Monday, February 20, 2012

Sekitar Lawatan di Jalan Bugis


1 Januari 2012, Ahad
Bugis Street, Singapore

Untuk kaki shopping semua sekiranya anda menziarahi Singapura mesti tidak kekok dengan suasana di Bugis Street yang ala-ala Petaling Street, Kuala Lumpur. Ya di sini anda akan dapat berbagai produk mahupun perkhidmatan. Semuanya di bawah satu bumbung. Apa yang menarik di sini adalah dereten kedai dan pusat membeli belah seperti Bugis Junction, Iluma dan Bugis Street Mall. Di sini anda bolehlah membeli cenderamata sebelum pulang ke tanah air, dengan tawaran harga yang berpatutan serta banyak pilihan. Cuma ketika anda ingin melintas dari Bugis Street menuju ke Bugis Junction akan berlaku sedikit kesesakan di kawasan lintasan pejalan kaki.

Pada malam hari pula Iluma sebuah pusat membeli belah yang terletak di sebelah Bugis Street Mall menyerlah dengan kerlipan lampu bak bintang di keseluruhan bangunannya. Ribuan bintang menghiasi dinding bangunannya dan bila malam lampu tersebut akan berkelip dan menyinari kegelapan malam dan menjadi tarikan sekiranya kita berkunjung ke sini.

No comments:

Post a Comment