Sunday, November 15, 2009

The Salsa of Hector Lavoe


Dah lama aku nak cari dvd cerita ni. Sejak mula-mula keluar iklan dia dekat STAR Movie. Tetapi semalam aku beruntung sebab dapat tengok cerita ni dekat Star World. Cerita ni berkisarkan saat bermulanya muzik salsa dan kebangkitan seorang penyanyi dari Puerto Rico yang pernah popular sewaktu zaman kegemilangannya. Cerita ini mengenai Hector Lavoe yang pernah menggegarkan dunia dengan alunan muzik Salsanya.

Berkisarkan kisah benar mengenai kehidupannya sendiri. Dan ini adalah kisah perjalanan hidupnya. Hector lakonan Marc Anthony seorang penduduk Puerto Rico telah berhijrah ke Amerika untuk mulakan kariernya sebagai seorang penyanyi. Ketika saat bermulanya salsa di era 70 an, Hector bersama kumpulannya Faria Super Star telah banyak membuat persembahan. Dan bermula saatnya naik sebagai penghibur, Hector telah berjumpa dengan seorang wanita Nilda Georgia “Puchi” Roman lakonan Jennifer Lopez yang akhirnya menjadi isterinya.

Kehidupan Hector telah menyebabkannya bergolak dengan dadah yang telah menyebabkan perpecahan dirinya dari kumpulan Faria Super Star. Atas sokongan Puchi akhirnya Hector telah bangun untuk bernyanyi secara solo dan telah melonjakkan namanya kembali. Banyak cabaran yang telah dilaluinya dari pergolakan rumah tangga sehinggalah kematian anaknya akibat ditembak rakan anaknya sendiri, pengambilan dadah dan ganja yang berlebihan, serta masuk ke pusat pemulihan akibat ketagihannya itu.

Akhirnya kerana tertekan dengan segala masalah yang menimpa Hector telah membuat cubaan bunuh diri dengan terjun dari balkoni apartmennya tetapi terselamat walaupun patah beberapa tulangnya. Dia teruskan hidupnya selama lima tahun dan akhirnya mati akibat menghidap Aids setelah ujian menunjukkan dia Positif HIV. Puchi pula telah mati akibat terlibat dalam kemalangan yang berlaku selepas selesai sesi temuramah dengannya.

Bagi aku cerita ni sedikit sebanyak menjawab persoalan yang mungkin kebanyakan kita tertanya-tanya hidup sebagai seorang artis. Sebenarnya bukan senang untuk menjadi terkenal serta berjaya. Dan bukan susah untuk kehilangan serta berakhir segalanya. Tetapi cerita ini juga ada kontroversi disebalik pembikinannya. Sebab segala kebenaran fakta hanya mereka yang benar-benar rapat dengan Hector seperti Willie Colon saja yang tahu.

No comments:

Post a Comment