Wednesday, October 19, 2011

Malam Makan-Makan Bersama Peserta Induksi, Osmet dan Orang Kenamaan


27 September 2011, Selasa
Dewan Bankuet Pusat Latihan UiTM, Kampung Gajah, Perak

Malam ini adalah malam dimana berlangsungnya satu acara yang wajib bagi setiap kursus induksi UiTM yang dijalankan. Malam dimana semua peserta dihimpunkan untuk menikmati santapan sambil diiringi dengan sisipan persembahan dari setiap kumpulan di dalam kursus induksi ini. Dan seperti biasalah aku bersama osmet aku yang seramai lapan orang duduk di dalam satu kelompok (Meja) yang telah dikhaskan pihak penganjur. Turut sama dalam barisan meja kami adalah Cik Raidah DJ Ufm.

Tema makan malam yang telah diputuskan oleh sidang mesyuarat adalah Retro Raya. Dan seperti selari dengan tema yang telah dipilih para hadirin datang dengan outfit masing-masing yang menonjolkan ke-retro-an majlis tersebut. Ada yang indah berbaju kebaya, baju kurung, berbaju melayu klasik dan moden serta gaya ala-ala Pak Maun dalam cerita Nasib Do Re Mi.

Dan di malam yang penuh gemilang dan berprestij tersebut (hehehe...over plak) kesemua hadirin telah disajikan dengan hidangan yang istimewa dari kebiasaan kami di dewan Bankuet tersebut. Antara menu yang ada seperti : Siakap Tiga Rasa, Tomyam Campur, Udang Mentega, Ayam Panggang dan Brokoli goreng bersama Cendawan. Tidak ketinggalan juga pencuci mulut kami iaitu Puding Karamel, Nasi Himpit bersama Rendang dan Kuah Kacang.

Sambil semua menjamu selera tibalah masanya setiap hadirin dijamu pula dengan persembahan kumpulan. Dan pada malam tersebut aku telah dilantik untuk menjadi Tuan Pengarah untuk menjayakan persembahan lakonan Teater Muzikal yang lahir dari ilham saat-saat akhir. Dengan masa yang suntuk aku sempatlah berlatih dengan ahli kumpulan aku bersama kumpulan yang digabungkan untuk menjiwai watak masing-masing yang telah ditetapkan. Kisahnya berkisarkan Suasana sehari sebelum tibanya raya di sebuah kampung yang diberi nama Kampung Pening Lalat. Mungkin sedikit sebanyak pasal teater muzikal ini aku akan ceritakan dekat kolum lain yang akan datang. Jadi diharapkan dengan penuh kesabaran nantikanlah cerita yang dikarang oleh aku sehingga berjaya dipentaskan ini. Terima kasih banyak-banyak juga ucapan aku buat rakan serumah dan sekumpulan aku Encik Meor yang turut menyumbangkan idea di dalam loghat bahasa Perak ini.

Setelah berakhirnya acara persembahan dan tamat majlis makan malam tersebut tibalah masanya saat-saat bergambar kenangan bersama para peserta yang lain. Aku pun sempatlah mengabadikan kenangan aku bergambar bersama Encik Azahari juga dengan beberapa peserta wanita yang menjadi rebutan ramai jejaka sepanjang induksi. Tidak lupa juga bergambar bersama rakan-rakan yang lain. Habis saja sesi penggambaran aku pun turut menyumbangkan suara untuk sementara waktu berkaraoke secara beramai-ramai. Dalam erti kata lain selagi mic tu tak jahanam ko nak melalak puas-puas, lantaklah. Ada yang bersahaja dan ada juga yang buat gaya rockers ala-ala Bandi Amuk. Walaupun keletihan kitorang enjoy malam tersebut sambil diiringi beribu kenangan, beratus keping gambar...hehehe :)

No comments:

Post a Comment