Wednesday, February 8, 2012

Akhirnya Penantianku Berakhir


31 Disember 2011, Sabtu
Universal Studio Sentosa, Singapore

Setelah memandu selama sejam setengah dan berjalan kaki sejauh 10 minit akhirnya tibalah di garisan permulaan untuk langkah yang lebih jauh dan mencabar. Waktu ditangan menunjukkan pukul 9.40 pagi ketika kami tiba di Tarikan Awal USS iaitu Globe berputar sambil diiringi air pancut dan semburan wap seolah seperti kabus. Selain itu Menara Gerbang yang menjadi mercu tanda USS itu sendiri. Dan fenomena yang membuatkan kami teruja adalah jarak antara kami dengan pemeriksa tiket. Difahamkan seawal 7.30 pagi lagi pengunjung yang ingin menerokai alam keriangan USS mula berkampung menanti pintu taman tema dibuka. Setelah ucapan serta kata-kata aluan dari penjaga pintu selesai, seraya itu sorakan dari pengunjung turut bergema menandakan pintu taman tema USS dibuka kepada umum.

Taman Tema ini beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Tetapi disebabkan hari ini bakal diadakan sambutan tahun baru maka waktu operasi telah dianjakkan sehingga pukul 1 pagi. Taman Tema ini dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu : Hollywood Zone, New York Zone, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Apa yang uniknya mengenai taman tema ini adalah setiap kawasan yang dibina mengikut tema zon yang telah ditetapkan. Disemat dengan binaan yang unik, klasik, futuristik dan mengagumkan. Segalanya adalah hasil sentuhan keajaiban senibina moden.

Kami mula menjelajahi taman tema dari satu zon ke satu zon yang lain sehinggalah tiba saat kemuncak kami menyambut tahun baru di USS. Para pengunjung yang menanti kiraan detik tahun baru dihiburkan dengan persembahan dari Kumpulan Ala-ala The Beatles dengan tribute mereka ke atas semua lagu-lagu yang pernah berkumandang di corong-corng radio. Selain itu terdapat juga tribute kepada Kumpulan Abba. Tepat detik 12 malam, USS yang gelap gelita mula disirami dengan limpahan cahaya bunga api yang begitu indah. Dengan kombinasi serta corak letupan yang dihasilkan menjadikan persembahan bunga api yang berlangsung hamper 15 minit tersebut terasa begitu lama sekali. Memang suatu persembahan yang dramatic.

Selepas tamat persembahan bunga api pengunjung mula berpusu keluar meninggalkan Taman Tema USS. Keadaan sedikit huru-hara dengan lambakan manusia yang membanjiri untuk keluar. Walau bagaimanapun keadaan terkawal. Sebelum pulang kami sempat singgah di kedai cenderamata untuk membeli sedikit buah tangan buat keluarga serta sahabat handai. Sekitar jam 1 pagi kami pun beransur pulang meninggalkan USS menuju ke rumah atok saudara yang terletak di kawasan Pasir Ris. Kami tiba di rumah atok saudara lebih kurang jam 2 pagi. Dan selepas berbual sebentar bersama atok saudara kami pun melabuhkan kepala dan lena dibuai kenangan yang begitu indah di USS.

No comments:

Post a Comment