Tuesday, March 2, 2010

Gerai Makanan & Minuman No. 1





8 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Tanjung Emas, Muar

Aku dah lama tak lepak dekat area Tanjung Emas. Dulu masa kecik-kecik rajinlah aku ke sana sekarang ni nak datang kerap macam dulu pun belum tentu lagi. Jadi selepas balik dari pasar besar Muar aku pun carilah warung untuk minum pagi, memandangkan waktu tersebut jam menunjukkan hampir sepuluh setengah jadi nak cari warung yang menyediakan macam-macam menu agak terhad. Teringatlah aku akan kedai Mee Bandung yang sedap jugalah dekat area Tanjung Emas tersebut. Tapi malangnya kedai tersebut tutup pulak hari tu. Jadi alang-alang dah sampai kitorang pun lepaklah terus dekat kedai No. 1 milik Encik Muhammad Ali (Bukan peninju tu ye) setelah dipelawa pekerjanya. Mata aku pun terlihatlah Mee Soto. Aku pun orderlah, samalah dengan yang lain-lain.

Sampai saja hidangan aku pun menikmatinya, maka sahlah Muar yang memang sinonim dengan Mee Soto dan Mee Supnya. Rasanya memang secukup rasa ditambah pula dengan ayam racik yang direbus dahulu terlebih awal serta telur dadar yang dihiris. Yang membuatkan rasanya begitu memuaskan ketika dihirup kuahnya adalah sambal yang dituang kedalamnya. Sambal kicap pedas yang menaikkan lagi rasa supnya ditambah lagi aromanya yang wangi. So aku bagi tiga bintang dari lima untuk kedai tersebut dengan menu Mee Sotonya yang enak.

No comments:

Post a Comment