Thursday, October 29, 2009

Korean Fever


Di malam dingin yang hening dan sepi...

Kenapa dengan Korea...? Ni yang aku nak mulakan cerita ni. Aku minat tengok cerita Korea begitulah juga dengan emak aku. Heheh... Aku juga yang recommended cerita-cerita Korea dekat emak aku. Sampai koleksi boxset Korea emak aku dah melebihi dari koleksi aku pulak. Tu lah kalau dah minat nak buat macam manakan.

Emak aku minat dengan lakonan Kim Rae Won. Kalau tak silap aku cerita pertama lakonan aktor ni yang emak aku tengok "Love Story In Harvard". Boxset TV Series tu pon aku yang bagi hadiah dekat emak aku. Tak sangka dari tengok saja-saja terus je suka. Start dari first boxset tu, emak aku pon mulalah menjalankan misinya mencari cerita-cerita lakonan Kim Rae Won ni. Bila aku semak profile aktor ni kat wikipedia, tak sangka aku aktor ni banyak menang award. Lakonan dia memang boleh dikategorikan antara yang berkualiti. Maklumlah aktor ni antara ranking teratas jugak.

Cerita dia yang terbaru aku tengok dengan emak aku bertajuk "Sik Gaek" aka Gourmet. Kalau tak silap aku cerita ni dah kuar dekat 8TV Ogos aritu. TV Series 28 episod ni yang membuatkan minat untuk aku memasak balik. Bukan aku tak pernah masak, cuma kali ni aku banyak try menu-menu aku sendiri.

Cerita ni berkisarkan hidup chef dekat restoran Woonamjung. Restoran yang cuba mempertahankan warisannya sejak turun temurun lagi. Banyak konflik yang terjadi kat restoran tu dari perebutan kuasa sehinggalah perampasan hak jagaan restoran ke tangan orang lain. Disebabkan cucu kepada chef diraja Korea (lakonan Kim Rae Won) yang tidak berputus asa mempelajari ilmu baru, sanggup meninggalkan karier dia sebagai seorang chef hanya kerana untuk merantau menuntut ilmu. Banyak kerja yang dia buat dari jadi jurujual dengan van, berjumpa dengan tukang sembelih terhandal sehinggalah bertarung dengan abangnya sendiri (Pengarah Woonamjung) dalam pertandingan memasak. Pendek kata macam-macam benda yang terjadi selama dia berkelana merantau.

Cerita ni bagi aku sesuai ditonton seisi keluarga. Cerita yang diadaptasi dari komik ni memang banyak menyampaikan mesej-mesej yang berguna untuk kehidupan kita. Banyak benda aku belajar dari cerita ni. Lain kali aku cerita pulak artis korea yang menjadi faveret aku macam Eugene Kim, Nam Sang Mi dan lain-lain.

Wednesday, October 28, 2009

Brake Pump

27 October 2009, Selasa
Bengkel Kereta Ah Leng : Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah

Hari ni aku pergi la ke bengkel "Ah Leng" untuk membaiki kerosakan yang aku alami tempoh hari semasa dalam perjalanan ke Seri Menanti sempena Majlis Pertabalan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Hanya kerana nak membetulkan semula brake pump kereta aku yang baru ditukar 2 minggu yang lepas. Jadi setibanya aku kat sana aku pun mulalah ceritakan masalah kereta aku.

Mekanik bengkel tu pun melihat kerosakan dan dibaikilah kereta aku tu. Bila semuanya dah selesai aku pun bawa la kereta tu ke destinasi seterusnya, kedai mee kari kat Stadium Paroi. Makan punya makan bila dah kenyang aku pun bergerak pulang.

Tiba-tiba masa aku nak keluar je dari perkarangan stadium tu, adalah bunyi yang tidak enak didengar kat kereta aku. Lantas aku berhentikan kereta dan lihat pulak apa problem yang dah jadi pulak. Check punya check aku xdela jumpa apa problem die.
Nak tak nak kena la aku pergi ke bengkel "Ah Leng" balik untuk menjalankan siasatan terhadap bunyi misteri tersebut.

Macam-macam cara la yang telah digunakan. Dari jack kereta aku kiri dan kanan, sehinggalah testdrive dari bengkel "Ah Leng" masih tak jumpa apa puncanya bunyi seolah-olah orang menukang rumah. Setengah jam gak la aku dengan mekanik tu siasat. Tiba-tiba aku rasa ada something yang tak kena dengan nat rim kereta aku. Barulah jumpa masalahnya. Sebiji nat rim aku longgar. Lepas ketatkan balik nat tu barulah bunyi yang menyeramkan tu hilang. Lega aku sebab dah settle masalahnya.

Cuma yang menjadi misteri dan memusykilkan aku macam mana satu nat tu boleh longgar. Sedangkan kalau nak longgarkan nat tu kena ada kunci yang sepadan dengan nombor siri rim tersebut. Mekanik tu pun suspect yang rim kereta aku nak kena rembat. Terperanjat gak aku dengar cakap dia. Yela, mana taknya rim biasa pun nak kena tibai inikan pulak rim besar gedabak yang kebanyakan kereta-kereta mewah pakai tu. Bila aku pikir balik pasal perkara ni, nasib baiklah tayar kereta aku tak terbang masa aku tengah pecut kat jalan Seremban-LBJ. Kalau tak paham-paham sendirilah.

