Thursday, October 20, 2011

Tugasn Kumpulan



20 September 2011, Selasa
Kampung Gajah, Perak

Pagi ni kumpulan 2 telah diberikan tugasan untuk membentuk sebuah organisasi untuk perbentangan kumpulan. Begitu juga dengan kumpulan lain semua mendapat tugasan kerja berkumpulan. Kumpulan dua telah memilih nama Rendang Tok untuk dijadikan nama kumpulan sesuai dengan tema yang ditetapkan iaitu hari raya. Kumpulan 2 telah mencipta logo iaitu imej Kuali bersama dengan Rendang Tok yang hangat didalamnya dan Sudip Pengacau hasil ilham Saudara Meor. Khai bersama Amirul telah mencipta lagu untuk kumpulan dua. Manakala ahli yang lain bergabung tenaga merangka pelan struktur organisasi dan juga Replika Menara kumpulan bersama dengan perbentangan bajet, idea dan carta organisasi.

Ilham untuk rekaan menara yang diberi nama Menara RT telah diberikan oleh Saudara Arif (as myself) dimana menara tersebut berkonsepkan Pasang dan Cabut. Seperti contoh Bangunan Headquarters HSBC di Hong Kong yang boleh dibuka dan dipasang semula di mana sahaja mengikut keadaan semasa. Dan masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan adalah selama 2 jam. Boleh dikatakan kesemua kumpulan yang terlibat sibuk dengan urusan mereka menyiapkan rekaan mereka.

Dan semasa sesi perbentangan kumpulan, setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk membentangkan idea serta kreativiti kumpulan. Dan markah untuk persembahan dinilai berdasarkan pemerhatian setiap kumpulan semasa kumpulan yang terbabit melakukan perbentangan. Berbekalkan bahan-bahan yang disediakan seperti pembaris kayu panjang, Kertas Manila, Kertas Kajang, Marker, Reben, Batang Mop, Tali, Kain Putih, dan Pita Selofan hasilnya banyaklah menara yang futuristik juga fantastik terhasil dari masa yang begitu singkat. Maka ilham masing-masing dapat dipertontonkan kepada semua kumpulan hasil kerjasama setiap ahli.

No comments:

Post a Comment