Sunday, March 7, 2010

Bila Musang Membawa Anak-Anaknya Melawat Kawasan Kejiranan




22 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Belakang Rumah, Dekat kawasan pokok Delima dan Ciku

Hari ini aku dikejutkan dengan kehadiran dua ekor anak musang yang masih lagi kecil dan mentah. Ayah aku yang perasan kehadiran musang-musang ni bila dia membuat rondaan setelah mendengar bunyi ganjil di belakang rumah. Disangkakan tikus rupanya si Musang yang datang untuk mengisi perut mereka. Dalam percubaan pertama yang dilakukan oleh aku dan ayah aku tidak berjaya menangkap musang terbabit setelah ia terlepas dari kurungan yang dibuat dengan menggunakan susunan atap batu.Walaupun ditutup dengan rapi musang yang lincah tersebut berjaya memboloskan dirinya dan menyorok di kawasan berhampiran.

Sedang aku menjejak kedudukan anak musang tersebut, tiba-tiba aku dikejutkan dengan seekor lagi musang yang entah dari mana tiba-tiba menjelma dan tergantung di pokok delima yang dipenuhi duri tersebut. Nampaknya taktik anak musang sekor tersebut berjaya dengan berlindung di pokok delima tersebut. Lama jugaklah aku dengan ayah aku tunggu sampailah ia mula mengalah. Sedang menanti yang sekor tu turun musang yang paling kecik tadi keluar dari persembunyiaanya dan mencari jalan keluar. Akhirnya selepas berjaya ditangkap, musang tersebut sekali lagi bolos dari baldi besar yang menjadi tempat duduknya.

Aku pun mengejar musang yang lepas tersebut dan ayah aku mengepung musang yang mula turun dari pokok tersebut. Musang yang aku kejar berjaya menyelinap keluar dan lalu menyorok di balik pasu yang terdapat di kawasan depan. Bila aku bergegas ke belakang ayah aku dah berjaya menangkap musang yang duduk di atas pokok itu. Dan kerana musang tersebut agak ganas dan merbahaya jadi terpaksalah kitorang lepaskan dia. Tapi sebabkan panik habis basah kuyup musang tersebut setelah masuk dalam kolam ikan aku sebanyak dua kali.

Apa lagi bercemperalah ikan-ikan dalam kolam tu menyelamatkan diri.Bila musang tersebut berjaya dikeluarkan ia terus hilang disebalik kegelapan malam. Rasa kesian plak sebab tengok musang tu basah kuyup. Dahla malam tu cuaca dingin membeku ditambah pula dengan hujan renyai yang mula membasahi bumi. Tapi bila pikirkan balik dah memang dia hidup meliar so tahulah dia jaga diri dia.

Makaroni Goreng


21 Februari 2010, Ahad
Lokasi : Rumah Parent aku lerr, mane lagi…

Lagi sekali aku dapat menikmati hidangan istimewa yang kerap emak aku buat. Memandangkan aku memang suka makan makanan Itali jadi emak aku pun masakkanlah menunya yang istimewa iaitu Makaroni Goreng. Apa yang istimewanya Makaroni ini adalah kuah pasta yang digoreng sehingga menjadi kering seperti mee goreng mamak. Ditambah pula dengan hirisan sosej dan juga daging burger yang dihancurkan untuk dijadikan perencah untuk Makaroni tersebut. Emak aku pun rasa puashati masak kali ini sebab habis dimakan walaupun banyak. Bayangkan seharian aku tak sentuh nasi, hanya makan makaroni gara-gara rasanya yang memang dah cukup buat aku kenyang dan bertenaga buat seharian. Dan bila malam menjelma barulah aku makan nasi setelah habis Makaroni Goreng tersebut aku makan dengan emak aku.

Bubur yang Istimewa


19 Februari 2010, Jumaat
Lokasi : Rumah Parent aku lerr, mane lagi…

Hari ni aku rasa tak sedap badan, entah kenapa badan aku penuh dengan bintik-bintik halus gara-gara digigit nyamuk masa aku hantar carwash kereta emak aku. Bila aku sedar je pagi aku tengok badan aku dah mula keluar bintik-bintik halus macam kena chicken pork. Risau juga aku, so far Alhamdulillah sebab takde ape-ape. Emak aku cakap aku kena demam nyamuk, entahlah. Jadi nak menaikkan semula selera makan yang sedikit sebanyak dah mula susut, emak aku pun masaklah bubur istimewa.

Bubur ini istimewa sebab ia menggabungkan ayam panggang yang sudah disiat halus-halus bersama dengan hirisan daging bentuk dadu. Ditambah dengan sedikit kepedasan dari lada hitam dan cili padi giling memang memukau jiwa untuk menikmatinya. Mana taknya sampai tiga mangkuk aku kerjakan bubur berkenaan. Ibarat penduduk Somalia yang kelaparan setelah kepenatan berjuang mempertahankan nyawa mereka. Jadi memandangkan bubur yang emak aku sediakan banyak jadi dapatlah aku makannya dalam masa dua hari ini.

Dan yang menambahkan selera aku untuk memakan bubur tersebut adalah kerana ikan tenggiri pekasam yang turut digoreng bersama dengan bawang dan cili yang disediakan oleh ayah aku. Memang bila suap saja dekat mulut aku terus menghayati nikmatnya memakan bubur tersebut. Kalau orang takde gigi sekalipun aku rasa kalau dapat bubur yang sedap macam tu memang licinlah. For Sure punyelah. Jadi biarlah kita memuji masakan chef di kedai-kedai yang pernah kita pergi sekalipun, masakan ibu sudah semestinya dihati semua. Betul tak, Think Again.

Bila Udang Memformasikan Diri Mereka


16 Februari 2010, Selasa
Lokasi : Kedai Makan area Stadium TAR ,Paroi

Setelah penat mengharungi kesesakan lalulintas yang bermula di Plaza Tol Pedas – Linggi, aku, Paklan dan Emey merancang untuk mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Jadi aku pun bawalah diorang untuk makan di Stadium Paroi. Tapi apa yang aku nak rekemenkan dekat diorang berdua takde plak. Aku nak ajak diorang rasa Popia Basah dengan kuahnya yang pekat, pedas, manis dan sedap. Tapi kedai tu tutup plak. Jadi aku pun makanlah di kedai yang berhampiran.

Aku pun ordrlah Char Kuay Teow, Paklan plak order Mee Hailam dan Emey pun mengorderkan dirinya Nasi Goreng Kampung. Bila perut dah lapar apa yang sampai memang confirm kena tala habis-habisan. Biar rasa dia tak seberapa licinlah. Cuma yang aku tinggalkan dalam pinggan aku adalah formasi udang-udang yang disusun menjadi Swastika. Ingat ini bukannya satu Seni yang disengajakan. Aku lupa nak pesan dekat brader kedai tu jangan letak udang.

Aku memang alah sket dekat udang yang masak macam tu. Sebabnya aku hanya dapat makan udang yang digoreng tepung atau dibuang kulitnya. Tak tahulah kenapa sebab memang dari kecik lagi aku macam tu. So bila dah besar panjang ni macam terikut-ikut plak. Walaupun kadang-kadang aku paksakan diri aku juga ttapi tetap tak boleh. So lepas ni kalau korang nak makan udang lebih bolehlah kuar makan dengan aku sebab aku akan sedekahkan udang-udang tersebut kepada mereka yang berminat.Hehehe…

Kehadiran Sebuah Pembangunan yang Dinantikan




16 Februari 2010, Selasa
Lokasi : Jalan Seremban – Tampin, berhampiran SRJK (T) Estet Sungai Gadut

Seteleah sekian lama penantian hasil dari permohonan mahupun luahan dari penduduk setempat, kini masih dalam pembinaan sebuah stesyen komuter baru yang menghubungkan penduduk di sekitar Taman Pinggiran Senawang, Taman Seremban Selatan, Taman Ampuan Najihah dan Taman Tuanku Jaafar terus ke Seremban. Projek yang kini masih lagi 30% dari sempurna bakal memberikan kemudahan yang besar kepada penduduk yang sudah sekian lama memerlukan perkhidmatan yang dianggap amat berguna ini.

Ini kerana hampir sebahagian besar pekerja di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan membangun di sekitarnya tinggal di kawasan luar bandar yang berkepadatan penduduk tinggi. Seperti contoh di kawasan perindustrian Senawang, majoriti penduduk yang pernah disoal memberitahu mereka bekerja di Kuala Lumpur. Alasan yang diberikan mereka kerana tidak duduk berdekatan dengan Kuala Lumpur adalah kerana kos sara hidup yang tinggi yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

Mereka lebih gemar berulang dari menetap disana yang dikatakan kurang mengeluarkan kos. Seperti seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Madi berkata, dia bergerak ke tempat kerjanya seawal 6 pagi hanya untuk kerana tidak mahu terlepas bas yang bergerak awal. Dan segolongan besar pekerja-pekerja ini menggunakan perkhidmatan awam dari memandu sendiri ke tempat kerja mereka. Dan antara bas, perkhidmatan komuter turut menjadi pilihan mereka. Bagi yang benar-benar perlu segera ke pejabat, bas memang jalan yang pantas jika dibandingkan dengan komuter yang akan berhenti di setiap stesyen yang telah menjadi laluannya.

