Thursday, December 31, 2009

2009 – Pengisian dan Rumusan

Hari ini genaplah 365 hari kita berada di tahun 2009. Setelah setahun aku mengharungi tahun ni dengan bermacam-macam ragam kehidupan kini aku melangkah selangkah lagi kehadapan menjalani kehidupan yang kian mencabar. Banyak benda yang aku dah buat dan banyak juga benda yang telah terjadi.

Antara event besar yang aku dapat join tahun 2009 ni macam SHOUT Award dan Konsert Diawan Biru SEARCH, konsert yang penuh dengan kontroversi. Yang penting walaupun aku kurang berpuas hati dengan konsert tersebut tapi disebabkan konsert yang last dari Search kira terubat jugalah hati ini.

Selepas itu aku juga berjaya menawan Miaoww City. Aku berpeluang ke Kuching, Sarawak selama lima hari. Banyak jugalah tempat yang dapat aku pergi walaupun masa yang ada singkat. Semuanya atas bantuan Edel dan Majid. Nanti untuk forum yang akan datang aku uploadkan menu yang aku pernah makan semasa aku berada di Sarawak selama lima hari tu.

Dan dalam tahun ini juga adalah saat yang worse buat beberapa staff SII seperti aku sebab ditamatkan kontrak yang telah bertahan selama 2 tahun lebih. Walaupun dengan secara rasminya aku bukan lagi warga SII tetapi banyak kenangan yang aku dah capai dekat sana (Hehe korang pon tau apa mendenyakan rakan-rakan semua, Huahahaha). Dan pengakhiran aku bekerja disana bukan bermakna penyudah untuk karier yang aku dah bina selama ini. Anyway life must go on.

Dan segala perkara yang dah berlaku sepanjang tahun 2009 ni aku akan jadikan sebagai kenangan. Dan segalanya sudah aku mulakan sejak bulan sembilan hari itu. Dan dengan kehadiran blog aka live jurnal aku ni, aku akan teruskan misi aku untuk menulis segala perkara yang terjadi mahupun yang dah lepas agar ia akan menjadi diari aku. Dengan hadirnya tahun 2010 ini akan menjadi tahun yang bermakna buat diri aku dan mungkin akan jadi tahun yang bertuah untuk aku dan semua.

Jadi kepada semua aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Dan harus diingat jadikanlah setiap perkara yang dah berlalu sebagai pemangkin untuk kita teruskan kehidupan kita. Setiap peristiwa dan pengalaman mengajar kita erti sebenar kehidupan. Good luck to both of us. See You Again tomorrow on the new beginning of new year.


Admin
arifunauthorised.blogspot.com

Global Warming



Mungkin sekarang kita merasa kepanasan yang melampau bila mulanya terik mentari bermula waktu tengah hari sehinggalah ke lewat petang. Ditambah lagi dengan cuaca yang kering dan berdebu meningkatkan lagi kadar penyakit di kalangan manusia sejagat. Fenomena ini bukan dirasa di negara kita sahaja malahan turut sama dialami di seluruh dunia.

Saban hari kita melihat kesan yang terjadi terhadap dunia kita yang sudah mula mereput dek kepanasan yang melampau ini. Fenomena yang juga berkaitan dengan El Nino iaitu satu faktor yang terjadi atas sebab peningkatan kadar suhu dunia. Isu Pemanasan Global ini turut mewarnai dunia politik sejagat dimana adanya perbincangan yang mencapai kata sepakat juga yang membawa kepada pertelagahan pendapat. Sekaligus mencalarkan imej dasr untuk memulihkan kembali alam sekitar dunia.

Dengan pembakaran dari bahan api fosil yang berleluasa serta pembakaran terbuka yang terjadi di beberapa buah negara telah menyumbang kepada peningkatan ini. Kesannya bumi yang kita diami ini terasa bahang kepanasannya yang seakan membakar sel-sel kulit kita. Selain itu bentangan ais yang luas di Antartika juga kian mencair dan ini telah menyebabkan paras air laut dunia mula meningkat.

Bila ais semakin cair ini juga akan menyebabkan suhu dunia kita meningkat kerana arus air sejuk yang bertembung dengan arus air panas yang tidak sekata. Dan disebabkan pertembungan itu pula telah menyebabkan sesetengah kawasan menerima ribut yang melampau. Tiupan angin yang boleh mencapai kategori 3, kategori bahaya. Selain itu teras bumi kita turut sama menerima tempiasnya di atas pemanasan global ini. Setiap hari pasti ada berita mengenai gempa bumi dan juga letupan gunung berapi.

Bila lapisan Plat tektonik bergerak dan menghasilkan gelinciran inilah yang menyebabkan terjadinya gempa serta letupan gunung berapi. Sementara itu ia turut menyumbang kepada terjadinya Tsunami yang membiasakan. Seperti yang telah terjadi pada tahun 2004 yang telah mengorbankan lebih 200 000 penduduk di serata Asia akibat gelombang yang telah terjadi di kepulauan Acheh.

Seperti yang dipaparkan dalam cerita 2012, kita akan dapat melihat fenomena yang telah dirungkaikan ini. Kini berbagai cara telah dijalankan bagi membendung pemanasan global ini. Seharusnya sikap cintakan alam sekitar mula ditanamkan di dalam diri anak-anak kecil semenjak di bangku sekolah lagi. Jika semua ini gagal dilaksanakan tidak mustahil suatu hari nanti bumi kita akan musnah dan pupus tanpa meninggalkan keindahan yang ada kini untuk tontonan generasi akan datang.

Spesis yang mendominasi bumi semenjak 1 000 000 tahun dulu



26 Disember 2009, Sabtu
Lokasi : Tan Brothers Aquarium and Petshop, Muar

Aku tertarik bila tengok spesis kura-kura yang dipamerkan di kedai ikan yang pernah aku ceritakan dekat korang dulu. Bukannya apa biasanya aku tengok satu jenis saja, tu pon yang ada dalam parit dekat umah atok aku. Tapi dekat kedai ni bukan setakat satu jenis ada beberapa jenis yang dipamerkan.Ada yang besar, yang kecil, yang panjang dan yang bentuk berduri. Yang biasa aku dengar macam Tuntung dengan Labi-Labi. Tapi aku rasa-rasa ada spesis tu yang dipamerkan dekat kolam tersebut. Disebabkan aku pon tak pernah tengok rupa diorang. So sedikit sebanyak dapat juga aku tau rupa-rupa diorang.Teringat pulak aku cerita kartun yang aku tengok masa kecik-kecik dulu yang juga dah dijadikan filem. Cerita Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT).

Aktiviti Hujung Minggu




26 Disember 2009, Sabtu
Lokasi : Padang 1, Perkarangan Stadium Muar

Masa aku dekat Muar haritu aku, Pak Lan, Emey dengan Wawan berkesempatanlah untuk menonton perlawanan persahabatan diantara Majlis Perbandaran Muar (MPM) menentang pasukan jemputan iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Masa kitorang sampai pon game dah start lebih 20 minit so result first-first memang kitaorang tak tau. Cuma yang aku tau separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat 1 sama.

Kemudian di separuh masa kedua tidak sampai 5 minit permainan berlangsung bolos sebiji lagi gol di gawang gol tuan rumah. Disebabkan rentak perlawanan yang begitu lembab membuatkan aku terleka sehinggakan berapa gol sebenarnya pon aku tak ingat. Dan yang pasti tuan rumah kalah pada perlawanan tersebut.

Walau pun kalah dalam permainan, tetapi pasukan tuan rumah menang di bahagian penyokongnya. Dengan sorakan football fanatik mahupun Maniacs dan Hooligans yang memeriahkan lagi perlawanan itu. Sorakan serta kutukan sinis yang bertubi-tubi juga turut kedengaran. Biasalah adat perlawanankan Ada yang Menang dan Ada Yang Kalah. Jadi berusahalah dengan penuh kesungguhan untuk mencapai kejayaan.

Sambal Belacan


26 Disember 2009, Sabtu
Lokasi : Masih Lagi di Kampung Kesang

Menu kita hari ini begitu ringkas tetapi betul-betul menyelerakan kerana kombinasi warna dalam hidangan tersebut. Ditambah dengan sambal belacan yang memang menjadi kegemaran aku. Kepedasan sambal belacan yang meningkatkan selera untuk makan dengan penuh kenikmatan. Lauk yang aku makan hari itu adalah Sawi Tumis Air dengan Kari Ayam yang pekat. Santan yang diperah dari kelapa yang dikait belakang rumah atok aku. Betul-Betul Kaw… Hao Liao… Lepas tu ada pulak ikan kering bulu ayam. Fuhh Marvellllloussss.

Latihan Keras Tangan dan Menguatkan Otot




25 Disember 2009, Jumaat
Lokasi : Ladang Ubi Kayu tepi jalan, Rumah Atok Aku

Petang ni tiba-tiba Majid mengidam nak makan ubi kayu goreng. Jadi dia pon ajaklah aku pergi gali ubi. Aku pun pergilah cari pokok yang betul-betul berkualiti untuk keluarkan ubi yang bermutu tinggi untuk dijadikan hidangan minuman petang. Belek punya belek tenung punya tenung aku pun jumpalah pokoknya. Sebanyak tiga batang pokok yang ditumbangkan pada petang tersebut. Tetapi cuma sebatang saja yang betul-betul bermutu tinggi dan boleh dikomersilkan untuk pasaran luar negara.

Selepas digali keluar ubi-ubinya Majid dengan atok aku pon membuang kulitnya untuk diambil isinya. Selepas siap semua itu atok aku pon goreng lah ubi tersebut serta menyiapkan sambal yang akan dimakan bersama ubi goreng tersebut. Baki ubi yang selebihnya yang belum menjalani pemprosesan telah Majid ambil untuk dibawa pulang ke Johor Bahru. Selepas ubi-ubi tersebut siap dimasak dan dihidangkan semua yang ada di kampung menikmati minuman petang iaitu ubi goreng cicah sambal.

Kebun Warisan



25 Disember 2009, Jumaat
Lokasi : Kebun Warisan @ Merlimau, Melaka

Kali ni aku nak bawa korang menerokai kebun atok aku yang terletak di Merlimau. Kebun yang betul-betul banyak memberikan hasil suatu ketika dahulu. Tapi sekarang ni kebun ni terbiar tanpa ada orang yang menjaganya. Maklumlah atok aku pun dah tua. Lagi satu pengangkutan nak kesana tu agak terbatas. Kalau naik kereta okay lagi tapi memandangkan naik motorsikal agak bahaya jadi tiada lagi orang yang kesana untuk mengusahakannya.

Setelah berbelas tahun aku tak kesana, kini aku datang balik untuk melihat sendiri keadaan kebun tersebut. Aku telah pergi bersama Pak Lan, Emey dan Wawan yang turut sama menyertai eksplorasi menjejaki Kebun Warisan tersebut. Nak katakan saiznya aku tak dapat nak anggarkan secara tepat sebab melihat kawasan sekelilingnya boleh dikatakan besar.

Terpikir sejenak aku macam mana kebun yang begitu besar diusahakan atok aku pada masa dulu. Ditambah lagi jarak perjalanan dari Kesang ke Merlimau yang jauh, laluan yang agak kecil pada waktu tersebut. Serta ancaman dari haiwan peliharaan mahupun binatang liar. Kedudukan kebun tersebut dikelilingi hutan sawit. Juga terdapat beberapa penempatan di sepanjang jalan ke kebun dan perkampungan tidak berapa jauh dari kebun tersebut.

Teringat aku masa aku kecil-kecil dulu kebun tersebut pernah menjadi tempat aku bermain perang-perang. Masa tu kira tak complete gak aksesori aku. Berbekalkan seluar celoreng askar, singlet dan satu Rifles aku pun pura-pura menjadi Rambo. Naik bukit turun bukit, merangkak, menyorok lepas tu menembak sasaran. Macam komando terlatih.

