Wednesday, February 8, 2012

The Extreme Machine Push You To The Limits


31 Disember 2011, Sabtu

USS, Sentosa Island, Singapore

Zon Sci Fi City terdapatnya Transformers Ride yang mengagumkan. Anda akan dibawa menaiki kereta khas untuk berdepan dengan situasi yang telah disetkan. Berkonsepkan 3D, kereta yang membawa anda ini akan merempuh apa jua halangan yang mendatang sehingga mendebarkan jantung anda untuk kali pertama merasai kesan khasnya. Di zon ini juga anda berpeluang menaiki Accelerator iaitu permainan dimana anda akan dibawa berputar di dalam cawan besar yang dikerumuni dengan banyak cawan lain yang turut berputar. Lagi pantas putaran yang anda lakukan lagi deras kelajuan cawan tersebut membawa anda pusing. Bagi mereka yang berani serta cekal bolehlah menguji keberanian dengan menaiki dua buah roller coaster yang sangat ekstrem iaitu Battlestar Galactica Human vs Cylon. Terdapat dua jenis roller coaster yang berbeza dimana satu konsep sama seperti roller coaster biasa iaitu duduk didalam gerabak. Manakala yang satu lagi dengan kaki anda tergantung tanpa ada sebarang sokongan atau palang. Cuma yang menggenggam anda dari kerusi adalah safety belt. Kedua-dua roller coaster ini akan mula dengan perlahan semasa perlepasan kemudian akan mula memecut dengan laju sehingga ke puncaknya, dan bermulalah pengalaman anda yang bakal menggemparkan. Amaran kepada mereka yang lemah jantung kerana tekanan G dari roller coaster ini amat tinggi.

No comments:

Post a Comment