Walau bagaimanapun dengan terbinanya stesyen komuter yang baru ini akan lebih memudahkan penduduk sekitar yang ingin bergegas ke Seremban untuk tiba dengan kadar segera. Memandangkan perkhidmatan seperti bas akan datang dalam lingkungan sejam sekali ke taman-taman perumahan di sekitar kawasan itu. Perkhidmatan teksi pula memang sukar untuk didapati memandangkan kawasan yang agak jauh. Jadi diharapkan agar kemudahan yang disediakan ini nanti akan dapat membantu penduduk sekitar. Janganlah ia menjadi projek gajah putih apabila siap kelak kurang mendapat sambutan.

Thursday, March 4, 2010

Bila manusia berpusu-pusu pulang ke kota





16 Februari 2010, Selasa
Lokasi : Lebuhraya tempat kereta lalu lalang

Pada mulanya jalan yang kitorang lalu ni bergerak dengan lancar tanpa adanya sebarang halangan. Cuma keadaan masa tu pun sesak sket dengan kenderaan. Tetapi tidak mendatangkan kesesakan lalulintas. Tapi keadaan mula berubah apabila kitorang tiba sahaja kawasan yang berhampiran dengan Susur Keluar ke Plaza Tol Pedas – Linggi. Memang setiap tahun andai kata adanya perayaan yang besar, kesesakan lalulintas pasti bermula di kawasan tersebut. Inilah yang membuatkan aku musykil, pelik serta hairan bin ajaib.

Bukannya bila tiba Tahun Baru Cina sahaja, tetapi setiap kali menjelang tibanya perayaan yang besar pasti akan sesak area tersebut. Bagaikan satu sumpahan. Bila kita kaji balik pasti ada sebab kenapa berlakunya kejadian tersebut. Kesesakan akan terjadi bermula di Plaza Tol Seremban sehinggalah memanjang ke Plaza Tol Pedas – Linggi. Mungkin tindakan harus diambil bagi menangani isu ini dari terus berlarutan. Kelihatannya seperti perlunya pengubahsuaian yang drastik terhadap kawasan persimpangan di tiga buah kawasan yang penting iaitu di:

- Plaza Tol Senawang
- Plaza Tol Rasah - Port Dickson
- Plaza Tol Seremban

Dengan pembaikan pulih yang sewajarnya ke atas ketiga-tiga rumah tol ini sedikit sebanyak akan mengurangkan masalah kesesakan yang melanda. Melihat kepada ketiga-tiga plaza tol yang dinyatakan tadi ia adalah pintu gerbang utama dari lebuh raya untuk ke kawasan pentadbiran Negeri Sembilan yang terletak di Seremban dan juga Seremban 2. Selain itu ia juga jalan untuk menuju ke pusat komersil yang menjana pembangunan di Negeri Sembilan yang terletak di Senawang dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Mungkin terdapat perangkaan jangka masa panjang untuk projek yang dimaksudkan ini. Cuma masanya yang masih belum tentu kunjung tiba. Apa yang diharapkan agar pihak yang berwajib mengambil serius permasalahan ini bagi mengatasi kesesakan yang mungkin menjadi lebih teruk selepas ini. Dengan lambakan kereta di jalan raya saban hari, tidak menjadi mustahil yang perkara ini akan menjadi lebih rumit dan sukar kelak.

Cicak Mati Terbungkang


16 Februari 2010, Selasa
Lokasi : Petshop berhampiran Stadium Muar

Hari ni aku dengan Paklan telah pergi ke bandar untuk mencari pam baru bagi menggantikan satu pam ikan akuarium atok aku yang meletup. Kedai yang sepatutnya kitorang pergi dan memang kerap pergi tutup plak. Memandangkan sambutan Tahun Baru Cina masih lagi berjalan dan baru masuk hari ketiga, jadi banyaklah kedai-kedai yang berownerkan Cina masih lagi ditutup. Kebetulan pula dekat area stadium ada satu kedai haiwan peliharaan. Aku dengan Paklan pun bergegas ke sana.

Memang luck lah buka plak kedai tersebut. Jadi kitorang pun terus kepada mission sebenar. Bila pam dah dibeli aku pun mencari pula ikan untuk ditambah ke dalam akuarium atok aku. Sedang aku memerhatikan satu persatu tangki ikan terlihatlah aku pada satu tangki dengan begitu lama. Seekor cicak yang boleh dikategorikan besar sebab kalau tengok betul-betul saiz dia besar dua ibu jari aku. Panjang dia plak dekat sejengkal setengah. Kira spesis Giant gak lah cicak tu. Ikan yang dalam tank tu pun tak berani nak makan mungkin sebab terkujat tengok besar sangat kot. Kesian riwayat cicak tersebut dah la mati terkangkang lepas tu takde plak yang hiraukan dia. 

Satu Lagi Pembaharuan pada Wajah Bandar




16 Februari 2010, Selasa
Lokasi : Bulatan Nain Bundle

Dulu seingat akulah kawasan yang ni adalah sebuah kawasan lapang yang ditumbuhi dengan semak belukar. Selain itu terdapat juga sepohon kurma yang lebat dengan buahnya apabila tiba musim buah. Kawasan yang dulu tidak berapa sibuk kini sudah berubah wajah dimana telah terbinanya sebuah bangunan yang tersergam indah disitu. Melihat kepada rekabentuk bangunan tersebut banyak pengaruh Cina dan elemennnya di banguna tersebut. Mungkin sebab pemajunya yang berbangsa Cina. Walau apapun ia seikit sebanyak telah mengubah pemandangan bandar Muar kepada yang lebih moden dan futuristik. Mungkin dalam masa sepuluh tahun dari sekarang Muar akan terus membangun dengan terbinanya lebih banyak lagi prasarana-prasarana baru.

Yong Tau Food @ Foodstall tepi Secret Recipe




15 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Muar Traders Hotel Sidewalk, Muar

Setelah Emey berhempas pulas untuk mematahkan misi perompak yang cuba mencari kesempatan terhadap warga Cina yang keasyikan berpesta, Aku, Wawan, Paklan dan juga Emey telah berusaha pula mencari tempat untuk membasahkan tekak yang kering dan haus. Aku jangkakan kedai Mee Bandung bukak tapi setibanya kitorang disana kedai tersebut lengang tak berpenghuni. Aku pun tukar plan.Tiba-tiba otakku telah memfokuskan menu yang sudah sekian lama aku tak makan iaitu Yong Tau Foo.

Jadi dilekaskan ceritanya aku pun pergilah ke gerai Yong Tau Foo yang terletak bersebelahan Hotel Muar Traders, bertentangan dengan Balai Polis Trafik Muar.Sepatutnya terdapat juga gerai yang menjual makanan panas disitu tetapi memandangkan masa yang agak lewat aku cuma dapat order Yong Tau Foo yang pada masa itu hanya tinggal sikit. Jadilah empat orang makan.Memandangkan bahan yang tinggal juga sikit aku kasi borong habis segala bahan-bahan yang ada disitu. Bila sampai sekali tengok wow banyak lah pulak. Takpe memandangkan malam masih lagi panjang kitorang pun makan slow-slow untuk menghabiskannya.

Dengan kehangatan Yong Tau Foo tersebut menghilangkan kedinginan malam yang sudah menyelubungi tubuh aku.Yong Tau Foo berkuah memang enak jika dimakan time-time begini. Ditambah pula dengan sambalnya yang marvellous, memang menyelerakan. Jadi andaikata korang nak merasa sendiri Yong Tau Foo yang aku maksudkan ini bolehlah mencubanya andaikata korang datang ke Muar kelak. Lokasi dia senang saja. Nampak saja hotel yang aku maksudkan tadi, stall dia betul-betul kat bawah tu. Ok guys bye.

Pabila Larut Malam, Maling Lari Gagal Operasi



15 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Rumah Wawan si Polis Pedang, Taman Tanjung Baru, Muar

Aku baru saja tiba dengan Paklan ke rumah Wawan yang ketika itu masih lagi bekerja di Secret Recipes. Setibanya aku di sana Emey yang ketika itu menyarankan bahawa adanya kecurian di rumah Cina di taman seberang. Lantas aku dengan Paklan dan juga jiran sebelah rumah Emey bergegas ke rumah Cina yang mengadakan majils makan bersama keluarga itu. Setibanya aku di tapak kejadian, perompak yang dimaksudkan sudah lari setelah dua kali percubaanya pada kereta yang sama tidak berjaya.Dan dalam masa yang sama dengan kehadiran Random Hero telah berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut.

Berbekalkan motorsikal bukan kuasa kuda, pemuda tersebut cuba untuk mengejar penyamun yang dimaksudkan. Malangnya cubaannya itu gagal setelah penyamun itu ghaib ditelan kegelapan malam serta keriangan sambutan Tahun Baru Cina. Atas inisiatif dan komitmen yang ditunjukkan Random Hero bersama penduduk setempat. Cina yang menjadi mangsa cubaan samun itu telah menghadiahkan saguhati berupa sekotak limau mandarin yang menjadi lambang masyarakat Cina. Dan selepas kejadian itu kesemua yang bekerjasama malam itu telah memakan limau yang dihadiahkan itu.

