Wednesday, October 19, 2011

Tiba Masanya Untuk Bersukaneka


25 September 2011, Ahad
Dewan Badminton E-Village, Kampung Gajah, Perak

Setelah beberapa mesyuarat bersama ahli jawatankuasa telah diadakan kini tibalah masanya untuk para peserta kursus induksi untuk memanaskan badan serta beriadah untuk menghilangkan stress serta bebanan taklimat yang telah diterima selama seminggu. Pihak penganjur telah mengadakan aktiviti berupa sukaneka buat hadirin yang hadir.

Antara acara yang telah disediakan adalah seperti :

  1. Sumpahan Mumia dari Tisu
  2. Lontar Bom Air ( Balingan plastik berisi air ke belakang dan perlu disambut tanpa pecah )
  3. Bawa Bola Ping Pong dalam Sudu sambil Jalan Mengiring macam Ketam
  4. Bawa Bola Celah Kelengkang sambil Berkain Batik
  5. Bowling Buah Nyiur
  6. Cari Getah dalam Tepung
  7. Penuhkan Air dalam Botol dengan Tangan( Air dibawa dari satu point ke point seterusnya dengan tangan )
  8. Ayat Berangkai Manis yang Beracun( Peserta dikehendaki menyampaikan ayat yang dipisahkan melalui peserta sehingga menjadi satu ayat yang lengkap )

Kalo tak silap ayatnya bunyi gini la ye...

kuku kakiku, kuku kaki kakakku, kuku kaki kakakku kaku, kukikis kikis kuku kaki kakakku, kuku kakiku sakit, kuku kaki kakakku sakit juga

Lebih kurang la ayatnye tu. Apapun aku enjoy menyertai acara sukaneka tersebut. Walaupun habis basah aku dimandikan dengan air ketika acara lontaran bom air idea kumpulan aku tu. Dalam setiap game ni...”Apa yang penting, Kerjasama...” Barulah perjalanan game tu lancar. Dan ramailah para peserta induksi yang menunjukkan bakat yang terpendam bagi menjayakan temasya itu. Tahniah kepada pihak penganjur dan AJK yang mengendalikan temasya ini. Ok Guys, Keep It Up...

No comments:

Post a Comment