Monday, September 20, 2010

Bazaar Ramadhan Merlimau Pekan





28 Ogos 2010, Sabtu
Lokasi : Pekan Merlimau, Melaka

Bazaar yang berkesempatan aku lawat kali ini adalah bazaar yang terletak di bersebelahan dengan negeri kampung aku. Mana lagi kalau bukan baazar yang terdapat di Melaka. Bazaar yang menjadi tumpuan aku kali ini terletak di Pekan Merlimau. Kehadiran aku pada masa itu agak lewat kerana menjalankan misi gotong-royong di kampung aku sebelum itu. Dan untuk mencari juadah yang menarik dan istimewa juga sudah berkurangan memandangkan ramai yang sudah membelinya awal-awal. Jadi aku bersama Paklan dan Wawan membelilah sekadar yang sempat dibeli. Banyak peniaga juga telah berkemas untuk pulang berbuka puasa. Dan tinggallah kiosk-kiosk yang masih gagah untuk menghabiskan hasil jualan masing-masing. Boleh dikatakan majoriti yang bertandang ke bazaar tersebut adalah dari penduduk sekitar juga dari pelajar Politeknik dan kolej-kolej berhampiran. Tidak kurang juga dengan perantau-perantau yang pulang ke desa awal untuk membuat persiapan raya di kampung. Selama aku berada di bazaar tersebut banyak juga kuih yang unik dan jarang-jarang aku jumpa seperti kuih tepung gomak, Sata (seakan otak-otak dan terkenal di Pantai Timur), Ubi Ketuk dan banyak lagi yang aku pun tak tahu nama dia.

No comments:

Post a Comment