Tuesday, March 2, 2010

Carrefour Supermarket kini dibuka





Lokasi : Rahang Country Height, Jalan Seremban – Tampin

Seremban yang dulunya sebuah bandar yang hanya mempunyai beberapa pusat membeli belah kini tumbuh bagai cendawan. Saban hari akan terbinanya kompleks baru untuk kemudahan orang ramai. Mulanya konsep pasaraya borong mula diperkenalkan di Seremban dengan terbinanya Makro. Kemudian setelah kurang mendapat sambutan ia telah digantikan menjadi Tesco yang mula bersaing dengan Giant Hypermarket yang sudah bertapak awal di Seremban. Selepas itu dibuka pula Econsave dan kini tidak berapa jauh dari terbinanya Econsave, satu lagu mercutanda di dalam perindustrian pasaraya borong dibuka.

Kini Carrefour mula melebarkan sayapnya pula di kawasan Seremban. Bertempat di Rahang Country Height memudahkan pengunjung untuk mengunjunginya. Jikalau anda lalu di Jalan Seremban – Tampin anda akan melihat bangunan tersebut yang terletak di atas bukit. Dengan signaturnya yang gah yang boleh dilihat di beberapa kawasan tinggi di Seremban. Di dalam Carrefour tersebut terdapat kedai bakery dan juga kedai menjual ayam / itik roasted serta makanan segera yang lain. Bangunan yang menempatkan Carrefour ini turut terdapat lot-lot kedai serbaneka yang menjual pelbagai barangan. Disamping itu juga terdapat sebuah foodcourt untuk pengunjung menghilangkan dahaga juga mengalas perut dan kawasan riadah untuk keluarga yang membawa anak-anak kecil.

Keluasan untuk Carrefour ini tiadalah besar seperti yang terdapat di Wangsa Maju mahupun tempat-tempat yang lain tetapi sedikit sebanyak telah memberikan ruangan buat orang ramai kemudahan untuk membeli belah. Kini tiadalah batasan untuk pergi ke satu tempat sebab kini banyak pasaraya yang ada di Seremban. Yang menjanjikan kepuasan membeli belah orang ramai. Dengan terbinanya Carrefour ini maka akan terhasilah satu saingan yang sengit diantara peniaga-peniaga pasaraya borong yang terawal terdapat di sekitar Seremban selain memeriahkan lagi industri membeli belah di Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment