Monday, April 11, 2011

Restoran Le Lac







Restoran Le Lac
2G Jalan Kristal A, Seksyen 7, Shah Alam

Kedai yang dimaksudkan ini terletak bertentangan dengan Tasik Rekreasi Seksyen 7. Kedai ini menghidangkan pelbagai pilihan masakan melayu dan masakan arab. Cuma makanan arab yang dihidangkan tidak sebanyak makanan di kedai nasi arab yang lain, cuma ada menu tertentu sahaja. Bagi pengunjung yang singgah ke kedai ini, anda bolehlah memilih pelbagai tempat yang disediakan, antaranya gaya moden, gaya kopitiam (meja bulat marmar dan kerusi kayu), gaya kerusi taman (meja & kerusi batu) serta gaya kafe kontemporari. Selain itu restoran ini juga turut menyediakan bilik khas bagi yang ingin privasi dan bagi tujuan majlis-majlis tertentu.

Servis mereka juga boleh dikategorikan pantas dimana pelanggan tidak perlu menanti lama bagi sesebuah hidangan tu sampai. Bagi rasa makanannya pula bolehlah dibagi tiga bintang dari enam. Jadi jikalau anda ingin mencuba sendiri makanan yang dihidangkan di Restoran Le Lac ini anda bolehlah berkunjung ke kedainya yang terletak di Seksyen 7 ini, bersebelahan Hailam Kopitiam. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment