Wednesday, January 6, 2010

Dead Snow / Dod Sno


Sebuah filem Norway yang mengisahkan pembunuhan yang dilakukan oleh zombie yang keluar dari pesembunyian mereka di sebalik salji yang menutupi mereka. Zombie yang asalnya adalah tentera SS Nazi pada Perang Dunia Kedua. Dan zombie-zombie tentera Einsatzgruppen ini diketuai oleh seorang yang berpangkat besar (Standartenführer Herzog) di dalam regimen tentera Nazi. Dan telah ditugaskan untuk menjaga sebuah kotak kecil yang berisi harta peninggalan dari Perang Dunia Kedua.

Ia mengisahkan 7 orang pelajar perubatan yang telah pergi menghabiskan waktu sempena Sambutan Easter. Mereka telah berjalan sejauh 45 minit untuk tiba ke sebuah cabin milik salah seorang dari tujuh orang tersebut. Penempatannya begitu terpencil kerana tiada pun satu rumah yang terletak berhampiran.

Dan pada malam mereka di kabin tersebut. Salah seorang dari mereka telah terjumpa kotak yang dikawal oleh tentera Einsatzgruppen ini. Dan ini telah menyebabkan kisahnya bermula. Selepas melihat segala isi-isi kotak tersebut mereka telah berjanji untuk menjaganya. Dan zombie-zombie tersebut dapat menghidu harta tersebut. Lalu seorang demi seorang diburu dan dibunuh oleh zombie-zombie terbut.

Selepas kabin yang menjadi tempat mereka bermalam itu hangus terbakar akibat molotov cocktail yang dibaling salah seorang dari mereka bertujuh, mereka yang tinggal telah berikhtiar untuk keluar dari situ hidup-hidup. Tetapi mereka telah dikejar dengan beratus zombie yang bangkit dari salji selepas Standartenführer Herzog telah membangkitkan zombie yang ada dengan laungannya. Dan aksi kejar-mengejar terus berlaku.

Akhirnya mereka mengumpan zombie-zombie tersebut ke kabin yang terbakar itu. Dan harta yang menjadi buruan zombie itu dipulangkan semula kepada pemiliknya itu. Akhirnya cuma seorang sahaja yang berjaya tiba ke tempat letak kereta tetapi terbunuh jua setelah dia terlupa bahawa dia telah mengambil sekeping syiling emas Tentera Nazi tersebut.

Untuk rating filem ni aku boleh bagi tinggi sebab jarang aku tengok cerita zombie yang melibatkan ketenteraan. Walaupun tanpa senjata seperti meriam mahupun kereta perisai tapi cukuplah sekadar pump-gun dan juga pistol sebagai penghias cerita ini. Harap kalau korang ada masa tengokla cerita ini. Best bagi aku, tapi tak tahula korang…

No comments:

Post a Comment