Wednesday, January 6, 2010

Padang, Kini Kau Lengang semula.


Dulu pernah suatu ketika dulu, ia menjadi tempat yang begitu dibanggakan penduduk sekitar dengan diwarnai dengan bermacam jenis acara dan temasya. Dulu di padang inilah tempat yang menjadi latihan anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka di arena kebangsaan. Dan di padang inilah tempat yang menjadi latihan untuk meningkatkan mutu permainan pemain kita.

Setiap petang pasti adanya acara yang berlansung. Dengan berlansungnya permainan sepak bola sehinggalah menjadi kawasan permainan buat anak-anak kecil. Begitu meriah sekali. Ingat lagi aku ketika melihat perlawanan yang menyaksikan pertembungan gergasi, nama-nama gah di arena sepak bola ketika itu seperti Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, Suh Ching Ann dan ramai lagi yang berbakat besar.

Dan di padang inilah diadakan pungutan suara untuk memajukan prasarana untuk kemajuan sukan setempat. Dan selepas terjadinya kejadian amok suatu ketika dulu dan setelah ramai yang menjadi mangsa berdarah amukkan itu, kegemilangan padang itu terus dilupakan dan menjadi lagenda. Kemudian dengan semangat serta dasar baru padang itu dihidupkan kembali oleh sekumpulan anak remaja yang ingin memajukan diri mereka dalam arena sepak bola. Dan sudah semestinya idola mereka adalah bintang yang pernah beraksi di padang tersebut.

Saban hari,setelah dihidupkan kembali padang ini kembali aktif dengan latihan sukan yang dijalankan. Sekaligus menjadi tempat riadah untuk warga setempat. Dari sepak bola, berlari, berjoging sehinggalah menjadi gelanggang kanak-kanak bermain permainan seperti cakar ayam atau konda kondi, galah panjang, rounders, baling selipar dan permainan-permainan yang pernah popular sekitar 80 an hingga 90 an dulu.

Kini dengan pesatnya kemajuan yang melanda di serata dunia, padang ini mula dilupakan semula. Anak-anak moden pada hari ini lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah menghadap gadjet yang canggih dan berteknologi. Terus dilupakan betapa gahnya padang yang berada hampir dengan penempatan mereka. Ditambah pula dengan terbinanya komplek sukan yang baru, berhampiran dengan padang tersebut menambahkan lagi isu kekosongan itu.

Kini hanya semak samun dan belukar yang mula mengusai padang. Kemuncup yang bermaharajalela di seluas padang itu. Padang mula dilitupi daun-daun kering. Ular dan binatang-binatang liar yang kecil mula bersarang disitu. Terus dilupakan. Kerna Padang, kini kau lengang semula. Entah berapa lama, mungkin untuk sementara waktu atau mungkin jua untuk selamanya.

Cerita ini hanya nukilan dariku semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan watak yang dipaparkan pada keratan gambar tersebut.

Dead Snow / Dod Sno


Sebuah filem Norway yang mengisahkan pembunuhan yang dilakukan oleh zombie yang keluar dari pesembunyian mereka di sebalik salji yang menutupi mereka. Zombie yang asalnya adalah tentera SS Nazi pada Perang Dunia Kedua. Dan zombie-zombie tentera Einsatzgruppen ini diketuai oleh seorang yang berpangkat besar (Standartenführer Herzog) di dalam regimen tentera Nazi. Dan telah ditugaskan untuk menjaga sebuah kotak kecil yang berisi harta peninggalan dari Perang Dunia Kedua.

Ia mengisahkan 7 orang pelajar perubatan yang telah pergi menghabiskan waktu sempena Sambutan Easter. Mereka telah berjalan sejauh 45 minit untuk tiba ke sebuah cabin milik salah seorang dari tujuh orang tersebut. Penempatannya begitu terpencil kerana tiada pun satu rumah yang terletak berhampiran.

Dan pada malam mereka di kabin tersebut. Salah seorang dari mereka telah terjumpa kotak yang dikawal oleh tentera Einsatzgruppen ini. Dan ini telah menyebabkan kisahnya bermula. Selepas melihat segala isi-isi kotak tersebut mereka telah berjanji untuk menjaganya. Dan zombie-zombie tersebut dapat menghidu harta tersebut. Lalu seorang demi seorang diburu dan dibunuh oleh zombie-zombie terbut.

Selepas kabin yang menjadi tempat mereka bermalam itu hangus terbakar akibat molotov cocktail yang dibaling salah seorang dari mereka bertujuh, mereka yang tinggal telah berikhtiar untuk keluar dari situ hidup-hidup. Tetapi mereka telah dikejar dengan beratus zombie yang bangkit dari salji selepas Standartenführer Herzog telah membangkitkan zombie yang ada dengan laungannya. Dan aksi kejar-mengejar terus berlaku.

Akhirnya mereka mengumpan zombie-zombie tersebut ke kabin yang terbakar itu. Dan harta yang menjadi buruan zombie itu dipulangkan semula kepada pemiliknya itu. Akhirnya cuma seorang sahaja yang berjaya tiba ke tempat letak kereta tetapi terbunuh jua setelah dia terlupa bahawa dia telah mengambil sekeping syiling emas Tentera Nazi tersebut.

Untuk rating filem ni aku boleh bagi tinggi sebab jarang aku tengok cerita zombie yang melibatkan ketenteraan. Walaupun tanpa senjata seperti meriam mahupun kereta perisai tapi cukuplah sekadar pump-gun dan juga pistol sebagai penghias cerita ini. Harap kalau korang ada masa tengokla cerita ini. Best bagi aku, tapi tak tahula korang…

Boy Eats Girl


Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang bernama Nathan (David Leon) yang sudah berjanji akan sehidup semati dengan kekasihnya iaitu Jessica (Samantha Mumba). Kisahnya bermula selepas ibu Nathan telah menghidupkan kembali anaknya dengan melaui ritual ala-ala voodoo. Berdasarkan buku yang telah dicuri dari sebuah gereja dibawah jagaan seorang paderi yang tahu mengenai rahsia disebalik buku tersebut.

Lantaran itu disebabkan ibu Nathan betul-betul terdesak untuk menghidupkan anaknya kembali ke alam nyata telah menggunakan buku tersebut. Dan setelah segala cara yang diikut akhirnya ibunya berjaya menghidupkan anaknya. Pada mulanya dia menyangkakan anaknya takkan berjaya dihidupkan tetapi pada pagi keesokan harinya ibunya dikejutkan dengan bunyi orang menggunakan dapurnya. Dia terkejut melihat anaknya hidup semula. Takut akan pengetahuan anaknya, dia telah merahsiakan kejadian tersebut.

Tetapi ibunya tidak tahu anknya telah dihidupkan kembali menjadi zombie. Cuma hanya menanti masa untuk bertukar sepenuhnya. Ibunya perasan akan perubahan ketara anaknya yang tak henti-henti makan dan akhirnya dia telah merujuk kepada paderi yang menjaga buku tersebut. Setelah mendapat jawapan dari paderi itu dia pun pulang untuk mencari jawapan kepada permasalahannya itu. Baru dia sedar sehelai keratan dari buku tersebut telah hilang. Dan ini menyukarkan untuk memulihkan kembali anaknya itu.

Dalam masa yang sama Nathan telah menyebarkan wabak zombienya dimana mangsa-mangsa yang telah digigitnya meneruskan misi penyebaran. Akhirnya banyaklah zombie yang ada di kawasan mereka. Walau bagaimanapun Nathan ada kelebihan tersendiri kerana mampu mengawal dirnya dari bertukar menjadi zombie. Dan kerana ketakutan ibu Nathan telah mengurungnya dan dia pun pergi berjumpa dengan paderi untuk mendapatkan langkah seterusnya. Tetapi malangnya paderi tersebut juga telah bertukar menjadi zombie.

Kebetulan semasa di dalam sebuah bilik kawasan gereja tersebut telah menjelma seekor ular. Ular tersebut telah mematuk paderi tersebut dan serta merta paderi tersebut pulih dari menjadi zombie. Akhirnya terungkailah jawapan penawar kepada epidemik yang terjadi itu. Ibu Nathan terus bergegas mendapatkan anaknya yang ketika itu sudah mula tidak terkawal. Ular yang sepatutnya digunakan sebagai pemulih untuk Nathan telah terlepas di dalam Bangsal yang menjadi tempat persembunyian Nathan dan kekasih bersama kawan-kawannya yang masih menjadi manusia.

Dipendekkan cerita Nathan telah dipatuk ular tersebut secara tidak sengaja dan lalu dia pun pulih dari wabak zombie tersebut. Dan kesemua zombie-zombie itu telah berjaya dibunuh setelah bangsal itu dibom kawan-kawan Nathan serta dimesin dengan pengisar. Bagi aku ceirta zombie ni lembab sikit sebab dia tak banyak fokus kepada zombie. Untuk rating cerita Teens macam ni okayla untuk genre Horror Comedy selepas cerita Shaun Of The Dead.

Night Of The Zombies (1981)


Cerita oldskool ini mengisahkan sebuah penyiasatan yang telah dijalankan tentang mayat tentera yang hilang juga terdapat rumor mengenai zombie. Juga melibatkan zombie Perang Dunia Kedua dimana untuk kali ini terdapatnya zombie dari tentera US dan tentera Nazi. Cuma yang tak syoknya mengenai cerita ini sebab memang dia adalah cerita zombie paling tak best pernah aku tengok.

Bosan tahap mahadewa. Dahla zombie yang datang boleh buat korang tergelak. Sebab muka zombie diorang macam Innocent. Dah tu time diorang datang zombie dia tergelak time nak balik pun tergelak. Tapi just sound jelah, zombie dia nampak pun sekali dua je. Puas aku tunggu dari mula sampai habis. Give up aku tengok cerita macam ni. Tajuk cerita dah best, cuma cerita dia memang takda kena mengena dengan zombie.
Tak paham apa motifcerita dia. Selain tajuk dia Night of The Zombies terdapat juga beberapa tajuknya yang lain iaitu Battalion of the Living Dead (USA) (alternative title), Gamma 693, Night of the Wehrmacht Zombies, Night of the Zombies II (USA) (alternative title), Sister of Death (USA) (alternative title), The Chilling (UK) (video title). Tapi jangan korang keliru pulak sebab ceritanya memang sama tajuk saja lain-lain.

Aku juga banyak baca komen orang pasal movie zombie yang worst ni. Rata-rata memang setuju cerita ni tak patut dikeluarkan sebab merugikan duit diorang. Dahla gambar cerita dia memang original tape version, so korang paham-paham sajalah warna dengan kualiti videonya yang dah mula mereput tu. Untuk cerita ni aku bagi tahi bintang je.

Deuces Wild


Mengisahkan pergolakan dua buah kumpulan Gengster Jalanan di Brooklyn. Berkisarkan tahun 1958. Cerita ini membangkitkan isu dadah kerana abang kepada Leon (Stephenn Dorff) dan Bobby (Brad Renfro) mati kerana overdose. Leon dan Bobby adalah ahli kpada Deuces. Dan untuk kumpulan yang satu lagi, Viper mereka telah berniat untuk menjalankan operasi pengedaran dadah di kawasan jagaan Deuces ini.

Marco, salah seorang ahli Viper yang dipenjarakan kerana menjual heroin kepada abang Leon dan Bobby telah merancang untuk membalas dendam terhadap Leon setelah dia dibebaskan dari penjara. Baginya Leon adalah punca kerana dia dimasukkan ke dalam penjara.

Leon telah jatuh hati terhadap Annie (Fairuza Balk) adik kepada Jimmy Pockets, iaitu salah seorang ahli kepada Vipers dan menjadi orang suruhan Marco. Kawasan yang menjadi jagaan, penempatan dan urusan Deuces dan Viper dikuasai oleh seorang ketua Gengster iaitu Frittzy (Matt Dillon). Dan kedua-dua kumpulan perlu mendapat persetujuan dari Frittzy dalam segala perkara termasuklah untuk menyerang diantara kumpulan.

Akhirnya pergaduhan diantara kedua-dua kumpulan telah terjadi dan menyebabkan ramai yang terkorban termasuklah Bobby dan Marco. Tetapi Bobby mati semasa dia berada di luar rumahnya akibat ditembak oleh anak buah Frittzy. Semasa pengebumian Bobby, Leon telah bertemu dengan kesemua ahli kumpulan Deuces dan mengingatkan mereka bahawa pertemuan mereka pada hari tersebut adalah yang terakhir, dan agar mereka semua membawa haluan masing-masing.

Selepas berakhirnya kejadian itu Leon pun berkahwin bersama Annie serta berpindah dari Brooklyn. Dan selang beberapa masa kemudian Frittzy telah mati di tangan Leon setelah Leon menolak kereta sorong yang berisi batu bata dari tingkat atas sebuah bangunan ke atas kereta yang dinaiki Frittzy.

Zah’s Corner


06 Januari 2010, Rabu
Lokasi : Taman Panchor Jaya, Tepi Jalan

Malam semalam aku telah dibawa Mr. Hattamura ke warung yang dia telah rekomen dekat aku. Dah lama aku nak pergi cuma ada saja masa yang menghalang, so semalam aku pergi. Silapnya masa aku pergi semalam sebab sebelum aku makan aku dah makan dulu dekat rumah, jadi aku kenyang sangat. Mana taknya bila makan saja Kurma Daging, fuhh selera terus aku makan.

Masa aku dekat kedai Zah’s Corner ni aku pun orderlah nasi yang direkomenkan iaitu Nasi Goreng Ayam Black Pepper. Dan sepanjang penantian aku itu Hatta ada berkata yang chef untuk kedai tersebut dulu pernah bekerja dekat salah sebuah kopitiam yang terdapat dekat Taipan Senawang tu.

Jadi hidangan aku pun tiba setelah menunggu hampir lima minti. Sambil diringi angin yang deras bertiup kencang aku menikmatinya. Aku mula-mula target ayam dia. Lepas aku jamah saja ayam dia, Not bad. Kemudian aku rasa pulak kuah black pepper dia, nice. Cuma feel aku agak berkurangan makan hari itu sebab aku rasa timing salah juga hari tu. Makan banyak sangat. Jadi buat Mr. Hattamura,komen aku untuk kedai yang ko rekomenkan ni. Okaylah bagi mereka yang tidak cerewet.

Selain itu terdapat juga menu-menu lain yang kebanyakannya seperti di kedai-kedai lain. Semalam masa aku datang kira penuh juga kedai tu. Maknanya makanan dia okaylah. Jadi kalau korang nak mencuba datanglah ye. Warung dia terletak betul-betul simpang nak menghala ke Taman Panchor Jaya kalau dari Pantai, Selepas Esso.

Beat Down the Notti Snake


03 Januari 2010, Ahad
Lokasi : Rumah Parentku

Hari ahad lepas aku dikejutkan dengan jeritan emak aku. Aku ingatkan ada benda jatuh ke dekat dapur. Jadi aku pun pergilah tengok. Rupa-rupanya ular yang sangat digeruni dan ditakuti manusia di serata dunia telah menyelinap masuk ke perkarangan rumah parent aku. Sekali ular senduk da.. Aku pun apa lagi dengan pantas memecut 100 meter dengan berkaki ayam serta dengan kelajuan yang begitu tinggi.

Mencari sesuatu yang boleh digunakan untuk memukul pendatang tanpa izin itu.Akhirnya terjumpalah aku batang mop buruk dekat belakang rumah yang memang sesuai dijadikan senjata. Aku segera memukullah ular yang berkelana itu. Prangg…,dengan sekali hayunan aku berjaya melibas. Tetapi malangnya libasan itu hanyalah palsu belaka.Kerana ular itu tidak berjaya ku pukul. Yang dipukul hanyalah batu-batu di taman rumahku. Patah kayu mop itu. Apalah nasibku. Akhirnya ayah aku yang menyelamatkan keadaan dengan memukul kepala ular tu sampai jadi penyet macam ayam penyek Cyberjaya. Dan aku pun berjaya menangkap gambar ular tersebut. Hahahaha…

Bila kitorang bercerita balik dekat emak aku, ketawa sakan kitorang dengan gelagat aku tadi. Lain yang dipukul lain yang jadi. Teringat aku masa kisah kitorang memburu ular di dalam rumah masa dekat kampung aku dekat Muar dulu. Walaupun ular yang diburu mati tetapi habis patah meja atok aku. Mana tidaknya masa ular tu keluar saja dari tempat persembunyiannya habis semua naik atas meja kaki besi macam dekat kopitiam cina tu.Bayangkan meja kecik macam tu boleh tampung 4 orang yang berbadan tegap, bermuscle dan tinggi.Hahahaha…kalau ada handycam la time tu memang aku akan rakam moment tu. Lawak gile…

Pagi Yang Gelap..


05 Januari 2010, Selasa
Lokasi : Rumah Parentku

Hari ini aku bangun awal, setelah membantu ibuku mengangkat barangan untuk dimuatkan kedalam keretanya aku pun menyedut udara segar di pagi hari ini. Suasana yang begitu tenang, dingin dan syahdu pada pagi itu. Dan sejenak aku terlihat keindahan ciptaan illahi. Lantas segera ku mengambil Sony Ericson ku dan merakamkan detik-detik terindah di pagi itu.

Disebalik pembinaan yang sedang berlangsung bersebelahan rumahku aku mengambil gambar berlatar belakangkan Gunung Angsi yang diselubungi oleh kabus tebal. Diiringi dengan awan Magenta dan disinari cahaya yang halus menampakkan lagi keagungan ciptaan-Nya yang maha esa. Inilah Kebesaran-Nya…

Friday, January 1, 2010

Happy Nu Year 2009


Aku menghulurkan sepuluh jari memohon maaf andaikata ada terkasar bahasa serta tersalah dan silap dalam setiap artikel yang aku tulis. Dan dengan kehadiran tahun baru 2010 ini, aku akan buat yang terbaik untuk melancarkan lagi blogger aku ini. Mungkin dengan kehadiran tahun baru ini akan lebih banyak perkara yang dapat aku postingkan. Juga akan adanya kolum baru iaitu jurnal perjalananku (meliputi tempat-tempat peranginan serta kawasan riadah yang aku pergi). Jadi nantikan kehadiran kolum baru ini. Segalanya hanya untuk semua.