Monday, September 20, 2010

Bazaar Ramadhan Stadium Paroi, N9




30 Ogos 2010, Isnin
Lokasi : Stadium TAR, Paroi N9

Jalan-Jalan ke Bazaar kali ini telah membawa aku ke satu lagi Bazaar Ramadhan yang tumbuh bagai cendawan selepas musim hujan. Bazaar yang dimaksudkan kali ini adalah sebuah bazaar yang agak popular setiap kali menjelang tibanya musim Ramadhan. Pernah menjadi Bazaar Mega suatu ketika dulu dan bazaar yang dimaksudkan adalah Bazaar Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Negeri Sembilan.

Bazaar ini bertempat di kawasan parking lot dan berhampiran dengan kiosk gerai yang ada di luar perkarangan stadium. Antara yang menarik di bazaar ini tidak kurang seperti bazaar-bazaar yang lain. Terdapatnya berbagai jenis juadah lauk pauk, kuih-muih dan air yang dijual serta bazaar ini. Dan seperti yang semua sedia maklum Negeri Sembilan memang terkenal dengan Masak Lemak Cili Apinya serta masakan tradisional negeri yang lain. Terdapat juga hidangan Minang ala Padang, Ayam golek, Pecal Lele, beraneka Rojak,dan kuih-muih seperti Kuih Talam/Tepung Pelita/Kuih Akok, Karipap Daging/Ayam, Samosa, Wadei dan bermacam-macam lagi. Pendek kata semuanya ada. Dari Pembuka selera sehinggalah desert untuk dijadikan pencuci mulut.

Aku juga sempat membeli air susu segar botol yang betul-betul mengembalikan nostalgia zaman aku kecil-kecil dulu. Dulu kalau dekat pasar tani air ni dia jual RM1.00 satu botol tapi sekarang harganya boleh mencecah sehingga RM3.00 sebotol. Selain itu yang menarik perhatian aku adalah Spring Potato yang dikatakan Pertama Kali di Malaysia. Memandangkan orang yang beli pun beratur panjang aku setakat ambil gambar jelah. Mungkin dekat pasar malam ada jual kot.hehe...Takpe nanti aku datang serbu lain kali. Ok,kepada yang ingin mencari kelainan dalam juadah berbuka puasa, apakata untuk Ramadhan tahun depan korang bolehlah singgah sendiri ke bazaar ini. Datang yo jangan tak datang.

3 comments:

  1. susu segar tu sedap, lamo tak jumpa susu lagu nuu.

    ReplyDelete
  2. aku rasa aku macam perasan kiosk segaria yang dah usang dekat bando Tangkak haritu...

    ReplyDelete
  3. Dah cuba Lan Soya belum. Ini air soya paling sedap dalam Malaysia. Den dah banyak minum soya tapi ini boto-boto lain raso er. Power boto!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete