Tuesday, March 2, 2010

Lorry Disaster @ Highway



8 Februari 2010, Isnin
Lokasi : Lebuhraya Utara Selatan

Ondaway balik ke Seremban setelah puas bercuti sakan di Muar aku dikejutkan dengan beberapa siri kemalangan yang berlaku di sepanjang perjalanan pulangku dengan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan. Kemalangan pertama yang aku sempat rakamkan berlaku sebelum persimpangan keluar ke Pedas – Linggi. Aku tak tahu lori tersebut berlanggar dengan apa sebab cuma nampak kelibat lori tersebut saja. Nasib baik lalulintas berjalan lancar seperti biasa. Masa tu aku lihat pekerja-pekerja PLUS sedang membersihkan muatan yang bertaburan di atas jalan. Rupa lori tersebut tiadalah teruk mana tetapi pelik juga aku melihat barangan yang bertaburan di atas jalan tu.

Kemudian satu lagi kemalangan yang sempat aku rakamkan berlaku di seberang jalan. Tidak berapa jauh dari Susur Keluar Plaza Tol Senawang. Kali ini lagi hebat sebab sebuah kren sedang memunggah muatan dari lori yang terlibat dengan kemalangan itu. Kelihatannya lori tersebut seperti terbabas lalu masuk ke dalam parit yang terdapat di bahu jalan. Apa yang dapat aku simpulkan dari kedua-dua kemalangan yang melibatkan lori ini adalah sikap pemandu lori tersebut. Selalu aku tengok diorang berlumba sesama diorang. Tak kisahlah kalau korang nak kena cepat sekalipun tapi profesionallah ketika memandu tu. Janganlah ambil sikap sambil lewa, bukan setakat keselamatan diri korang yang perlu dijaga keselamatan pengguna lebuhraya yang lain pun perlu dititik berat.

Dan lagi satu yang dapatkan aku rumuskan disini kemalangan yang terjadi mungkin juga berpunca dari tayar lori yang sering pecah dan juga kegagalan sistem brek yang berfungsi dengan baik. Jadi kita nak salhkan siapa sekarang ini. Maka dengan itu tepuklah dada dan tanyalah selera. Nilaikanlah setiap pemanduan kita, jangan hanya asyik menilaikan orang lain diri sendiri yang menyesal. Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment