Thursday, October 20, 2011

Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah


Koordinat : 4°15'0"N 101°2'15"E
Kampung Gajah, Perak

Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah adalah sebuah kawasan yang pada asalnya adalah tapak perlombongan yang diusahakan oleh Malaysian Mining Corporation (MMC). Tidak mustahillah jika dilihat menerusi Google Map kita akan lihat banyak kawasan lombong yang masih dan tidak lagi beroperasi di sekitar pusat latihan ini. Seiring dengan Negeri Perak Darul Ridzuan yang memang sinonim dengan aktiviti perlombongan yang telah mendominasi negeri ini semenjak zaman penjajahan British Kolonial lagi.

Terletak di Kampung Sungai Galah, Pusat Latihan UiTM ini telah mula beroperasi pada Disember 1996 setelah tamatnya konsesi perjanjian MMC dengan Kerajaan Perak. Dan Kerajaan Perak telah memberikan kawasan ini untuk dijadikan pusat latihan seperti yang ada hari ini. Kerajaan Perak memperuntukkan 500 ekar tanah di Lot 4147, 3342 dan 2779 untuk dimajukan.

Antara kemudahan sedia ada yang telah menjadi peninggalan MMC adalah 26 buah banglo yang dinamakan dengan nama ikan untuk setiap villa tersebut. 9 unit daripada banglo tersebut telah diubahsuai menjadi asrama, surau dan rumah tetamu. Manakala bangunan lain pula dijadikan Pejabat Pentadbiran. Antara prasarana baru yang dibangunkan berdasarkan Projek RMK-9 adalah seperti Dewan Bankuet, Villa Wawasan, Pusat Pentadbiran Baru juga Dewan Seminar 1-4 dan sebuah Blok Asrama (4 Tingkat) yang masih dalam proses pengubahsuaian. Antara kemudahan lain yang ada disini adalah kawasan rekreasi yang menempatkan sebuah gym, Bilik Snuker, Court ( Badminton, Bola Tampar, Futsal ), Kawasan Latihan Larian Berhalang, Trek Berbasikal dan Trekking, Makmal Komputer, Perpustakaan Mini dan Surau.

Pusat Latihan ini selain diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada warga UiTM ia juga turut disewa oleh agensi luar untuk dijadikan tempat seminar, kursus mahupun Induksi.

No comments:

Post a Comment