Masa tu boleh dikatakan kebun tersebut bersih lagi dan terhindar dari pokok liar serta semak samun. Aku ingat lagi masa aku kutip buah kopi serta panjat pokok rambutan. Cuma yang agak kurang enak adalah nyamuk yang datang menggigit. Nak je aku suruh lembu gigit balik nyamuk tu sampai hancur. Tulah antara pengalaman aku masa kecik-kecik dulu dekat kebun tersebut.
Selepas hampir setengah jam kitorang disana, selesai saja ziarah kebun tersebut dan misi kitorang berjaya kitorang pun menuju kedestinasi seterusnya.

Nasi Lemak Kukus Istimewa


25 Disember 2009, Jumaat
Lokasi : Rumah Parentku

Ia terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari krismas kepada mereka yang beragama Kristian dan yang meraikannya. Tidak lupa juga Selamat Hari Jadi juga buat Nur Amalina, and hopefully you will get a good luck forever… . Ok menu aku hari ni, celik je mata aku tengok dah tersedia nasi lemak yang cukup enak dan istimewa.

Ini kerana adanya rendang ayam, Bendi goreng, telur dadar bersama sambal ikan bilis yang sedap. Istimewanya menu pagi ni sebab ayam yang digunakan untuk masak rendang ayam tersebut adalah ayam tua. Aahla ayam tua, mesti korang pikirkan ayam yang keras, liat dan susah nak hadam apabila makan.

Sebelum rendang tersebut dihasilkan, ayam tersebut terlebih dahulu menjalani proses pemanasan yang lama dengan menggunakan steam pressure cooker yang telah disetkan masanya selama 2 jam. Setelah ayam tersebut empuk barulah rendang tersebut dapat dihasilkan. Kalau tak masa makan rendang tersebut tanggal semua gigi.

Nasi lemaknya pula begitu harum kerana dikukus dengan hirisan halia yang menaikkan lagiu aromanya. So apa yang kita tunggu lagi tibalah masanya untuk kita menikmati hidangan yang cukup istimewa tersebut. Yam pui…

Pameran Orkid





24 Disember 2009, Khamis
Lokasi : Tapak Paroi Camp, Paroi

Aku berkesempatanlah untuk berkunjung ke Pameran Orkid yang berlansung di Paroi Camp, bertentangan dengan Tepian Gelanggang. Pameran ni banyak tertumpu kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian. Banyak gerai yang menjual pokok-pokok tanaman hiasan juga pokok buah-buahan. Selain itu terdapatnya tapak khas yang mempamerkan koleksi orkid-orkid yang jarang ditemui serta yang terpilih.

Kebanyakan orkid-orkid yang dipamerkan adalah yang menyertai pertandingan orkid. Antara yang menjadi tarikan aku di pameran tersebut adalah deretan orkid yang kalau ditengok sekali imbas macam orkid plastik yang dijual di kedai-kedai hiasan dalaman rumah. Turut menjadi daya tarikan dan dijual adalah spesis pokok periuk kera.

Di pameran tersebut juga dihimpunkan usahawan bumiputera yang menjual pelbagai produk seperti pakaian, ubatan tradisional, gerai-gerai makanan serta cenderamata. Terdapat juga figura adiwira Batman yang besar mengawasi permainan kanak-kanak disitu. Pada malam tersebut juga turut diadakan pertandingan karaoke anjuran pihak penganjur dan urusetia Pameran Orkid serta di keeseokan harinya pula diadakan pertandingan Battle Of The Band.

Diharap agar pada masa-masa akan datang akan diakan lebih banyak lagi aktiviti sebegini bagi mendidik masyarakat terdapat tumbuhan alam sekitar. Selain itu ia turut dapat memupuk remaja kita untuk mengenali dengan lebih dekat usaha penanaman dan pemuliharaan alam sekitar berdasarkan tumbuhan dan tanaman.

Roti Jala Kedai Syam


24 Disember 2009, Khamis
Lokasi : Kiosk Medan Selera STAR, Paroi

Pulang saja dari Seremban, selepas book tickets untuk screening Sherlock Holmes pukul 10.45 aku pon merancanglah nak pergi pusing-pusing bawa Wawan. Sebab selama dia stay rumah aku baru hari ni aku nak bawa dia gi jalan-jalan sebab free of duty. Jadi kebetulan masa tu Mr. Hattamura pun baru saja balik dari KL. So aku pon jemput dia dulu sebelum pergi ke destinasi seterusnya.

Masa pun dah pukul 5.30 petang jadi memandangkan aku nak carwash sekali kereta parent aku jadi aku pun pilih la venue area Stadium Paroi. Sambil menunggu kereta siap dibasuh boleh gak menghilangkan dahaga serta mengalas perut dengan makanan yang ringkas. Jadi aku pun pergilah ke kedai member aku yang bertentangan dengan car wash tersebut for the first time.

Aku pon order la Roti Jala seperti yang disyorkan Mr. Hattamura. Makan saja roti jala tersebut dicicah pula dengan kari ayam yang hangat dan pekat, wow best. Terima kasih Syam untuk roti jala ko yang sedap. Hidangan yang ringkas tapi boleh dikatakan amat bersesuaian untuk diminum petang bersama keluarga. Tekstur roti jalanya juga lembut serta garing. Jadi jangan lupa singgah ye kalau mengidam nak makan roti jala di petang-petang hari yang hening dan indah. Ok..challo bette…

Fenomena [ H ]


23 Disember 2009, Rabu
Lokasi : Car Wash depan Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi

Memandangkan cuaca yang maintain setelah sekian lama tidak menentu serta kereta aku yang berdebu seperti kereta Rally telah memungkinkan aku untuk pergi ke Saloon kereta yang berhampiran untuk mencuci badannya yang sudah sekian lama kelihatan kusam dan comot. Jadi aku pun pergilah ke Car Wash yang juga terletak di area Paroi. Bukan Area 51 ye.huhuhu…lalalala.

Jadi sementara aku menunggu turn kereta aku dibersihkan aku pun melepaskan lelah di sofa yang disediakan. Bila kereta aku siap disembur dengan buih khas buat bodynya yang solid itu. Aku pun menantikan dengan penuh berdebar apakah aksi yang bakal dilaluinya selepas itu. Lalu kereta aku pun dibawa masuk ke pondok khas untuk dikilatkan. Jadi ia pun melalui servis pengilatan luar dan dalam baik punya agar menampakkan lagi shape bodynya yang solid dan bershining itu.

Sementara aku ternanti-nanti akan kesudahannya, terlihatlah aku fenomena ini. Deretan kereta yang sama jenis dengan kereta aku. Macam dah planning pulak. Macam ada Grand Gathering Honda pulak time tu. So aku pon capturelah gambar yang kebarangkalian terjadinya perkara ini 10 dalam sejuta untuk dijadikan kenang-kenagan dan tatapan anak cucu suatu masa nanti. Hahahaha. 

Mee Bandung Yang Best


22 Disember 2009, Selasa
Lokasi : Cullinary Kitchen, Rumah Parentku

Memang betul kata-kata orang tua, “ sedapnya makan diluar, sedap lagi masakan ibu sendiri ”. Pepatah ini ternyata benar kerana betullah apa maksud disebaliknya. Yelah korang mesti akan cari makanan yang emak korang masak setiap kali korang balik bertemu diorang. Aku pun macam tulah, sebab bertuah dapat makan Mee Bandung paling best. Bukannya aku nak kata makan dekat kedai tak best. Tapi rasa serta kualitinya yang aku pentingkan.

Bahan-bahan serta rencah yang benar-benar memikat hati, tak dapat nak digambarkan kelazatan serta enaknya Mee Bandung tersebut selepas ia menerjah ke bibir dan terus ke perut. Jadi kalau one day nanti korang nak try rasa Mee Bandung yang emak aku buat, Insyaallah. Nanti kalau ada banyak aku roger korang. Hehe…

Tuesday, December 29, 2009

Aku Tetap Bukan Dia...


Seawal pagi aku telah terjaga dari lenaku. Melihat jam yang pada ketika itu menunjukkan pukul lima pagi. Bingkas aku bangun dan bersiap sedia untuk aku meneruskan rutin harian ku. Selepas mandi, sementara menanti masuknya waktu Subuh aku pun menjerang air dan menyediakan jemput-jemput yang telah aku sediakan sesudah kepulangan aku dari bertugas semalam.

Kini sarapan ku yang serba sederhana telah aku sipkan. Sementara aku makan, aku pergi menunaikan dahulu solat. Selepas itu barulah aku boleh makan jemput-jemput yang hangat itu. Bersama-sama dengan kopi pekat yang aku buat aku menjamah sarapan pagi ku itu seperti biasa. Kemudian aku simpan sedikit jemput-jemput tersebut untuk dijadikan bekalan aku ketika bekerja nanti.

Dengan berbekalkan sebotol air kopi bersama sebekas jempt-jemput yang menemani aku ke tempat kerjaku. Dengan menaiki motor usang yang menjadi peningalan arwah ayahku, aku melalui denai yang dilitupi dengan embun pagi yang masih mentah. Melalui kawasan perkuburan yang kecil sehinggalah aku tiba di persimpangan jalan yang seterusnya membawa ku ke jalan besar. Sunyi, lengang dan sepi. Itulah yang dapat aku gambarkan keadaan jalan pada ketika itu yang hanya terdapat beberapa kerat sahaja kenderaan yang melaluinya.

Setelah menempuh hampir setengah jam perjalananku, aku pun tiba ke tempat dimana aku menjalankan tugas yang sama setiap hari. Jam di tangan menunjukkan pukul 6.45 pagi dan waktu itu mula terbit mentari pagi yang mula menyinari seluruh alam maya ini. Aku mengambil kunci jentera yang sudah sekian lama menjadi permainanku. Setelah ku hidupkan enjinnya aku membiarkannya untuk seketika agar perjalananku nanti lancar tanpa sebarang gangguan teknikal.

Aku membelek-belek enjin jentera itu. Ku perhatikan juga tayarnya. Semuanya dalam keadaan yang sempurna. Selepas itu aku masuk ke bilik operasi untuk melihat rutin ku pada hari ini. Sama seperti hari-hari lain. Aku melepaskan nafas lega tanda kesyukuranky terhadap illahi yang memberikan aku tenaga mahupun nyawa untuk aku menjalankan tugas ku pada hari ini.

Aku pun mulakan perjalanku kembali bersama jentera milik majikanku itu. Aku menyusuri jalan yang aku lalui tadi untuk menuju pula ke tapak pembinaan yang akan menjadi tempatku untuk bekerja hari ini. Dan ketika itu jalan yang ku lalui sudah mulai sesak dengan kenderaan yang menggunakan jalan tersebut. Dan masih aku ingat lagi semasa aku mula-mula bekerja dahulu. Jalan yang aku lalui itu tidak seperti yang aku lalui pada hari ini. Saban hari kenderaan yang melaluinya semakin penuh.

Dan kini aku tersepit disebalik kesesakan hasil kepesatan ekonomi disitu. Aku menjadi tempat untuk melepaskan kemarahan orang. Juga tohmahan orang. Bukannya aku pinta untuk melalui jalan itu, tetapi disebabkan tanggungjawab yang harus aku laksanakan, aku gagahi jua perjalananku itu. Sebab aku sudah lali dengan ragam manusia yang aku perhatikan setiap hari. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku redha dengan setiap perkara yang terjadi. Walaupun hatiku sayu memikirkan nasibku saban hari tetapi aku hanya acuh tak acuhkan saja lamunanku itu.

Aku bukannya seperti Si Dia yang pernah bertakhta dihati ku suatu masa dahulu. Punyai pelajaran yang tinggi. Seorang lulusan Ijazah dari luar negeri. Aku juga tidak memiliki kekayaan seperti dia yang berjawatan besar di kota besar. Aku juga tidak memiliki harta berupa wang ringgit yang banyak juga kereta mewah dan rumah besar. Cukuplah sekadar hati yang ikhlas dan pekerjaan yang aku sandang ketika ini. Aku sedar aku hanya seorang lulusan SPM, berjawatan kecil dan hanya menjadi pemandu jentera. Tetapi aku bersyukur dengan segala kurnian dan pemberian dari yang maha esa.