Kadang-kadang bila aku pikir balik la. Orang sanggup berhempas pulas sebab nak beli rim kereta atau aksesori kereta lain-lain, tetapi ada segelintir umat yang guna jalan mudah nak daptkan benda-benda macam tu. Kalau nak jadi penyamun pun profesional la sikit. Yang ni bukan je menyusahkan orang tapi dah dikira nak membunuh nyawa orang lain. Maklumlah malang bukannya berbau. Anything can happened and may caused danger to others...Think again.

Masak - Memasak

27 October 2009, Selasa
Rumah Parentku : Seremban

Hari ni sekali lagi aku bangun untuk teruskan hari-hari aku seperti biasa. Cuma bezanya dah hampir 2 bulan aku duduk terperap kat rumah je. Selepas aku resigned je dari ofis tempat aku bekerja kat Cyberjaya. Aku teringat dengan plan aku semalam. "Masak", tu lah yang akan aku lakukan hari ni. Memandangkan aku pon suke masak jadi aku masak menu yang aku cipta sendiri hari ni. Semuanya akibat pengaruh cerita Korea (TV Series) yang aku tengok dengan mak aku selama beberapa hari ni. Tajuk cerita dia "Sik Gaek". Nanti aku cerita pulak pasal cerita tu kat kolum lain.
Dengan bahan-bahan yang aku jumpa kat dalam peti ais kat rumah ni, aku pon mulalah masak menu yang diberi nama "Sosej & Kentang Bersos". Mungkin aku boleh kongsi resepi ni dengan semua. Jadi aku nyatakan la serba sedikit bahan-bahannya....Menu yang aku hasilkan pada hari ni sesuai untuk dimakan seisi keluarga.

Bahan-bahan :-
4 sosej (ayam/daging) - dipotong bulat-bulat
2 biji kentang - dipotong nipis-nipis
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji cili hijau dan merah - dihiris bulat-bulat
1 sudu asam jawa (Adabi Xtra)
2 sudu kicap masin
1 mangkuk kecil kicap manis
1 mangkuk air

Cara memasak :-
1.Goreng kentang sehingga garing. Diikuti sosej digoreng garing. Kemudian goreng pula bawang putih sehingga kekuningan dan rangup. Pastikan api tak terlalu besar bagi mengelakkan bawang putih dari hangus.
2.Selepas selesai digoreng sosej, kentang dan bawang putih tadi keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk mula memasak kuahnya.
3.Kemudian masukkan kicap masin dan digaul sehingga rata-rata bahan tadi. Ini bagi membuatkan masakan berasa masin tanpa menggunakan garam. Selepas itu masukkan pula kicap manis tadi diikuti air yang telah dicampurkan asam jawa.
4.Biarkan 2 minit kemudian bolehla masukkan cili yang telah dihiris tadi. Selesailah masakan yang dihasilkan dan bolehla menjamu selera. Selamat mencuba.


28 October 2009, Selasa
Rumah Parentku : Seremban

Hari ni aku nak masak lagi. Bangun je dari tidur lepas mandi aku terus mengidam nak makan "Ton Yam". Lantas aku terus masuk ke dapur tengok kalau-kalau bahan kat dalam peti ais mematuhi syarat-syarat dan piawaian untuk aku masak hari ni. Bila aku tengok bahan-bahan yang ada cukup, apa lagi aku pon mulakanlah langkah aku sebagai tukang masak amatur hari ni. hehe... Tapi "Tom Yam" yang aku buat ni berlainan dari yang biasa dijual mahupun dimasak orang-orang lain. Event mak aku pon tak pernah masukkan bahan-bahan yang aku masukkan ni. Pendek cerita "Tom Yam" yang aku buat ni ada sedikit macam sup pedas dalam cerita-cerita Korea tu.

Bahan-bahan :-
2 ketul ayam dipotong dadu
3 ketul fish cake
1 kiub tom yam
3 biji cendawan 'Ishitake'
1 batang serai
1 bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
3 sudu cili api - siap dikisar
2 sudu asam jawa (Adabi Xtra)
sedikit soo hoon, kincam, tauhu kering, lobak

Cara memasak :-
1.Gorengkan bawang putih dan bawang besar tadi sampai aromanya naik. Kemudian masukkan air. Jerang air sehingga mendidih dan masukkan ayam. Masukkan asam jawa, garam (secukup rasa) dan cili api yang telah dikisar tadi, rebus selama 2 minit. Kemudian masukkan serai serta kiub tomyam.
2.Masukkan pula cendawan dan rebus sehingga 2 minit. Kemudian masukkan pula fishcake juga rebus selama 2 minit.
3.Kacau bahan-bahan semua agar rasanya sebati. Masukkan pula soo hoon, kincam, tauhu kering dan lobak. Kacau dan biarkannya sebentar selama seminit. Sekarang masakan anda sudah boleh dihidangkan.


Selamat Mencuba.