Thursday, August 19, 2010

Lucky Number 7 Treasure Hunter








9 Ogos 2010, Isnin
Lokasi : Selangor-Negeri Sembilan-Melaka

Hari ni aku telah terlibat secara tidak langsung menjadi peserta Misi mencari Harta Karun anjuran UiTM Kampus Induk. Setelah dipelawa saudara Muiz dan setelah keputusan dibuat akhirnya kereta emak aku menjadi pilihan. Memandangkan penggunaan minyaknya yang begitu saving serta tahap kemampuannya yang memuaskan. Institut Perkembangan Pendidikan (InED) telah menghantar dua kumpulan iaitu Power yang diwakili Muiz (Directioner), Aku (Driver), Amirul dan Aswad (Menjawab Soalan). Diikuti oleh kumpulan Underdog dan para pesertanya adalah Adi (Directioner), Jamal (Driver), Takuya dan Fazrul (Menjawab Soalan).

Acara Treasure Hunt ni bermula dari pukul 2.30 dengan taklimat serta kata-kata aluan dari Dato' Visi serta VIP yang turut merasmikan Bulan Inovasi UiTM. Sekitar jam 4.00 petang para peserta treasure hunt yang sebanyak 35 pasukan telah dilepaskan secara aturan nombor yang tertera pada badan kereta. Dan kereta aku berada di kedudukan 24 dari 35 pasukan. Bermulanya masa kad perakam waktu (punchcard) ditekan maka secara rasminya aktiviti treasure hunt yang kitorang sertai ni pun bermula. Dan soalan-soalannya terdapat 78 dan dibahagikan 2 bahagian beserta 2 harta karun yang telah ditetapkan. Klunya terdapat di sepanjang perjalanan dan telah diberikan direction serta guide melalui peta yang telah dibekalkan bersama soalan treasure hunt tersebut.

Dipendekkan cerita aku dan pasukan aku berjaya menyelesaikan segala task yang telah diberikan dimana Pusingan Pertama agak kelam kabut sedikit berbanding Pusingan Kedua. Pusingan Kedua lebih rileks sebab task dia tidak sesukar task pertama yang sedikit sebanyak menguji stamina, iq dan pengetahuan serta selok-belok jalan. Akhirnya setelah berhempas pulas selama 7 jam perjalanan kitorang akhirnya tiba di garisan penamat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam dan waktu pada ketika itu menunjukkan jam 11.00 malam. Penat tak terkata dibuatnya, tetapi kitorang enjoy sebab semuanya berjalan lancar.

Jam kini tepat menunjukkan pukul 12.30 malam setelah masa pencarian ditamatkan maka keputusan akhirnya pun diumumkan. Acara dimulai dengan cabutan bertuah dimana Takuya dan Jamal dari team Underdog telah mendapat tempias cabutan bertuah tersebut setelah nama mereka turut diumumkan pihak penganjur. Tidak ketinggalan Aswad dari pasukan Power turut menerima hadiah cabutan bertuahnya setelah berhempas pulas, berlari sehingga putus nafas demi mencari jawapan.

Setiap pasukan ada target masing-masing, samalah gayanya dengan kumpulan aku untuk mencapai ranking 3 terbaik. Tetapi apakan daya keputusan yang lain-lain semuanya dahsyat-dahsyat belaka. Walau bagaimanapun aku rasa bersyukur setelah tersenarai di dalam ranking sepuluh teratas dari 35 pasukan yang bertanding. Pasukan aku telah bertakhta pada tempat ke-7 dan pasukan Underdog tidak berapa bernasib baik walaupun berjaya menamatkan misi lebih awal dari pasukan kitorang. Keputusan dikira berdasarkan ketepatan jawapan yang diberikan serta kerjasama sesama ahli kumpulan. Dan yang penting andaikata adanya lagi treasure hunt seperti ni aku akan cuba yang terbaik.

No comments:

Post a Comment