Apa Yang Meletup


15 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Taman Tanjung Baru, Muar

Dari kejauhan, sayup kedengaran bunyi dentuman bunga api yang memecah kesunyian malam itu. Bila aku mendongak di langit, hujan bunga api mula kelihatan menyimbahi kegelapan malam. Hampir di setiap penjuru kawasan dentuman kedengaran. Dengan kilauan berbagai warna yang penuh dengan warninya. Dan sepantas kilat bola mataku terpandang ke satu arah yang sedang rancak dengan letupan yang hebat. Lalu ku petik jariku di kamera handphoneku merakamkan detik yang bercahaya samar-samar itu. Setelah hampir sepuluh minit ia berkumandang di udara. Akhirnnya dentuman itu hilang bagai ditelan kepekatan malam. Tiada lagi limpahan cahaya api yang berkerlipan di langit itu. Dan suasana menjadi tenang seperti sedia kala.

Apam Balik Bulat @ Anak Apam


15 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Rumah Atok, Muar

Dah lama aku tak makan apam balik bulat. Ayah aku pun kebetulan mengidam benda yang sama. Cuma takda transport je aku nak kesana. Nak drive pun badan dah penat seharian menambak tanah merah. Raya Cina ni pun nak ke bandar memang sesak. Adoiia ai… Tapi seperti orang tidor disorongkan bantal. Pakcik aku balik saja dari open house rumah member dia sempena Tahun Baru Cina di bandar membawa balik apam bulat tersebut. Jeng…Jeng…Jeng apa lagi letak saja dekat meja terus menjadi serbuan. Dapat gak aku makan Apam ni Hehehe…

Benarkah Air Kelapa Sebagai Pemulih Tenaga ?




15 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Rumah Tuan Haji Jamali

Bertemu lagi kita di dalam Segmen Kesihatan.Kali ini kita akan cuba mengupas satu lagi isu. Isu kita kali ini adalah berkaitan dengan khasiat air kelapa. Kelapa adalah sebuah tumbuhan yang digelarkan tumbuhan 1000 kegunaan. Ini kerana dari batangnya sehinggalah ke pelepahnya banyak benda yang boleh kita hasilkan. Barangan seperti penyapu, berus sabut, pencedok tempayan, tabung, bekas tanaman dan juga barangan hiasan yang lain terhasil dari produk kelapa ini.

Selain itu santan, minyak kelapa, umbut kelapa, daun kelapa dan juga air kelapa sering digunakan masyarakat kita semenjak zaman silam lagi dalam masakan seharian. Santan untuk dimasukkan didalam masakan. Manakala daun kelapa digunakan untuk membuat anyaman ketupat. Dan dipercayai air kelapa juga mempunyai khasiat yang tinggi. Ia mampu menjadi salah satu penawar di dalam bidang perubatan dimana kalau ketika demam kita meminum air kelapa ia sedikit sebanyak dapat menurunkan kepanasan badan akibat demam.

Tetapi jika kita terlebih minum juga boleh mendatangkan kemudaratan. Walaupun ia tidak mendatangkan bahaya tetapi ia dapat melemahkan badan yang sihat. Seperti contoh yang dapat kita lihat disini, kerana keterujaan beberapa anak jati Muar telah mengait kelapa untuk dijadikan air minuman selepas penat bekerja seharian. Setelah ditambah sedikit gula bersama sedikit garam dan dicampurkan bersama air batu, pemuda-pemuda tersebut meminum air kelapa tersebut.

Kemudian badan yang mulanya keletihan mula menunjukkan tanda-tanda rangsangan. Dimana badan mula terasa sengal-sengal otot. Mata mula menjadi bundal dan selepas punggung dilabuhkan dan kepala disandarkan maka proses yang dinamakan peniduran pun bermula. Itulah yang terjadi apabila badan kita yang penat serta kehilangan tenaga bertambah hilang energy. Semoga kita bersua lagi di dalam isu yang lain. Tenung-Tenungkan Dan Selamat Meramal.

