Sunday, November 15, 2009

Scramble Egg Pasta with Sausage & Fishcake


Menu cubaan aku untuk hari ini. Lain dari yang lain kerana aku telah gabungkan makanan Itali dengan Malay style. Korang nak try…ok ni resepi aku

Bahan-bahan :-
2 Sosej (Ayam/Daging)
2 Cili Besar
2 Sudu bawang yang sudah dikisar
2 Biji Telur
1 Suku daging kisar
1 Sudu Asam Jawa Extra
1 Fishcake
1 Bungkus Mee Kuning
½ Ikat sayur sawi
½ Botol Sos Tomato

Cara memasak :-
1.Rebus Mee dan Sayur Sawi
2.Kemudian goreng telur tadi dan hancurkannya. Selepas itu berikan sedikit ruang untuk menumis bawang. Setelah aroma bawangnya naik bolehlah masukkan daging kisar dan gaulkan bersama telur goring tadi. Biarkan seminit agar ia benar-benar sebati.
3.Selepas itu masukkan fishcake serta sosej dan goring sehingga garing.
4.Keluarkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi untuk masak kuah pasta tersebut. Masukan sos tomato yang telah dicairkan bersama dengan Asam Jawa Extra. Biarkan selama 2 minit sebelum memasukkan bahan-bahan yang digoreng tadi. Untuk menambahkan rasa tambahkan garam secukup rasa serta oregano. Biarkan bahan-bahan tadi selama 5 minit dan kemudian bolehlah dihidangkan.

1 comment:

  1. Nanti bila line internet aku dah ok, aku uploadkan gambar-gambar untuk menu aku. Work Under Progress for give the better lookout.

    ReplyDelete