Mungkin kesempitan hidup yang aku lalui selama ini telah menyuntik semangat buat aku untuk aku meneruskan perjalanan hidupku yang masih jauh ini. Dan belum tentu juga aku mengetahui bila masanya tiba aku menutupkan mataku buat selamanya. Hanya iringan doa ku hulurkan buat kebahagiaan Si Dia yang pernah melukakan hatiku ini. Kerna semuanya adalah suratan yang maha esa. Walau sejauh mana pun aku pergi, walau sesukar mana sekalipun perjalanan hidupku ini. Yang pastinya Aku tetap bukan Dia…

Cerita ini hanya nukilan dariku semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan watak yang dipaparkan pada keratan gambar tersebut.

Project Pop - Bukan Superstar



Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena urang keren

Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai
Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Bersatu Dengan Mentari


Dunia disebalik biasan alam nyata. Bayangan disebalik keagungan Illahi…

Telur Itik


21 Disember 2009, Isnin
Lokasi : Rumah Parentku

Ya bertemu lagi kita di dalam rancangan Menu Of The Day. Menu kita untuk hari ini adalah Gulai Masak Lemak. Lauk yang akan dinikmati hari ini adalah dua jenis gulai lemak iaitu Gulai Lemak Daging Salai dan Gulai Lemak Telur Itik bersama pucuk ubi. Pelikkan sebab kedua-duanya adalah dari lauk yang sama. Sebabnya adalah dah lama aku tak makan kedua-duanya jadi aku jadikanlah ia satu menu. Rasanya memang menyelerakan dengan santannya yang pekat ditambah pula dengan daging salainya yang lembut.Untuk mendapatkan menu ini anda bolehlah pergi ke kedai yang terdapat di area Stadium Tunku Abdul Rahman (STAR) Paroi pada masa makan tengah hari.

Kedai Sup Power Kaki 5




20 Disember 2009, Ahad
Lokasi : Persiaran Catleya, Senawang Business Centre

Oklah tuan-tuan dan puan-puan semua, juga makcik-makcik, pakcik-pakcik, anak-anak kecil dan juga para penduduk di serata dunia. Hari ini aku nak recommended plak dekat korang semua satu lagi kedai yang menjadi tarikan di Senawang City ini. Kedai Sup Power Kaki 5, itulah nama yang diberi pemilik kedainya. Terletak di kawasan perindustrian Senawang memang menjadi tarikan kepada pekerja-pekerja yang bekerja syif malam.

Untuk ke sana korang akan jumpa Kilang MCIS Safety Glass yang terletak di antara Stesen Minyak Petronas dan Mobil. Jadi kedai sup ni terletak betul-betul bertentangan dengan kilang kaca tersebut. Kalau korang datang dari Dataran Senawang kedai tersebut terletak di sebelah kiri. Selepas saja Stesen Minyak Petronas di persimpangan trafik yang pertama belok kiri. Nanti korang akan nampak kain rentang besar Sup Power Kaki 5.

Dekat kedai sup ni hanya dihidangkan sup sebagai menu utamanya. Dan sup-sup tersebut adalah sup lembu. Dan korang boleh makan bersama nasi putih, mee ataupun bubur. Dan rasanya boleh dikatakan sekata dengan segala ramuan-ramuan rahsianya. Selain itu rasa dagingnya yang benar benar segar sebab diambil dari kedai daging segar yang turut terletak bersebelahan kedai sup tersebut. Sambal belacan yang dihidangkan bersama nasi putih juga memang betul-betul mengancam sebab rasanya yang betul-betul menyengat.

Jadi sekiranya korang dah tiba ke Senawang nanti bolehlah singgah sahur ke, dekat kedai tersebut sebab dia dibuka bermula dari petang sehinggalah malam. Jangan lupa ya…

Masak Lemak Lagi...


18 Disember 2009, Jumaat
Lokasi : Rumah Parentku la

Menu istimewa kita hari ini adalah Pucuk Ubi bersama Cendawan Kukur dimasak Gulai Lemak Cili Api. Cendawan Kukur ni boleh dikatakan bermusim sebab dijual pada masa-masa tertentu saja. Maklumlah nak mencarinya bukannya senang. Kalau boleh tanam mahu saja aku tanam dan komersilkan dia. Selesai saja sembahyang Jumaat aku pun menikmati hidangan ini berserta lauk-pauk yang lain bersama para jemaah yang terdiri dari rombongan merisik Emey buat buah hatinya.

Menu Kesukaanku


17 Disember 2009, Khamis
Lokasi : Kampungku yang permai

Untuk pengetahuan anda semua, pemakanan yang seimbang adalah baik untuk kesihatan kita. Kita perlu makanan satu hidangan yang lengkap untuk mendapatkan tubuh yang sihat serta minda yang cerdas. Dan kali ini aku nak menceritakan makanan yang memang menjadi faveret aku sejak dari kecil lagi. Sebab itulah setiap menu yang aku postkan mesti korang perasan adanya gulai lemak kuning kan. Aku minat semenjak arwah wan aku selalu masakkan aku gulai lemak ayam kampung setiap kali aku balik saja dekat kampung ayah aku di Kampung Padang Lalang, Bahau. Dan setiap kali time cuti sekolah memang aku ingat lagi saat aku menghirup kuah gulai lemak yang menjadi hidangan aku. Memang buat aku tak dapat nak gambarkan saat-saat tu. Best.

Tu kalau dekat Bahau. Kalau dekat Muar pulak lauk kegemaran aku yang atok aku masak sudah tentulah asam pedas dan juga Pucuk Paku Tumis. Kalau dekat Johor Pucuk Paku Merah ni memang famous. Sebab mudah didapati di sekeliling rumah. Berbanding dengan pucuk paku hijau tu. Kena tau tempat dia. Tak boleh sebarang ambil. Maklumlah rupa dia dengan pucuk paku yang beracun lebih kurang saja. Sebab aku pernah pergi kutip pucuk paku hijau tu masa dekat taman lama aku.

Macam pucuk paku merah ni senang jumpa lebih-lebih lagi di kawasan semak yang berhampiran dengan kawasan yang berair (paya atau parit). Jadi mudahlah untuk mendapatkannya sebab banyak sangat. Cuma rajin tak rajin saja meredah belukar. Jadi kesimpulannya di sini lauk-pauk kegemaran aku adalah Gulai Masak Lemak (anything), Asam Pedas ikan pari dan Pucuk Paku masak apa-apa saja.

Kucing Kecil yang Galak



17 Disember 2009, Khamis
Lokasi : Kampungku yang permai

Melihat kepada saiznya jangan korang sangka yang kucing comel ni jinak-jinak merpati. Sebabnya bila korang hulur saja tangan kucing ni mula menunjukkan sifatnya yang sebenar ala-ala Wolverine. Walaupun kadang-kadang keluar kukunya yang berbisa tapi lama kelamaan dia akan jadi leka bila korang dah umpannya dengan lidi penyapu. Tapi sekarang ni dia dah jinak sedikit dari mula-mula di kenal erti kehidupan. Semuanya adalah atas usaha Emey yang menjadi pakar dalam penjinakan kucing-kucing liar.Aku gelarkan kucing ni Stokin sebab keempat-empat kaki dia berwarna putih.

Ikan Kuda Belang


17 Disember 2009, Khamis
Lokasi : Kampungku yang permai

Apa yang bestnya ikan ni. Ikan ni takdela special mana pun. Cuma yang buat aku terpegun sebab tumbesarannya yang drastik. Masa aku mula-mula beli dulu dekat kedai ikan Tan Brothers besar dia hanya sebesar ibu jari aku. Tapi sekarang selepas beberapa bulan dia dah menjadi besar tapak kaki. Melihat kepada kadar tumbesarannya yang drastik itu tidak mustahil ia adalah dalam kategori ikan pemangsa kerana habis ikan-ikan yang kecil menjadi habuannya.

Sebab tu aku gelarkan ikan African Zebra Stripe Cichlid ni banduan. Sesuai la dengan belang dekat badannya tu. Kalau tengok dari cutting and shape ikan ni dia serupa macam ikan betuk mahupun ikan cermin. Tapi jangan disangka ikan ini mudah untuk dijinakkan. Sebab kalau korang nak menyauk ikan ini perlukan daya ketahanan serta kesabaran yang tinggi. Laju dia mencanak macam dolphin da. Nasib-nasblah kalau korang sekali sauk terus dapat. Hahaha…. :p

Mee Hoon yang sedap


17 Disember 2009, Khamis
Lokasi : Kampungku yang permai

Kalau korang balik ke kampung mesti akan mengidam makanan-makanan tertentu masakan nenek moyang korang. Macam aku, memang suka dengan mee hoon goring yang atok aku masak. Setiap kali kalau time sarapan pagi mesti atok aku masak. Tu pun sekiranya atok aku tak ajak kitorang gi “Ngeteh” (minum) kat warung.

Ramuan yang digunakan atok aku cukup ringkas. Kalau diperhatikan betul-betul pada mee hoon tersebut, bahan asas yang ada dalam mee tersebut seperti udang, fishball / fishcake dan taugeh. Tetapi rasa dia, memang best. Maklumlah dah turun temurun atok aku masak dan dah bertahun dia hidup. Segala jenis asam garam kehidupan dah dilaluinya. Lebih-lebih lagi dia memang dah lali dengan segala ramuan dalam masakan. Jadi memang tak dapat dinafikan lagi.

Tapi mee hoon goreng ni akan tetap berada dalam ingatan aku. Juga buat semua yang pernah merasainya. Dan kekal selamanya di dalam blog ini suatu ketika nanti.

Best Mee Bandung In Town







16 Disember 2009, Rabu
Lokasi : Jalan Joned, Muar

Mesti korang tertanya-tanyakan kenapa aku claimed kedai ni ade menyediakan Mee Bandung yang best. Jawapannya akan kita ketahui nanti. Baiklah kali ini aku nak ceritakan serba sedikit kedai Mee Bandung yang aku jumpa ni. Terletak di Jalan Joned, berhampiran dengan sekolah Agama. Lokasi dia boleh kata agak terpencil juga sebab di luar dari kawasan bandar Muar.

Kalau korang nak pergi ke Tanjung Emas mahupun Tanjung Ketapang, mesti akan lalui satu-satunya simpang yang ada traffic light kat area situ. Kalau korang nak ke sana, just follow this direction. Ok sampai sahaja di simpang tersebut akan adanya Kedai Makan, Surau serta tanah terbiar. Pastikan masa dekat simpang tersebut kanan korang adalah kedai makan tersebut. Kemudian korang teruskan perjalanan sehingga jumpa Kem Askar Wataniah yang terletak bersebelahan kedai makan tepi simpang tersebut.

Korang teruskan perjalanan sehinggalah jumpa kedai yang menjual kelapa dan santan. Dan itulah tandanya korang dah sampai ke kedai Mee Bandung tersebut. Kedai tu letak betul-betul bersebelahan kedai kelapa tersebut. Tapi kedai ni untuk pengetahuan korang dia buka waktu malam sahaja. Jadi kalau korang overnite dekat Muar dapatlah merasa keenakan mee bandung kedai tu.

Kedai dia bukan setakat menjual Mee Bandung sebagai menu utama tetapi juga terdapatnya Rojak Petis, Rojak Tauhu dan Mee Rojak. Selain itu ada Mee Sup dan beberapa Menu lain. Kalau korang teragak nak makan chicken chop memang tak adela. Untuk minuman pula turut dijual adalah air kelapa muda yang segar, Lai Chee Kang dan ABC. Bukan itu saja lagi korang juga boleh mendapatkan Perencah Mee Bandung dan juga Asam Pedas hasil keluaran Mak Pon di kedai makan tersebut. Jadi apa yang ditunggu lagi jika korang nak merasa sendiri keenakan kuah mee Bandungnya yang pekat bolehlah datang sendiri menikmatinya.

