Wednesday, October 28, 2009

Masak - Memasak

27 October 2009, Selasa
Rumah Parentku : Seremban

Hari ni sekali lagi aku bangun untuk teruskan hari-hari aku seperti biasa. Cuma bezanya dah hampir 2 bulan aku duduk terperap kat rumah je. Selepas aku resigned je dari ofis tempat aku bekerja kat Cyberjaya. Aku teringat dengan plan aku semalam. "Masak", tu lah yang akan aku lakukan hari ni. Memandangkan aku pon suke masak jadi aku masak menu yang aku cipta sendiri hari ni. Semuanya akibat pengaruh cerita Korea (TV Series) yang aku tengok dengan mak aku selama beberapa hari ni. Tajuk cerita dia "Sik Gaek". Nanti aku cerita pulak pasal cerita tu kat kolum lain.
Dengan bahan-bahan yang aku jumpa kat dalam peti ais kat rumah ni, aku pon mulalah masak menu yang diberi nama "Sosej & Kentang Bersos". Mungkin aku boleh kongsi resepi ni dengan semua. Jadi aku nyatakan la serba sedikit bahan-bahannya....Menu yang aku hasilkan pada hari ni sesuai untuk dimakan seisi keluarga.

Bahan-bahan :-
4 sosej (ayam/daging) - dipotong bulat-bulat
2 biji kentang - dipotong nipis-nipis
3 ulas bawang putih - dihiris halus
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 biji cili hijau dan merah - dihiris bulat-bulat
1 sudu asam jawa (Adabi Xtra)
2 sudu kicap masin
1 mangkuk kecil kicap manis
1 mangkuk air

Cara memasak :-
1.Goreng kentang sehingga garing. Diikuti sosej digoreng garing. Kemudian goreng pula bawang putih sehingga kekuningan dan rangup. Pastikan api tak terlalu besar bagi mengelakkan bawang putih dari hangus.
2.Selepas selesai digoreng sosej, kentang dan bawang putih tadi keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk mula memasak kuahnya.
3.Kemudian masukkan kicap masin dan digaul sehingga rata-rata bahan tadi. Ini bagi membuatkan masakan berasa masin tanpa menggunakan garam. Selepas itu masukkan pula kicap manis tadi diikuti air yang telah dicampurkan asam jawa.
4.Biarkan 2 minit kemudian bolehla masukkan cili yang telah dihiris tadi. Selesailah masakan yang dihasilkan dan bolehla menjamu selera. Selamat mencuba.


28 October 2009, Selasa
Rumah Parentku : Seremban

Hari ni aku nak masak lagi. Bangun je dari tidur lepas mandi aku terus mengidam nak makan "Ton Yam". Lantas aku terus masuk ke dapur tengok kalau-kalau bahan kat dalam peti ais mematuhi syarat-syarat dan piawaian untuk aku masak hari ni. Bila aku tengok bahan-bahan yang ada cukup, apa lagi aku pon mulakanlah langkah aku sebagai tukang masak amatur hari ni. hehe... Tapi "Tom Yam" yang aku buat ni berlainan dari yang biasa dijual mahupun dimasak orang-orang lain. Event mak aku pon tak pernah masukkan bahan-bahan yang aku masukkan ni. Pendek cerita "Tom Yam" yang aku buat ni ada sedikit macam sup pedas dalam cerita-cerita Korea tu.

Bahan-bahan :-
2 ketul ayam dipotong dadu
3 ketul fish cake
1 kiub tom yam
3 biji cendawan 'Ishitake'
1 batang serai
1 bawang merah kecil
1 ulas bawang putih
3 sudu cili api - siap dikisar
2 sudu asam jawa (Adabi Xtra)
sedikit soo hoon, kincam, tauhu kering, lobak

Cara memasak :-
1.Gorengkan bawang putih dan bawang besar tadi sampai aromanya naik. Kemudian masukkan air. Jerang air sehingga mendidih dan masukkan ayam. Masukkan asam jawa, garam (secukup rasa) dan cili api yang telah dikisar tadi, rebus selama 2 minit. Kemudian masukkan serai serta kiub tomyam.
2.Masukkan pula cendawan dan rebus sehingga 2 minit. Kemudian masukkan pula fishcake juga rebus selama 2 minit.
3.Kacau bahan-bahan semua agar rasanya sebati. Masukkan pula soo hoon, kincam, tauhu kering dan lobak. Kacau dan biarkannya sebentar selama seminit. Sekarang masakan anda sudah boleh dihidangkan.


Selamat Mencuba.

2 comments:

  1. wah-wah bukan main hebat ko main masak2 kat umah..meh la dtg masak kat hotel paradise plak..cam sodap plak soseg goreng apa ka nama itu..wat mkn ngan bihun kan..wahhhhh

    ReplyDelete
  2. hahaha ini semua Korea punya pasal...pengaruh movie. Tapi Mee Jawa Tulang kedai kakak kering buat aku terliur....

    ReplyDelete