Tuesday, February 2, 2010

Merentas 3 Buah Negeri Dalam 2 Jam







24 Januari 2010, Ahad
Lokasi : Johor – Melaka – Negeri Sembilan

Kebetulan aku dengan Pak Lan pergilah ke rumah Zura dekat Segamat. So masa nak balik dari rumah Zura ayah dia bagi dua pilihan samada, ikut highway ataupun lalu jalan lama. Bila aku pikirkan balik jarak perjalanan dari jalan yang kitorang lalu tadi nak menghala ke highway memang makan masa yang agak lama. Jadi kitorang pun buat keputusan ikut jalan lama berdasarkan guide yang diberikan oleh ayah Zura.

Dan bermula dari Segamat, kitorang gerak dalam lingkungan pukul 4.45 petang. Lepas saja Bandar Segamat kitorang tiba di kawasan Tugu Peringatan Sungai Kelamah yang pernah menjadi kawasan pertempuran yang sengit semasa perang dunia ke-2 dulu. Lepas itu tibalah kitorang di pertemuan dua buah negeri, Bandar Gemas, Sempadan Negeri Johor dengan Negeri Sembilan. Dulu pekan sekarang ni dah naik taraf sebab dah mula berkembang maju. Banyak pembinaan yang sedang rancak berjalan. Mungkin lagi setahun Gemas dah berubah jadi bandar moden kot.

Masa dekat Gemas aku sempat mengambil beberapa monumen yang boleh dianggap klasik. Seperti bangunan-bangunannya, rumah penjaga stesen keretapi dan juga jambatan besi yang merentangi landasan keretapi. Kemudian kitorang teruskan perjalanan dan tibalah kini destinasi seterusnya Gemencheh. Selepas itu kitorang tibalah di Bandar Tampin yang sesak dengan penduduk setempat membeli belah. Teringat aku masa zaman-zaman study kat ITM dulu, rajin gak turun kat Tampin. Dahla ada bundle best kat sini, memang stuff yang dijual rare-rare beb. Directly dari Japan.

Lepas saja landasan keretapi yang terdapat di Tampin tersebut aku kini sudah memasuki ke kawasan Melaka Bandaraya Bersejarah. Aku telah mengikut jalan pintas untuk ke lebuhraya dengan melalui area Simpang Empat, Alor Gajah. Tibalah aku depan A’ Famosa Resort. Selepas itu kitorang pun lalu la highway menuju ke Senawang, checkpoint terakhir untuk perjalanan kitorang kali ini. Kitorang tiba ke Senawang dalam lingkungan 6.40 petang. Itulah perjalanan yang merentas tiga buah negeri dalam masa 2 jam. Banyak daerah yang aku lalui sepanjang perjalanan tersebut. Bak kata pepatah “ Jauh Perjalanan, Seluas Alam Pemandangan ”.

No comments:

Post a Comment