Wednesday, October 19, 2011

Menikmati Makan Malam Di Batu Gajah, Perak


Nasi Lemak Ayam Golek Tom Yam
Batu Gajah, Perak


Baiklah untuk ruangan makan-makan kali ini saya ingin ceritakan satu kedai makan yang sempat saya pergi semasa kursus induksi di Perak tempoh hari. Kedai yang dimaksudkan adalah Restoran Nasi Lemak Ayam Golek Tom Yam yang terletak bersebelahan simpang lampu isyarat menuju ke Pekan Batu Gajah.

Apa yang istimewanya kedai ini sudah semestinyalah Nasi Lemak bersama dengan Ayam Goleknya yang empuk. Pada malam tersebut menu yang telah kami pesan adalah seperti Tom Yam Seafood Campur, Kailan Ikan Masin, Udang Goreng Tepung, Ayam Golek Perak Style, Siakap Sweet Sour, Bawal Tiga Rasa, Hot Plate Seafood dan Telur Dadar. Nasinya macam biasalah nasi lemak juga nasi putih. Untuk minuman kami telah memesan Jus Oren dan Jus Tembikai.


Seafood Tom Yam boleh dikatakan pekat dengan kuahnya yang sedikit pedas dan isinya yang banyak seperti Udang Galah, Lala, Sotong, Hirisan Ikan, Isi Ketam dan Cendawan Putih. Manakala Seafood Hot Plate ada Lala, Teritip, Udang, dan Sotong. Ayam Goleknya begitu empuk ditambah pula rasa yang manis-manis madu dan dicicah bersama sos istimewa. Ikan Tiga Rasa dan Sweet & Sour juga begitu memukau dengan rasanya yang mencukupi dari segi Masam, Manis dan Kemasinannya yang tidak terlampau.


Bagi mereka yang ingin menikmati sendiri keenakan masakan restoran ini anda bolehlah memilih sama ada Menu Set ataupun Ala Carte. Bagi yang datang secara berkumpulan digalakkan untuk order Set Menu memandangkan harga yang ditawarkan juga agak berpatutan. Jadi kepada anda yang ingin singgah ke restoran ini bolehlah pergi di Lot 2303 CT, Jalan Tanjung Tualang, Simpang Kampung Pisang, Batu Gajah, Perak. Atau sekiranya anda bercadang untuk berbuat jamuan juga gathering bolehlah menghubungi mereka seperti no yang tertera 019 428 3534. Selamat Jalan-Jalan Cari Kedai yang dimaksudkan.

1 comment:

  1. restoran ni mmg cantik..menarik.. tp.. belum jengaj ke dapurnya lagi..so..jgn pandang luaran sj...

    ReplyDelete