Usaha Mengindahkan Persekitaran






15 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Rumah Tuan Haji Jamali

Atas inisiatif yang ingin ditunjukkan oleh pemilik rumah, Tuan Haji Jamali telah membeli selori tanah merah untuk ditambak di kawasan lapang yang dahulunya adalah tapak untuk sebuah reban ayam yang usang. Setelah reban yang mencemarkan keindahan sekeliling itu dipindahkan serta kawasan sekeliling dibersihkan dari semak samun, tanah merah tersebut telah diratakan untuk menutupi kawasan asal tersebut. Selain untuk tujuan pengindahan tambakan tanah tersebut juga dipercayai mampu menghalang peningkatan air sungai yang melimpah sewaktu tiba musim air pasang.Tanah tersebut telah berjaya menjadikan kawasan tambakan naik setengah kaki dari ketinggian asalnya.

Dengan pelabelan semula tanah tersebut telah mencantikkan lagi kawasan persekitaran rumah Tuan Haji Jamali. Turut dibangunkan bagi mengelakkan kemasukan lecak ketika musim hujan, kontraktor berwajib yang telah diarahkan untuk menambak kawasan tersebut telah membina kawalan curahan air hujan dengan menambak sejumlah kecil batu konkrit putih yang diambil dari kawasan sekitar. Tambakan tersebut telah terbukti berkesan apabila air hujan yang mencurah dari atap zink tidak melimpah jatuh ke atas tanah sebaliknya ia terus turun ke kawasan tambakan batu tersebut.

Ini sedikit sebanyak telah mengurangkan kadar tanah yang lecak sekaligus mengelakkkan dari berlakunya pemendapan tanah. Bagi mengelakkan hakisan tanah dari terus berlaku, pihak berwajib telah menanam kawasan tambakan dengan rumput karpet dari Gred A++ disamping mengekalkan beberapa batang pokok sebagai pasak untuk menghalang pemendapan tanah serta hakisan. Usaha yang telah dijalankan kontraktor berwajib harus dipuji dan diraikan. BANDANA

Misi Menumbangkan yang sudah Mereput





13 Februari 2010, Sabtu
Lokasi : Rumah Atok Aku Di Muar

Hari ini dalam sejarah:, Tiga pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 an telah berjaya menumbangkan sebatang pokok dengan menggunakan tali. Remaja yang dikenali dengan nama Emey telah bertungkus lumus mengapak pokok yang sudah sekian lama mereput akibat jangkitan pada pangkal pokoknya. Sebelum proses menumbangkan pokok tersebut dijalankan seekor lipan yang menjangkau dewasa telah keluar dari persembunyiaanya.Lipan Bara yang dipercayai telah bertapa di pokok tersebut setelah sekian lama berjaya melarikan dirinya ketika pemuda yang bertopi dikenali dengan nama Majid (bukan nama sebenar) cuba untuk menangkap lipan tersebut dengan menggunakan penyepit arang. Lipan yang dipercayai dari spesis lipan tolo itu agak agressif.

Setelah hampir sepuluh minit pokok yang uzur tersebut dikapak,diparang, dan ditajak akhirnya berbekalkan seutas tali nylon telah menumbangkan sekaligus menamatkan riwayatnya yang sudah berusia puluhan tahun itu. Selepas tumbangnya pokok terbabit lipan yang menyembunyikan dirinya itu tadi keluar dari persembunyiaanya sekaligus menggemparkan pemuda-pemuda tadi. Dengan tidak membuang masa, jurugambar telah menamatkan hayat lipan tersebut dengan menggunakan cangkul yang tumpul. Lipan tersebut telah dikerat kecil-kecil dan kemudian telah dibakar untuk dijadikan makanan api yang marak.

Selepas situasi yang cemas dan panik itu kembali terkawal, ketiga-tiga pemuda tersebut telah mengkandar (Memikul) pokok yang tumbang tersebut ke kawasan simpanan kayu-kayan kepunyaan Tuan Haji Jamali. Pokok yang telah dikenalpasti akan keupayaannya itu telah digredkan untuk dijadikan bahan api untuk majlis kenduri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pesawat Peninjau dalam Perjalanan


12 Februari 2010, Jumaat
Lokasi : Masih Lagi R&R Ayer Keroh

Memandangkan ketibaan perayaan Tahun Baru Cina pada Ahad ni, jalan raya juga lebuhraya mula dihurungi dengan jutaan kereta yang bermaharajalela menggunakannya. Dan ketika ini jugalah berbagai Operasi yang dijalankan olah kakitangan awam amnya Polis Diraja Malaysia bagi memastikan kelancaran arus perjalanan di laluan-laluan utama. Pondok-pondok pemantauan Polis mula didirikan di sepanjang lebuhraya bagi memastikan keadaan laulintas terkawal.

