik petang itu adalah suasana petang yang betul-betul menarik. Vespa kuning beraga rotan tersebut turut ditemani Datsun kuning yang warnanya sama. Ketika itu dendangan lagu dari Stesyen Radio Asyik.fm menambahkan lagi nostalgia petang itu.

Diantara 2 Garisan


08 Mac 2011, Selasa
Blok 50, Seksyen 24

Kejadian ini terjadi di waktu pagi ketika aku mencelikkan mata untuk mandi. Kelihatan langit pagi itu betul-betul memberi petunjuk ketibaan cahaya rahmat. Sebenarnya kejadian tersebut berlaku ketika matahari pagi terbit dan membelakangi bangunan tinggi yang berdiri di hadapannya. Bila cahaya mula naik menyinari pagi bahagian yang dilindungi banguna telah menghasilkan ilusi seakan-akan cahaya dibelah dan terjadilah pembelahan alam. Seperti terjadinya dua waktu dalam satu masa....