Mee Sup Utara @ Seri Kembangan



14 Disember 2009, Isnin
Lokasi : Restoran Tepi Jalan, Bertentangan dengan Restoran Kembangan Paradise

Mungkin ada diantara korang yang pernah sampai ke area Seri Kembangan. Bagi mereka yang pernah pergi mesti tau lokasi kedai yang ingin aku syorkan kali ini. Terletak berhampiran dengan kondominium Taman Desaminium, Lestari Perdana. Kedai yang akan direvealedkan untuk kali ini adalah sebuah kedai dari Utara. Seperti biasa kedaiikedai Utara amat sinonim dengan sup mereka yang power.

Kedudukan warung ni boleh dikatakan strategik kerana betul-betul terletak di persimpangan bulatan Desaminium. Dan trademark yang paling senang untuk korang tau kedai tersebut adalah Restoran Kembangan Paradise yang terletak di sebalik himpunan warung-warung bergerak tersebut. So kalau korang nak pergi memang senang sebab kedai dia senang nak nampak. Oklah berbalik kepada cerita menu dia yang aku nak cerita.

Kedai ni menghidangkan beraneka jenis sup yang boleh korang pilih seperti sup tulang, sup daging, sup perut dan yang paling istimewa sudah tentulah gearboxnya. Selain itu terdapat juga Moi atau nasi air dimana ia turut dihidangkan bersama sup-sup pilihan korang. Bukan sekadar sup saja yang ada dijual, terdapat juga gerai Char Kuay Teow, Mee Kari, Yong Tau Food dan burger.

Setelah aku rasa sendiri Mee Sup dia, boleh dikategorikan mengancam sebab rasa sup dia yang sekata. Tak terlalu pedas. Cuma kalau korang nak kepedasan bolehlah tambahkan cili giling yang disediakan. Terdapat jug apes udang dan cili jeruk mengikut kepada selera korang semua. Ok semua, selamat mencuba sekiranya anda berkunjung ke Seri Kembangan ini. Tata…

Tuesday, December 22, 2009

Game ? Than You Know


Sebuah karya ringkas dari penghayatanku terhadap rokok.

Rokok, Cigarette, 香烟, Sigaret, Zigarette, Τσιγάρο, Sigaretta, タバコ, 담배, Cigarro, Сигарета, Cigarrillo...

Walau berlainan yang disebut di semua negara. Walau berlainan sebutan dan ejaannya. Ia tetap mewakili kepada satu perkara iaitu rokok yang banyak menjadi kawan kepada segolongan besar insan di muka bumi ini.

Kebebasan Di Sebaliknya...!


14 Disember 2009, Isnin
Lokasi : Di atas Highway sekitar Ampang

Sepetang aku terperangkap di dalam arus kemodenan. Tersekat di dalam kesesakan yang telah sekian lama menghantui pengguna laluan yang aku lalui ini. Sepenantian aku untuk sampai ke destinasi tujuanku aku pun sempat menangkap gambar yang menjadi isu kupasan ku kali ini. Ya..di sebalik tembok batu yang menjadi pemisah laluan yang menghubungkan Ampang ke Gombak ini adalah kebebasan.

Mungkin itu yang terlintas di fikiran aku pada masa kesesakan itu. Kerana laluan di sebeleh aman tanpa adanya kesesakan yang membelenggu. Kenapa tiadanya kelancaran di laluan sebelahku. Adakah kerana kereta yang banyak? Atau adakah kerana kurangnya kesedaran masyarakat terhadap sistem jalan raya kita. Inilah maknanya kita semakin jauh dari kemajuan dan semakin hampir kepada kekacauan. Pertimbangkanlah setiap haluan yang anda pilih, dan mesti ingat yang berjalan harus ke depan bukan mengundur ke belakang.

Nasi Goreng Thai


14 Disember 2009, Isnin
Lokasi : Restoran Sri Niara, Ampang Melawati

Mungkin ada diantara korang semua yang pernah makan nasi goring Thai. Warnanya yang kekuningan ibarat emas ditambah pula dengan bau wangi dari hirisan serai dan kunyit. Meningkatkan lagi aroma serta selera untuk menikmati hidangan tersebut. Tapi seteleah aku jamah hidangannya rasanya tak ubah macam nasi goreng Rencam yang aku makan dekat Restoran Anjung di Kajang.

Mungkin sebab bahan-bahan yang digunakannya seakan sama. Cuma yang membezakannya adalah rasanya sedikit. Ini kerana nasi goreng Thai berasa pedas sedikit sebab dicampurkan dengan cili api bagi menambahkan kepedasannya. Pendek cerita kalau lihat sekali imbas mungkin korang akan ingat nasi goreng Thai adalah nasi goreng dengan Ayam Goreng Kunyit. Untuk kepastian korang adalah lebih baiknya korang rasa sendiri. Pastu barulah boleh komen. 

Christmas Carol @ Suria KLCC



14 Disember 2009, Isnin
Lokasi : Suria KLCC, Ampang

Kalau korang nak tengok, replika lollypop yang bergerak-gerak bolehlah berkunjung ke Atrium Suria KLCC sekarang ni sempena Sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang tiba 25 haribulan ni. Bukan setakat lollypop malahan terdapat juga model rumah ala Inggeris yang begitu menarik. Selain itu terdapat dekorasi di setiap pusat membeli belah Suria KLCC itu. Turut dihiasi dengan limpahan neon.

Aku berkesempatan untuk melihat sendiri hiasan sempena Sambutan Hari Krismas ini bersama-sama dengan Aucu. Tidak dinafi betapa kreatif bebudak IDE yang menghasilkan karya tersebut. Setiap kali adanya sambutan perayaan mahupun acara yang hebat, pastinya Atrium Suria KLCC ini akan menjadi tempat dimana akan dipertontonkan pameran hasil kerja serta ketekunan mereka yang kreatif serta berimaginasi tinggi. Dengan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada mereka yang beragama Kristian serta buat mereka yang meraikannya.

“ For Display, Promotion or Pervert…”


12 Disember 2009, Sabtu
Lokasi : Parking Bay, The Mines Shopping Complex

Pelik eee dengan tajuk post aku ni. Hehehehe…. Tuhan dah anugerahkan kita mata gunanya pun untuk melihat. Sementara aku nak jalan pergi ke Main Entrance The Mines, mata aku terpandanglah kearah satu kereta yang kecil molek park betul-betul berhampiran dengan kereta Pak Lan. Aku tengok punya tengok dekat cermin belakang dia sekali tergantung la lingerie. Dan yang pasti kalau melihat pada saiznya memang dah pastilah bukan saiz normal.

Kalau nak dipakai pun aku rasa kucing je la kot yang muat. Bila aku pikir-pikir balik tak tahulah owner kereta tu guys or gurlz sebab aku bukannya spy sampai nak pergi intip ke frontside kereta dia. Lantak dioranglah nak gantung apa-apa sajakan. Kereta diorang. Tapi aku rasa macam weird plak dengan accessories kereta dia tu. Kalau nak bagi nampak cantik pun kereta tu pandai-pandailah make-upkan kereta tu. Jangan ibarat “Tangkap Muat & Asal Boleh” saja. 

Ooo Mak Siti, saya suka Mee Jawa makcik…



10 Disember 2009, Khamis
Lokasi : Gerai No.11 Restoran Mee Jawa Mak Siti, Medan Selera bersebelahan Alson Klana

Kalau korang nak try makan Mee Jawa yang best dekat muka bumi Seremban ni, bolehlah singgah ke Kedai Mee Jawa Mak Siti yang terletak di Medan Selera berhampiran Hotel Alson Klana,Seremban. Kedai Mak Siti ni popular dengan menu yang utamanya iaitu Mee Jawa. Terdapat beberapa jenis Mee Jawa yang boleh dipilih antaranya yang berisikan ayam, daging, tulang dan campur. Bukan itu saja kedai ini turut menjual Mee Sup dan nasi lemak.

Jika korang terasa nak makan nasi goreng ke atau nasi berlauk boleh juga sebab terdapat beberapa kedai makan yang turut beroperasi di medan selera tersebut. Juga adanya kedai yang memang speciality diorang more to Char style macam Char Mee, Kuay Teow dan Maggi.

Untuk pengetahuan korang kedai Mak Siti ni adalah cawangan dimana Main Stall dia terletak di Temiang. Beroperasi dari Isnin hingga Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Tetapi andai kata korang planning nak pergi try la time yang tak rush hour takut korang takde tempat nak duduk. Jadi kalau korang dah terlanjur berada dekat Seremban, singgah-singgahlah ke Kedai Mee Jawa Mak Siti untuk merasa sendiri kuahnya yang superb.

Mee Goreng Ayam


09 Disember 2009, Rabu
Lokasi : Restoran Azhaar Maju, Berhampiran Pasaraya Giant Senawang

Aku pernah postkan info pasal Mee Goreng Ayam Mamak Style yang aku makan dekat area Ampang Melawati beberapa hari lepas. Kali ini pasal Mee Goreng Ayam lagi tapi dekat kedai lain pulak. Aku dengan Mr Hattamura pun lepaklah macam biasa dekat Restoran Azhaar Maju area Taipan Senawang. Untuk pengetahuan korang terdapat tiga Restoran Azhaar Maju dekat Taipan Senawang tu. Yang pernah aku pergi cuma dua dari tiga. Dan dari penilaian aku untuk kedua-dua kedai tersebut. Cuma satu yang menjadi pilihan aku.

Kedai dia yang ada layer besar tu kalau korang nak tengok bola okaylah. Tapi untuk makan-makan aku rasa macam kureng sket. Dulu masa mula-mula buka aku rasa makanan dia masih lagi okay sebab mutu makanannya sentiasa terjaga. Maybe sekarang ni chef dia dah bertukar tu yang rasa dia pun jadi hambar. Aku cuma order mee goreng dia saja untuk menilai rasanya. Ternyata rasa dia dah banyak berubah dengan yang lama.

Aku rasa chef asal untuk cawangan TV Besar tu dah pindah ke kedai dia yang berhampiran dengan Giant tu. Sebabnya mee goreng ayam yang aku order sama macam yang pernah aku makan suatu ketika dulu dekat Restoran Azhaar Maju asal (TV Besar). Aku bagi 6 bintang dari 14 bucu bintang Malaysia untuk mee tersebut, kira lepas ni kalau korang nak makan mee goreng ayam bolehlah cuba dekat Azhaar Maju yang terletak di bulatan kecil menghala ke Pasaraya Giant Senawang. Bukan dekat mapley lain takde cuma dekat Senawang ni Azhaar Maju saja yang aku tengok hidup disinggahi dengan berbagai jenis warga kota yang bertandang.

Bubur Ayam Roasted


05 Disember 2009, Sabtu
Lokasi : Restoran Harry Tomyam, Taipan Senawang

Kali ni aku lepak pulak dekat Restoran Harry Tomyam yang terletak bersebelahan Basri Tom Yam (BTY). Bertentangan dengan Maxis Center Senawang. Aku lepak kat situ pun sebab dah plan dengan budak-budak ni nak tengok bola kat situ. Biasalah malam minggu dengan game EPLnya yang memang memenuhkan kedai-kedai skrin besar ni.

Sementara mendengar sorakan fanatik bolasepak semua. Aku pun orderlah makanan untuk mengisi kekosongan perut aku ini. Kebetulan pulak aku nak makan benda yang simple-simple saja malam tu. Jadi aku pun orderlah bubur ayam. Tunggu punya tunggu sampailah akhirnya menu pilihan aku. Bubur ayam special. Bukan macam Bubur ayam McD, cuma yang ni lain sikit. Aku sendiri pun tengok berselera. Mana taknya ayam yang digunakan adalah roasted same like the chicken rice.

Lepas aku curah kicap dengan cili potong, rasa bubur dia makin bertambah. Ditemani kedinginan malam beserta sorakan hooligan, memang tak sia-sia aku order bubur tu. Lalu dengan mata yang bersinar-sinar aku pun makanlah bubur itu. Jadi kalau korang nak cuba bolehlah datang sendiri ke Harry Tomyam yang terletak di Taipan Senawang @ Dataran Senawang. Trademark untuk memudahkan korang ke sana adalah tangki air yang ada dekat Dataran Senawang tu. Kedai dia betul-betul hampir dengan tangki air tu.