Selain itu pihak PDRM juga turut menggunakan perkhidmatan pemantauan melalui udara dengan menggunakan helikopter milik mereka. Sepanjang lebuhraya helikopter terbang meninjau perjalanan yang mula dibanjiri dengan kenderaan di kedua-dua belah laluan Lebuhraya Utara Selatan yang menghubungkan negeri-negeri di Selatan seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ke arah Utara. Disamping itu warga negara Singapura turut menggunakan laluan yang sama untuk menuju ke destinasi mereka di serata Malaysia.

Awan Di Langit


Lokasi : Masih Lagi R&R Ayer Keroh

Sedang aku menanti ketibaan Paklan di parking lot, aku dengan Emey lepak dulu dekat kereta sambil memerhatikan pengguna lalulintas mula membanjiri dataran parking untuk merehatkan diri. Aku pun pandanglah langit untuk melihat cuaca. Terpandang aku satu garisan lurus di kaki langit menandakan sebuah pesawat baru saja melintasi kawasan tersebut. Dan inilah buktinya. Garisan di Kaki Langit yang biru, bagaikan air laut yang memukau mata dikala keletihan dan kepanasan yang membahang di bawah teduhan pokok yang aku lepak ini…

Puteri Corner





12 Februari 2010, Jumaat
Lokasi : PLUS R&R Ayer Keroh, Melaka

Baiklah kali ini aku nak promote dekat korang satu lagi kedai makan, cuma kalau korang nak makan dekat kedai ni sekali sekala bolehlah. Kedai yang aku nak bawak kali ini terletak di R&R Ayer Keroh yang ada Restoran Jejantas tu. Foodcourt yang terdapat di kawasan R&R ni takdelah besar sangat sebab akan crowded sangat-sangat bila tiba waktu puncak. Tapi itu semua tak menjadi halangan buat aku untuk merasa semula makanan di salah sebuah kiosk yang ada disitu.

Dulu aku pernah lepak dekat situ lepas letih drive seharian. Aku pun trylah Mee Kari dia. Masa tulah cuaca memang agak dingin sebab malamlah katakan. Jadi untuk memanaskan kedinginan malam tu aku pun orderlah Mee Kari dekat sebuah kedai disitu. Bila aku suap saja Mee Kari dia Walla. Dengan kuahnya yang sentiasa panas, pekat dan penuh dengan isi memang cukup memuaskan bila makan. Tapi macam aku, aku dah modifiedkan resepi diorang. Asalnya Bahan-bahan dalam Mee yang disediakan untuk Mee Kari berlainan. Aku mengambil bahan-bahan untuk mee rebus dan jadikan ia untuk curahan Kari. The result is terhasillah Mee Kari versi aku. Kalau tak isi untuk mee karinya adalah 2 ekor udang sederhana besar bersama hirisan fishball dan fishcake. Tiadanya ayam.

Dan hari ini aku pun singgahlah semula ke Puteri Corner tersebut. Bila aku order saja Mee Kari dah tiada lagi udang. Terus dituangkan ke dalam mangkuk yang berisi ayam, telur rebus dan hirisan fishball & fishcake. Dan aku pon add on ayam goreng ke dalamnya. Jadilah Mee Kari Ayam bersama Ayam Goreng. Paklan pun turut sama order, dan dia teruja dengan Mee Soto yang ada Bergedil di dalamnya. Manakala Emey berkenan untuk mengisi perut dengan nasi lauk pauk. Dan kitorang pun makanlah menu masing-masing. Rasa Mee Kari tersebut masih lagi sama seperti malam yang aku mula-mula rasa dulu. Walaupun pekerja yang menghidangkan makanan tersebut lain.

Di R&R Ayer Keroh ini korang juga boleh mencuba macam-macam hidangan dengan tersedia lebih 10 kiosk yang menjual pelbagai makanan, minuman dan barangan. Selain itu terdapat juga kemudahan lain seperti playground kanak-kanak, tandas awam, wakaf, ATM, Gerai Buah-Buahan, Baskin Robins 31, Restoran Jejantas dan Stesyen Minyak Petronas. Seperti saranan Petronas, berehat sebentar dan pekenalah kopi secawan.

