Wednesday, December 2, 2009

Giants of the Pool




29 November 2009, Ahad
Lokasi :- Tan Brothers Pet Shop, Muar

Apa yang aku nak katakana, aku teruja dan excited melihat pet shop yang begitu besar dan boleh dikatakan maju di area Muar. Bermula dengan kedai yang sederhana besar bertempat di suatu kawasan yang agak terpencil dan terhindar dari kebisingan ibukota Muar. Kini pet shop tersebut telah mengorak langkah dengan berpindah di bangunan yang lebih besar dan selesa.

Yang membuatkan aku begitu suka dekat pet shop ni sebab bukan setakat dijual berbagai spesis ikan malahan terdapat reptilian, serangga serta haiwan-haiwan yang dijual serta hanya untuk tontonan masyarakat (U). Maknanya sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tidak kira kecil atau besar, tua atau muda.

Dekat pet shop ni ada Marmoset, Raccoon, Guinea Pigg, Hamster, Sonic Hedgehog, Ular, serangga eksotik, dan semestinya ikan belaan yang berbagai jenis. Dari yang berharga RM 0.50 sehinggalah yang bernilai puluhan ribu inggit. Terdapat beberapa akuarium hiasan yang menempatkan ikan air tawar, ikan laut, chiclid, Seabed Stingray dan macam-macam lagi. Terdapat juga dua kolam ikan yang menempatkan ikan-ikan amazon seperti Arapaima Gigas. Manakala kolam yang satu lagi dipenuhi dengan koi Jepun yang agak cantik.

Selain menjual ikan, pet shop ini juga turut menjual kelengkapan serta hiasan untuk mencantikkan lagi akuarium mahupun hiasan kolam ikan anda. Para pengunjung yang meminati bidang pengakuariuman boleh memilih ikan kesukaan mereka sendiri, dimana anda boleh menangguk ikan di akuarium-akuarium tersebut. Seperti pepatah Melayu kuno yang berbunyi, “Kalau nak menangguk, biarlah di Ayer Keroh”.

No comments:

Post a Comment