Monday, February 1, 2010

Gerai Pisang Goreng Sungai Rambai



Lokasi : Lebuh AMJ, menghala ke Muar

Kepada pengguna yang kerap melalui Lebuh AMJ pasti akan melintasi sebuah gerai kayu yang terdapat di bahu jalan. Terletak berhampiran simpang menghala ke Taman Rekreasi Kesang yang ada beca terbesar di dunia tu. Gerai ini adalah kiosk kecil untuk cawangan utama yang berada di Pekan Sungai Rambai.Mungkin korang pernah melalui tempat dimana terletaknya Kedai Pisang Goreng Sungai Rambai yang utama di Persimpangan Lampu Isyarat yang pertama selepas Stesen Petronas. Pisang gorengnya yang terkenal dengan kerangupan yang dihasilkan melaui tepung khas yang turut dijual di kedainya ini.

Jika korang nak puashati makan pisang goreng mahupun cempedak goreng boleh pergi terus ke kedainya yang utama. Untuk kiosk kecil ini selain pisang goreng, dijual juga keledek goreng. Selain itu terdapat juga Cendol istimewa yang dapat menghilangkan kedahagaan ketika memandu. Korang boleh memilih cendol mengikut pilihan korang. Ditambah dengan Kacang Merah atau Jagung. Jadi jika korang perasan kiosk kayu ni bolehlah singgah untuk merasai sendiri kerangupan pisang gorengnya dan kemanisan cendolnya.

No comments:

Post a Comment