Wednesday, February 8, 2012

Bangun Awal Demi Mengelakkan Kesesakan Akhir Tahun


31 Disember 2011, Sabtu
Pasir Gudang ke Pulau Temasek

Seawal 5.30 pagi aku telah bangun dari tidurku. Hari ini Picanto dan aku akan menempuh hari yang bersejarah menuju ke luar Negara. Luarnya takdelah jauh mana, Cuma Negara seberang Tambak Johor saja. Seperti ungkapan Rosyam Noor ..”Singapura, tunggu aku datang...” Setelah semua siap dengan kelengkapan mereka tepat jam tujuh pagi aku bergerak memulakan perjalanan. Dan sebelum tiba ke Tambak Johor aku singgah sebentar mengalas perut di Stulang Laut.

Sekitar 8.15 akhirnya keretaku menyusuri Tambak Johor menuju ke imigresen Woodlands. Selepas selesai dengan proses mendapatkan Autopass, kini aku mula merajai jalan Singapura. Kalau nak diikutkan rasa macam nak pecut saja macam kereta sukan yang memintas aku tetapi memandangkan Singapura terkenal dengan perturannya, maka aku pun ikutlah peraturan had laju yang ditetapkan. Semua pun tahu yang Singapura terkenal dengan jolokan “The Fine City” maknanya mana-mana tempat kenalah ikut undang-undangnya.

Aku kini berada di jajahan SingTel jadi secara automatic telefon aku terus terpadam signal dengan Tanah Besar kecuali kalau aku roaming lepaslah nak berhubung. Dalam pukul 9 pagi aku akhirnya tiba ke pulau keriangan iaitu Pulau Sentosa. Misi seterusnya mencari Jalan Masuk ke kota keriangannya iaitu Resort World Universal Studio Sentosa (USS). Akhirnya setelah Berjaya melepasi halangan serta pancaroba dunia akhirnya tibalah aku di main entrance Kasino sebelum aku terus parkingkan kereta aku di kawasan yang hampir dengan pintu masuk ke Resort World Hotel supaya tidak menapak jauh.

Dan dengan itu secara rasminya Picanto bersama krew yang terlibat kini telah menjejakkan kaki di Resort World Pulau Sentosa dan Singapura. Selangkah demi selangkah aku meninggalkan Picanto menuju ke taman tema yang bakal menjadi tempat sambutan tahun baru aku. Dengan langkah yang penuh yakin serta bersemangat kitorang melangkah keluar dari pintu hotel lalu terpaparlah perkarangan foyer bersebelahan Hard Rock Cafe & Hotel. Masih jauh lagi langkah yang harus diteruskan dengan hati yang hilang kesabaran untuk melihat keunikan serta kehebatan yang diperkatakan oleh ramai.

No comments:

Post a Comment