Thursday, November 19, 2009

80’s & 90’s Foodstock


Mungkin masa korang kecil dulu ada makanan kegemaran yang selalu parent korang belikan. Event kalau balik saja kampung, atok pun mesti belikan juga makanan ringan buat cucu-cucu dia. Antara makanan yang famous masa tu macam Tora, Ding Dang, Nini (cokelat celup), gula-gula Sugus, Chewing Gum Red Indian (Singgam), Lucky Cocoa Ball, Nano Nano, Kam Kam dan macam-macam lagilah.

Ada satu jajan yang Babu (Bai jual roti) jual tu bila buka saja siap ada buku komik mini dekat dalam dia. Aku pun dah lupa nama dia. Lepas tu makanan Chick-ka-dees yang popular suatu masa dulu pun dah keluar balik.Lagi satu makanan yang korang semua mesti pernah makan, Gula Kapas atau alus mitai. Setiap kali kalau pergi funfair mesti ada orang jual punya.

Masa dekat sekolah rendah mesti korang pernah dibekalkan dengan air kotak di bawah skim rancangan bekalan makanan. Air kotak coklat yang ada bermacam gambar. Lepas tu air vitagen yang masih ada lagi hari ini. Boleh kata sebulan sekali mesti ada lori yang bagi air dalam cawan percuma. Nak tak nak kenalah beratur panjang hanya kerana nak dapatkan secawan air free. Tak cukup macam biasalah beratur balik tak pun auta sket cakap ambil untuk kawan. Macam-macam lori air dating, Milo la, Vico la, Ovaltine la.

Lepas tu korang ingat lagi tak suatu ketika dulu ada air tin keluaran syarikat Allahyarham Sudirman yang diberi nama Sudir Cola. Seingat aku ada empat warna tin minuman tu, oren, cokelat, hijau dengan biru. Dekat pasar malam suatu masa dulu ada jual air susu lembu pelbagai rasa. Ada rasa asli, jagung, coklat dan strawberi keluaran Segaria. Siap ada kiosk bentuk botol susu tu gak.

Kalau masa Hari Raya pulak, korang pernah minum tak air botol cap Long Chan atau cap Tiga Ayam. Biasa ada air Sarsapila atau Sarsi, Air Buah-Buahan dan Aiskrim Soda. Sesetengah tempat masih lagi jual air botol tu, macam dekat rumah saudara aku dekat Pontian.

Korang ingat-ingatlah balik KBSR atau panjangnya berbunyi, Kenangan Budak Sekolah Rendah. Dan kemudian cuba korang senaraikan makanan mahupun minuman ringan yang pernah korang minum masa kecil-kecil dulu. Jadi mulakan sekarang sebelum ingatan korang terhadap benda-benda klasik ni luput dari ingatan selamanya.

1 comment:

  1. ingat..penulis.eka minta guna gambar dalam entry ini ya,untuk eka buat entry baru...eka google cari gambar nini coklat celup...hehe

    terima kasih ya arif...

    ReplyDelete