Saturday, November 21, 2009

Greatest Bank Robbery


Mungkin korang sudah tengok cerita Public Enemies lakonan Johnny Depp, Christian Bale dengan Marion Cotillard. Cerita yang boleh dikategorikan favourite crime scene event. Sebabnya semua memang dah tahu Depp memang menjiwai setiap watak yang dibawanya dengan mendalam.

Cerita ini mengisahkan John Dillinger yang telah dibawa ke Penjara Negeri Indiana oleh sahabatnya John Red Hamilton yang menyamar jadi polis. Demi membebaskan rakan-rakannya yang berada di penjara tersebut. John dan Red telah membunuh warden penjara yang berada mengawal banduan ketika itu. Dalam misi mengeluarkan rakan-rakannya dari penjara tersebut, Walter Dietrich yang menjadi mentor kepada John telah terbunuh kerana ditembak ketika berlari ke kereta John.

Dengan hanya mereka yang berjaya dilarikan, John telah bertemu pula dengan beberapa rakan yang juga turut sama merompak bank. Akhirnya mereka telah berpakat untuk merompak bank. Selama mereka bermaharajalela menjadi perompak bank yang digeruni banyak bank yang telah menjadi mangsa Geng Dillinger ini. Sehinggakan polis telah mengisytiharkan Peperangan dalam menangani Jenayah Kebangsaan yang pertama bagi memburu serta menghapuskan Geng Dillinger.

Semasa satu perjumpaan John telah terpandang seorang gadis yang sedang menari iaitu Billie Frechette dan telah membuatkannya jatuh hati. Akhirnya mereka berdua pun menjadi pasangan kekasih. John berjaya memboloskan dirnya semasa pihak polis mengintip gerak-gerinya. Seperti yang diceritakan sendiri Billie kepada polis setelah dia diberkas pihak polis kerana berjaya keluar dari rumahnya semasa pihak polis mengawal rumahnya.

Akhirnya John telah terbunuh selepas selesai menonton filem Clark Gable, Manhattan Melodrama di Biograph Teater akibat ditembak dari belakang oleh Agen Winstead. Winstead sempat mendengar kata-kata terakhir yang keluar dari mulut John sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ungkapan tersebut seterusnya disampaikan ke Billie. Ungkapan itu berbunyi “ Tell Billie For Me, Bye Bye Blackbird ”.

No comments:

Post a Comment