Wednesday, February 8, 2012

Awesome of The Lost World Attraction


31 Disember 2011, Sabtu
USS, Sentosa Island, Singapore

Menjelajah di The Lost World dimana anda akan berada di zaman prasejarah Era Jurassic. Di sini terdapatnya Jurassics Park Rapids Adventure, Canopy Flyer, Dino Soarin, Amber Rock Climb dan Waterworld. Di sini juga terdapat sebuah medan selera yang menawarkan pelbagai makanan dan terdapatnya makanan yang halal untuk dimakan di sini. Selain itu bagi mereka yang inginkan cenderamata untuk dijadikan kenangan bolehlah mendapatkannya disini.

Dan sudah semestilah tarikan utamanya adalah Waterworld. Mungkin anda pernah melihat filemnya dikaca televisyen, kini pementasan teater dibawa khas depan mata anda dengan efek letupan, tembakan air pancut serta aksi lagak ngeri pelakon yang terlibat. Di arena ini telah dibahagikan tiga zon tempat duduk iaitu Basah, Sederhana Basah, dan Kering. Bagi yang datang tidak membawa pakaian lebih bolehlah duduk di zon kering sebab persembahan yang dijalankan memang akan dihujani dengan air yang banyak hasil dari pusingan bot mahupun jetski yang lalu beraksi di situ. Jadi jangan terperanjat semasa pementasan tiba-tiba kapal terbang mendarat di hadapan penonton dan menghamburkan air sehingga penonton dibasahi air kolam tersebut.

No comments:

Post a Comment