Maggi Kari (Style Aku)


Setelah banyak kali aku masak Maggi ni barulah aku dapat permintaan untuk mengupload resepi Maggi yang kerap aku masak bila lepak dekat rumah parent aku mahupun cuti dekat kampung. Aku rasa resepi dia takdelah susah sangat, sebab Maggilah paling senang untuk dimasak dalam dunia. Aku kalau dah malas nak kuar memang ni lah yang menjadi menu utama. Baiklah aku pun kongsikanlah cara aku masak Maggi. Kalau korang rasa nak try, cubalah :

Bahan-bahan :-
2 Biji Cili Besar (untuk nampak colourful gunakan Merah dengan Hijau Pekat)
2 Sudu bawang yang sudah dikisar
1 Sudu Cili Boh
1 Biji Telur
3 Batang Sawi
1 Bungkus Maggi Kari (ikut citarasa korang)
2 Cawan Air
Sedikit Minyak Masak

Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, kemudian masukkan 2 sudu bawang yang telah dikisar tadi. Goreng sehingga kekuningan bersama dengan cili boh.
2. Kemudian masukkan air. Rebus sehingga mendidih. Setelah mendidih kecilkan api dan masukkan telur (kacau telur Kuning agar kembang). Biarkan ia masak.
3. Selepas itu masukkan Sawi dan juga Cili Besar yang sudah dihiris
4. Masukkan pula Maggi serta perencahnya dan biarkan ia mendidih selama seminit lebih. Selepas itu bolehlah dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan juga daun sup sebagai penaik perasa dan sebagai hiasan.Selamat Mencuba

Foodcourt dalam Area UPM



5 Februari 2010, Jumaat
Lokasi : UPM, Serdang

Kali ini aku nak bawak korang sume makan dekat satu lagi restoran yang diperkenalkan kepadaku. Cuma kali ini tempat dia agak Restricted Area sket sebab nak masuk ke dalam korang kenalah ada pas pelawat. So xberapa ideal la klu korang nak datang sini hanya semata-mata nak saja-saja makan. Kebetulan hari ni aku memang ada urusan dekat area MARDI and beside, alang-alang aku dah sampai ke sana. Aku pon roger Paklan ajak dia lunch sekali. Bersama aku ketika itu adalah Encik Hattamura yang menjelma entah dari mana.

So aku pun deicide untuk lepak dekat area UPM je. Mula-mula plan nak ke Maulana, bila pikir-pikir balek asyik ke mamak je aku naik muak. So kali ni aku nak try kelainan sket dari kebiasaannya klu ke UPM tu. Jadi aku pun dibawa ke satu tempat dalam kawasan UPM. Kedai makan ni bolehlah dikatakan menjadi tempat persinggahan staf dan juga student. Aku pun orderlah menu yang terlintas di fikiran aku. Aku pun orderlah Mee Kari sebab nampak best plak bile aku tengok warna kuah karinya yang pekat dan penuh dengan isi.

Bila tiba saja Mee Kari tersebut aku pun trylah kuahnya. Okaylah not bad and ada kelainan pada rasanya. Aku rasakan ada rempah ratus yang menaikkan aroma kari tersebut. Lantaran itu sambil diiringi aroma kari yang cukup kuat aku pun makanlah Mee Kari tersebut sehingga kenyang. Rasa macam nak tambah lagi plak. Ternyata mee kari dia sedap. Selain Mee Kari kedai ni turut menjual pelbagai jenis lauk-pauk serta kuih-muih. Konsep kedai makan ni adalah seperti foodcourt dimana beberapa kedai dicombinekan menjadi satu. So kedai air lain, kedai nasi lain, kedai makanan goreng-gorengan pun lain di bawah satu bumbung. Jadi banyaklah choice untuk makan dekat sini. Andaikata kalau korang betul-betul nak trylah makan dekat sini. Rogerlah aku bile free nanti aku try bawak korang ke sana.

Tuesday, March 2, 2010

Belaanku Menambah Hasil






11 Februari 2010, Khamis
Lokasi : Rumah Parentku

Setibanya aku dekat rumah setelah pulang dari Seri Kembangan aku dikejutkan dengan kehadiran tiga ekor anak kucing yang baru lahir 4 hari yang lepas semasa aku berada dekat Muar. Ayah aku menjumpai anak-anak kucing ini disorokkan oleh ibunya didalam kotak yang diletakkan diluar rumah. Padahal kucing gothic aku tu baru je dapat anak beberapa bulan yang lepas dan sekarang anak dia bertambah lagi. Cuma kali ini aku lihat yang ibunya menjaga anak-anaknya yang kecil ini begitu rapi.

Tidak seperti sebelumnya yang ghaib entah ke mana. Nak kata mati aku tak jumpa bangkainya. Nak kata hilang tak tahu siapa penculiknya. Jadi dengan rezekinya yang baru ini aku melihat perubahan ke atas kucing gothic ni yang lebih penyayang dan prihatin terhadap kebajikan anak-anaknya yang masih kecil itu. Sampai sekarang aku masih tak namakan anak-anak kucing tersebut sebab tak tahu nak bagi nama apa. Biarlah kekal tak bernama. Tahulah mak dia nak panggil apa nanti. Dah macam orang pulak nak kena bagi nama. Hahaha….