Monday, November 9, 2009

Transformasi Sejenak


Hari ini aku nak buka cerita pasal transformasi aku semenjak bermulanya saat aku mengenali serta menggunakan telefon. Masa aku kecil-kecil dulu telefon yang mula-mula aku pakai adalah telefon yang ada nada dering macam handphone zaman sekarang ini. Tinggal telefon aku masa itu bukanlah telefon bimbit sebab ada wayar. Aku bawa kemana sahaja telefon tersebut untuk menemankan aku. Telefon tersebut boleh dikatakan agak kewanitaan sikit sebab warna merah jambu. :p Antara spesifikasi telefon tersebut ia turut boleh merakam suara disamping setiap buttonnya akan menghasilkan bunyi nada tang berlainan apabila ditekan. Telefon tersebut diberi nama Telefon Mainan.

Selepas itu masa aku sekolah rendah aku sudah mula bawa telefon bimbit aku sendiri. Tapi masa itu bukan aku seorang saja yang ada telefon itu. Boleh kata setiap penjuru sekolah mesti ada yang bawa telefon tersebut. Macam-macam warna yang ada tapi paling famous yang berwarna hitam. Telefon masa itu masih lagi pakai antena. Cuma yang istimewanya telefon ini semua budak yang pakai mesti dia orang gigit antena itu. :) Pendek kata telefon tersebut amat berguna juga untuk menghilangkan kedahagaan. Telefon tersebut diberi nama Telefon Botol Air. Hehehe...

Kemudian lahirlah telefon yang dikenali dengan nama Telefon Syiling (Pondok Telefon Kuning) serta Telefon Kad (Uniphone). Masa ini boleh dikatakan ramai hackers yang lahir kerana telefon-telefon ini telah menjadi bahan eksperimen untuk "curi line". Berbagai teknik yang digunakan, ada yang berjaya dan ada juga tidak. Bukan itu saja, malahan telefon syiling juga mengalami nasib yang lagi ekstrem. Kadang-kadang di saat kecemasan hanya tiang dengan pondok telefon saja yang tinggal. Peti telefonnya pula ghaib entah ke mana.

Akhirnya aku masuklah ke zaman 90-an yang maju sedikit. Telefon pertama yang aku guna adalah Samsung Starterpac atas pemberian ayah aku untuk memudahkan perhubungan masa aku belajar dekat universiti. Kemudian lepas Starterpac rosak aku guna pula Nokia 8250 atau lebih dikenali "Butterfly". Masa ini boleh dikatakan "Butterfly" menjadi fenomena serata dunia kerana bentuknya yang slim serta kecil. Dalam masa yang sama aku turut guna telefon polifonik yang pertama di dunia iaitu Alcatel 511. Boleh kata banyak jugalah jasa telefon "kecik cinonet" itu yang telah menghubungkan aku dengan ex-gf aku.

Lepas aku kerja aku pun belilah Motorola SLVR L7, telefon ini besar juga jasanya sebab sudah trainned aku jadi photographer pakai telefon bimbit (Fontographer). Banyak jugalah gambar yang aku sudah tangkap pakai L7 ini. Akhirnya riwayat telefon ini tamat semasa aku tangkap gambar dekat jeram area Pantai akibat aku tergelicik lalu terendamlah L7 dalam air yang sejuk membeku. Atas budi bicara emak aku dia berilah handphone L6 dia untuk aku guna sampailah sekarang.

Kini aku telah melangkah setapak lagi ke hadapan dalam dunia telekomunikasi dimana aku pakai G900 sebagai second phone untuk private number aku pula. Telefon ini akan terus menjadi satu platform untuk aku berkarya dengan menggunakan kameranya. Telefon yang akan aku jaga dengan sebaik mungkin sebab telefon ini pun hadiah daripada ayah aku.

Maka selesailah sudah transformasi aku dengan telefon aku ini. Cuma lepas ini kalau rosak barulah ada pengganti untuk telefon yang aku pakai sekarang ini. Pernahkah anda terfikir "dunia tanpa telefon...?". Apakah yang bakal terjadi kepada anda semua. Fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment