Sunday, April 10, 2011

Barbeque Santai 2011










8 April 2011, Jumaat
Dwelling 6, PRPT

Seperti yang telah dirancangkan dengan beberapa mastermind, akhirnya majlis BBQ berjaya juga dilaksanakan tempoh hari. Seawal pukul 11.00 pagi lagi aku dan Che Din telah pergi mencari bahan-bahan yang akan dimasak. Antara bahan yang bakal dijadikan sajian malam itu adalah ayam, daging kambing, udang dan sosej.Selepas selesai menunaikan Solat Jumaat ayam-ayam yang telah dibersihkan diperap dengan adunan rempah dan bahan-bahan yang telah dibeli tadi.

Acara dimulakan dengan upacara penyalaan api barbeku yang dikendalikan tetamu jemputan Modul, Mr. Quah. Dan sementara menanti acara sebenar bermula pukul 8.00 malam, hadirin yang awal tiba tidak membuang masa membakar ayam dulu. Tidak ketinggalan PM Haziah turut sama bergabung tenaga bersama Mr. Quah membakar ayam-ayam yang telah diperap. Sekitar jam lapan malam hadirin mula datang seorang demi seorang.

Cuaca ketika itu mula dihujani dengan hujan renyai yang kemudiaannya menjadi lebat dan berlarutan selama 40 minit sebelum reda sepenuhnya. Dari ayam, terus ke kambing kemudian udang pula dan kini sosej. Kesemua yang hadir malam itu berpuashati dengan hidangan yang ada. Kak Su turut berkesempatan untuk menyediakan roti jala bersama kuah kari istimewanya dan mee lidi goreng. Dianggarkan tetamu yang hadir pada malam itu seramai 35 orang. Antara tetamu yang hadir malam itu adalah Encik Azman selaku perancang, Encik Hashim, Mr. Tei, dan ahli-ahli yang turut menyumbangkan tenaga bagi menjayakan majlis barbeku tersebut.

No comments:

Post a Comment