Monday, November 9, 2009

Telefon oh Telefon

Telefon adalah satu gadjet yang sangat penting buat masa kini. Telefon menghubungkan kita diantara yang jauh agar hampir dengan kita. Banyak perubahan yang telah berlaku semenjak terciptanya telefon oleh Alexander Graham Bell.

Suatu ketika dahulu sebelum telefon mula dicipta, manusia telah menggunakan berbagai cara untuk menyampaikan isyarat mahupun mendapatkan bantuan. Seperti di Tembok Besar China, para pejuang telah menyampaikan isyarat dengan membakar longgokan jerami di setiap menara kawalan sehinggalah menara kawalan yang seterusnya berbuat demikian dan akhirnya tibalah ke pengetahuan raja. Lihat betapa lama jangkamasa yang digunakan untuk menyampaikan sebuah maklumat.

Manakala di Rom pula, burung merpati telah digunakan untuk menyampaikan mesej kepada seseorang. Caranya dengan mengikatkan maklumat yang ditulis di kertas ke kaki burung dan kemudian burung tersebut terbanglah seperti biasa menghantar mesej tersebut. Banyak laporan yang mengatakan teknik ini telah berjaya tetapi banyak juga yang gagal kerana burung mudah menjadi mangsa. Antara perkara yang kerap berlaku, burung tewas ketika mengharung cuaca buruk. Selain itu burung juga menjadi mangsa pemburu serta askar yang mengetahui muslihat musuh.

Kemudian lahirlah "code mose" yang telah digunakan meluas untuk menghantar isyarat gelombang ke semua kawasan. Isyarat ini juga telah membantu pihak Nazi Jerman untuk mara lebih jauh lagi semasa perang dunia semasa mereka menghantarkan isyarat rahsia ini melalui U-Boat (kapal selam) mereka. Seperti yang kita dapat lihat dalam cerita U-571 dan Enigma.

Kini dengan terciptanya telefon memudahkan kita lagi untuk berhubung diantara satu sama lain. Selain itu dengan kepesatan teknologi masa kini telah merubah lagi pandangan orang terhadap telefon. Dimana telefon lebih kepada gaya hidup kerana terdapat banyak kemudahan yang ada dalam telefon masa kini. Anda boleh SMS, MMS, melayari internet melalui rangkaian 3G dan juga WLAN (WiFi).

Tetapi banyak juga keburukan yang boleh terjadi sekiranya telefon jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Dengan lambakan telefon berkamera telah membuatkan mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan telefon dengan cara salah. Setiap hari pasti ada wayang gambar murahan yang tidak mengeluarkan sebarang kos ini keluar di pasaran. Dengan babak yang pelbagai digarap pula dengan pelakon muda menambahkan lagi rating terhadap penonton untuk mendapatkan kepuasan menonton filem aksi murahan ini. Semakin canggih dunia masa kini, manusia semakin maju ke hadapan selari dengan teknologi terkini.

No comments:

Post a Comment