Wednesday, December 2, 2009

Aku Tidak Pinta Cacat Begini...



Aku adalah seekor kucing betina yang hidup menumpang di rumah tuan aku di Kesang. Aku dilahirkan ke dunia dengan sempurna kesemua anggota badanku. Warna aku adalah putih, berkepala oren hitam begitu jugalah dengan ekor ku yang seperti arnab. Aku begitu gah suatu masa dahulu, ke mana sahaja yang aku mahu pergi, aku pergi tanpa ada halangan dan penuh bersemangat.

Tetapi kini setelah sekian lama aku tidak merasai kenikmatan seperti itu. Hanya kerana aku cacat. Dulu namaku bermacam-macam. Ada yang memanggil aku Nyon. Dan ada yang memanggil aku Kizyu. Tetapi kini hanya satu gelaran yang diberikan kepada aku. Tempang…Ya Si Tempang. Semuanya berlaku dalam sekelip mata dikala air bah yang datang melanda rumah tuan aku beberapa tahun yang lalu.

Mungkin kalian tertanya-tanya bagaimana perkara ini terjadi. Apakah puncanya disebalik kehilangan kaki kiri aku ini. Tiada seorang pun yang tahu sehinggalah ke hari ini. Hari ini aku hanya mampu bergerak di sekitar kawasan rumah tuan aku. Tidak seperti dulu. Dan bila penat aku labuhkan punggungku dan aku lelapkan mata di mana tempat yang menjadi persinggahan aku. Aku lebih banyak berehat dari merayau melihat keindahan di sekeliling. Aku makan apa yang tuan aku berikan. Aku minum air takungan yang berada di mana-mana hanya untuk meneruskan perjuangan aku agar terus bernyawa dan disayangi tuan aku…

No comments:

Post a Comment