Thursday, October 29, 2009

Korean Fever


Di malam dingin yang hening dan sepi...

Kenapa dengan Korea...? Ni yang aku nak mulakan cerita ni. Aku minat tengok cerita Korea begitulah juga dengan emak aku. Heheh... Aku juga yang recommended cerita-cerita Korea dekat emak aku. Sampai koleksi boxset Korea emak aku dah melebihi dari koleksi aku pulak. Tu lah kalau dah minat nak buat macam manakan.

Emak aku minat dengan lakonan Kim Rae Won. Kalau tak silap aku cerita pertama lakonan aktor ni yang emak aku tengok "Love Story In Harvard". Boxset TV Series tu pon aku yang bagi hadiah dekat emak aku. Tak sangka dari tengok saja-saja terus je suka. Start dari first boxset tu, emak aku pon mulalah menjalankan misinya mencari cerita-cerita lakonan Kim Rae Won ni. Bila aku semak profile aktor ni kat wikipedia, tak sangka aku aktor ni banyak menang award. Lakonan dia memang boleh dikategorikan antara yang berkualiti. Maklumlah aktor ni antara ranking teratas jugak.

Cerita dia yang terbaru aku tengok dengan emak aku bertajuk "Sik Gaek" aka Gourmet. Kalau tak silap aku cerita ni dah kuar dekat 8TV Ogos aritu. TV Series 28 episod ni yang membuatkan minat untuk aku memasak balik. Bukan aku tak pernah masak, cuma kali ni aku banyak try menu-menu aku sendiri.

Cerita ni berkisarkan hidup chef dekat restoran Woonamjung. Restoran yang cuba mempertahankan warisannya sejak turun temurun lagi. Banyak konflik yang terjadi kat restoran tu dari perebutan kuasa sehinggalah perampasan hak jagaan restoran ke tangan orang lain. Disebabkan cucu kepada chef diraja Korea (lakonan Kim Rae Won) yang tidak berputus asa mempelajari ilmu baru, sanggup meninggalkan karier dia sebagai seorang chef hanya kerana untuk merantau menuntut ilmu. Banyak kerja yang dia buat dari jadi jurujual dengan van, berjumpa dengan tukang sembelih terhandal sehinggalah bertarung dengan abangnya sendiri (Pengarah Woonamjung) dalam pertandingan memasak. Pendek kata macam-macam benda yang terjadi selama dia berkelana merantau.

Cerita ni bagi aku sesuai ditonton seisi keluarga. Cerita yang diadaptasi dari komik ni memang banyak menyampaikan mesej-mesej yang berguna untuk kehidupan kita. Banyak benda aku belajar dari cerita ni. Lain kali aku cerita pulak artis korea yang menjadi faveret aku macam Eugene Kim, Nam Sang Mi dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment