Monday, September 20, 2010

23 Ramadhan - Rumah Berbuka DW6









2 September 2010, Khamis
Lokasi : MODUL DW6, Intekma Resort Shah Alam

Kini masuk hari ke 23 kita berada di bulan Ramadhan. Bermakna hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum ramai yang bergerak pulang ke kampung. Di kesempatan yang ada dalam minggu-minggu terakhir berpuasa pihak MODUL telah bersepakat mengadakan majlis berbuka puasa bersama staf-staf MODUL dan para jemputan. Acara tersebut telah diserikan dengan dekorasi-dekorasi sempena ketibaan raya yang dinantikan seperti himpunan likur yang menyinari laman DW6, limpahan lampu neon pelbagai warna dan hidangan juadah yang pelbagai.

Antara yang hadir adalah dikalangan staff MODUL, Encik Azman dan Keluarga, Encik Hashim, Encik Din dan Keluarga, Mister Tei dan keluarga Encik Rahim dan Encik Azuzudin. Tema untuk hari itu adalah Bersantai dan Besederhana di Bulan Ramadhan. Dan yang penting kalau dah nama pun majlis berbuka puasa maka mestilah ada hidangannya. Antara juadah yang disajikan adalah aneka lauk-pauk seperti Patin Masak Gulai Tempoyak, Sambal Ayam, Kari Kambing, Rendang Ayam dan Hati, Sotong Masak Kicap, Tauhu Jepun, Murtabak Ayam dan Daging, Bubur Lambuk, Kuih Tepung Pelita bersama Jus Delima yang dibawa khas dari Tanah Suci Mekah.

Malam tersebut Dwelling 6 tenggelam dengan keriuhan suara para hadirin dan gelak tawa serta keriangan kanak-kanak yang bertandang menambahkan lagi keceriaan yang sentiasa ada.

No comments:

Post a Comment