Wednesday, February 8, 2012

Conquer The Castle of Far Far Away


31 Disember 2011, Sabtu
USS, Sentosa Island, Singapore

Far Far Away menampilkan istana yang dibina menyerupai seakan kota Disneyland. Di sini terdapatnya 4 tarikan buat pengunjung iaitu tayangan gambar Shrek 4D Adventure, persembahan nyanyian Donkey Live, Roller Coaster Enchanted Airways dan Ferris Wheel Magic Potion Spin.

Shrek 4-D Adventure begitu menarik kerana sambil anda menonton sedutan cerita yang dibuat khas hanya untuk tontonan di USS, anda dapat merasa efek khas sepanjang tayangan cerita berlangsung. Sebagai contoh ketika kereta kuda bergerak pantas anda akan merasa kerusi anda bergoncang seolah-olah anda memandu kereta kuda tersebut. Kemudian ketika karekter Shrek terbersin anda akan dibasahi dengan percikan air yang. Dan disaat labah-labah datang mengejar anda akan merasa labah-labah tersebut bermain di kaki anda. Suatu pengalamn yang menakjubkan.

Bagi mereka yang inginkan kepuasan bolehlah mencuba roller coaster untuk kanak-kanak di Enchanted Airways. Roller Coaster ini akan berputar di landasannya membawa anda dengan kelajuan sederhana tetapi bolehlah menggerunkan anda sekiranya anda seorang yang lemah semangat.

Selain itu para pengunjung juga boleh melihat Donkey mengadakan persembahannya secara live di Hooks Knight Club. Di sini Donkey akan berinteraksi dengan anda sebelum membuat persembahan mayanya. Lihatlah telatah Donkey berbicara dengan Pengacara yang pasti menghiburkan anda. Dan buat mereka yang berkeluarga, memang sesuailah untuk membawa anak-anak menonton sekali persembahan live ini.

No comments:

Post a Comment