Wednesday, February 8, 2012

Berehat Sebentar Bersama Picanto

30 Disember 2011, Jumaat
Danga Bay, Johor Bahru

Danga Bay ditetapkan untuk menjadi pembangunan waterfront perdana dan satu sorotan Iskandar Malaysia, menawarkan antara lain, hartanah mewah, kedai runcit terkemuka, keseronokan dan tumpahan aktiviti riadah, sebuah oasis untuk makanan dan minuman tempatan dan antarabangsa danacara dan aktiviti atas-seri.

Sehari sebelum aku bergerak ke Singapura, aku telah mengambil keputusan untuk bermalam di Skudai. Dan selepas penat berjalan di Melaka serta menempuh perjalanan yang jauh, aku pun melepaskan lelah untuk seketika waktu dengan berehat sebenta rdi Danga Bay. Lagipun aku pun dah lama tak lepak dekat situ sementara menanti Kak Long sepupu aku tiba untuk menjemput aku, Wawan dan Kamalia pergi ke rumahnya yang terletak di kawasan Pasir Gudang.

Teluk Danga atau nama komersilnya Danga Bay adalah sebuah kawasan yang dibangunkan menjadi kawasan waterfront meliputi Jajahan Wilayah Iskandar Malaysia. Antara Yang terdapat di Danga Bay ini adalah restoran makanan yang menghidangkan juadah tempatan mahupun antarabangsa, Marina yang menempatkan bot-bot mewah serta laluan pejalan kaki yang moden di sepanjang Teluk Danga.

Kalau mengikut kepada perancangan asal Danga Bay Integrated Waterfront City menjadi sebuah mercu pembentukan Iskandar Malaysia. Terletak di bahagian selatan-tengah Iskandar Malaysia dan ia mengunjur sepanjang 25km menghadap Selat Johor. Danga Bay bakal melihat pembangunannya yang unik berpandukan Darling Harbour dan Gold Coast di Australia serta Waterfront Toronto.

Tetapi dengan masa yang ada begitu singkat dan terhad, aku hanya sempat untuk lepak di sekitar Marina @ Danga Bay saja. Dan banyak juga kawasan yang ditutup untuk kerja-kerja pembaikan serta naik taraf dijalankan. Sepantas aku tiba di situ dan sepantas itu jugalah aku mengundurkan diri selepas Kak Long sepupu aku tiba. Mungkin jika berkesempatan aku akan dating semula untuk bersantai sambil menikmati alunan ombak serta hembusan bayu.

No comments:

Post a Comment