Monday, February 20, 2012

Deen Tulang Specialist or Bone Specialist


Golden Mile Food Centre, 505 Beach Road #B1-17
Singapore

Mungkin ramai yang pernah menikmati menu istimewa yang digelarkan “Sup Tulang Merah”. Sup Tulang Merah adalah sejenis hidangan yang berasal dari Timur Tengah dimana untuk hidangan ini gearbox kambing digunakan untuk memasaknya bersama dengan tomato yang dikisar untuk dijadikan supnya. Kali ini ingin diperkenalkan sebuah lagi kedai makan yang menghidangkan menu utamanya iaitu Sup Tulang Merah, tetapi bukan di Semenanjung ia. Kali ini kita akan merantau ke Negara jiran kita iaitu Singapura.

Deen Tulang Specialist terletak di Golden Mile Food Centre di Jalan Pantai berhampiran dengan Masjid Hajjah Fatimah. Apa yang menarik di sini adalah menunya seperti Sup Tulang Merah, Mutton Chop, Bistik Kerang, Bistik Kuah, Nasi Goreng Merah dan banyak lagi. Sekiranya anda pergi ke sini jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri keenakan kuah supnya yang pekat serta kelazatan gearbox kambingnya yang lembut dan empuk. Selain itu terdapat sedikit kelainan terhadap Mee Goreng mamaknya sebab warnanya merah.

Kedai ini telah dipilih untuk menerima anugerah Best Food Awards oleh The Green Book sebanyak tiga kali berturut-turut. Selain itu kedai ini juga telah disiarkan dalam rancangan masakan Makansutra, Asian Food Channel (AFC). Jadi andai kata anda dating melawat ke Kota Singa, luangkanlah masa untuk menikmati juadah Timur Tengah yang istimewa ini.

P/S : #03 - Ralat, gambar tersebut adalah Masjid Hajjah Fatimah

2 comments:

  1. cakap pasal sup tulang merah nih, saya baru jer upload pics kat blog saya masa gi makan kat Gerai Deen Beach Road Gardens Singapore. Best sangat. 15 ketul habis sekelip mata hehe. Sedut punye sedut sampai pening di buat nye.

    Senang2 tu singgah la yer kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan makan dan makan jer 100% takder topik lain. Kebanyakan nye di area JOHOR maklum la orang JB.

    Jangan lupa follow blog saya tau TQ TQ TQ...

    ReplyDelete