Thursday, March 4, 2010

Benarkah Air Kelapa Sebagai Pemulih Tenaga ?




15 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Rumah Tuan Haji Jamali

Bertemu lagi kita di dalam Segmen Kesihatan.Kali ini kita akan cuba mengupas satu lagi isu. Isu kita kali ini adalah berkaitan dengan khasiat air kelapa. Kelapa adalah sebuah tumbuhan yang digelarkan tumbuhan 1000 kegunaan. Ini kerana dari batangnya sehinggalah ke pelepahnya banyak benda yang boleh kita hasilkan. Barangan seperti penyapu, berus sabut, pencedok tempayan, tabung, bekas tanaman dan juga barangan hiasan yang lain terhasil dari produk kelapa ini.

Selain itu santan, minyak kelapa, umbut kelapa, daun kelapa dan juga air kelapa sering digunakan masyarakat kita semenjak zaman silam lagi dalam masakan seharian. Santan untuk dimasukkan didalam masakan. Manakala daun kelapa digunakan untuk membuat anyaman ketupat. Dan dipercayai air kelapa juga mempunyai khasiat yang tinggi. Ia mampu menjadi salah satu penawar di dalam bidang perubatan dimana kalau ketika demam kita meminum air kelapa ia sedikit sebanyak dapat menurunkan kepanasan badan akibat demam.

Tetapi jika kita terlebih minum juga boleh mendatangkan kemudaratan. Walaupun ia tidak mendatangkan bahaya tetapi ia dapat melemahkan badan yang sihat. Seperti contoh yang dapat kita lihat disini, kerana keterujaan beberapa anak jati Muar telah mengait kelapa untuk dijadikan air minuman selepas penat bekerja seharian. Setelah ditambah sedikit gula bersama sedikit garam dan dicampurkan bersama air batu, pemuda-pemuda tersebut meminum air kelapa tersebut.

Kemudian badan yang mulanya keletihan mula menunjukkan tanda-tanda rangsangan. Dimana badan mula terasa sengal-sengal otot. Mata mula menjadi bundal dan selepas punggung dilabuhkan dan kepala disandarkan maka proses yang dinamakan peniduran pun bermula. Itulah yang terjadi apabila badan kita yang penat serta kehilangan tenaga bertambah hilang energy. Semoga kita bersua lagi di dalam isu yang lain. Tenung-Tenungkan Dan Selamat Meramal.

No comments:

Post a Comment